Sunday, April 11, 2010

TIPS JAYA DIRI ORANG CEMERLANG


a.Berfikiran positif : Orang lain boleh, mengapa saya tidak? Kemiskinan bukan penghalang untuk kejayaan. Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari.
b.Bermatlamat jelas : Apa yang hendak saya capai dalam jangka pendek dan jangka panjang?
c.Berdisiplin : patuhi peraturan dan jadual belajar.
d.Bijak mengurus masa : Apa perlu saya lakukan dahulu?
e.Semangat yang berterusan : Saya mesti sentiasa berusaha dan bukan semangat hangat-hangat tahi ayam.
f.Berani mencuba sesuatu : Mengapa saya perlu takut / malu?
g.Berlapang dada : Saya sepatutnya mempunyai sifat yang terbuka terhadap teguran guru dan rakan-rakan.
h.Berakhlak mulia : Saya mesti rajin solat, membaca al-Quran, berpuasa sunat.
i.Beriadah : Orang yang cerdas terhasil daripada badan yang sihat.
j.Berehat : Saya tidak abaikan waktu rehat, makan dan tidur kerana otak yang berkualiti memerlukan rehat.
k.Bertawakal : Setelah berusaha sebaik mungkin, kita serahkan kepada Allah s.w.t.
Selamat maju jaya dari,
Ibn Hashim al-Kelantani

No comments:

Post a Comment