Saturday, April 10, 2010

HIJRAH DAN PERJANJIAN HUDAIBIYAH

(a)Jelaskan konsep Hijrah:

F1 bermakna berpindah
H1a perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
H1b perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah
H1c untuk mengukuhkan kedudukan Islam
H1d strategi baru menyebarkan Islam
H1e perjuangan untuk menegakkan kebenaran
H1f meninggalkan keburukan dan kejahatan
F2 Semangat ingin berubah
H2 perubahan sikap, cara berfikir dan tingkah laku
[3 markah]
(b)Terangkan lima kepentingan Hijrah.

F1 Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman
H1a tanpa berlindung lagi
H1b sedangkan di Mekah Islam sering terganggu
F2 Mendamaikan suku Arab di Madinah
H2a suku Aus dan Khazraj yang bersengketa
H2b melalui semangat persaudaraan sesama Islam
F3 Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang
Islam Madinah
H3 orang Islam Makkah tidak berasa asing / rendah diri
F4 Menyatukan golongan yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi ekonomi
dan sosial
F5 Memberikan gelaran Muhajirin kpd orang Islam Makkah
F6 gelaran Ansar kepada orang Islam Madinah yang memberi bantuan
F7 menyatukan penduduk Madinah yang terdiri drp pelbagai suku, budaya dan
agama.
H7a lahir kehidupan harmoni di Madinah
H7b masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi, agama dan
kegiatan lain [10 markah]
(c) Huraikan peristiwa penting yang membawa kepada termeterainya Perjanjian
Hudaibiyah.

F1 Pada tahun 628 H, rombongan orang Islam telah ke Mekah
H1 ingin menunaikan umrah
F2 Mereka disekat di Hudaibiyah
H2a Nabi Muhammad menghantar Uthman b Affan ke Makkah untuk menerangkan
tujuan kedatangan mereka
F3 Mendengar khabar angin kematian Uthman
H3a orang Islam bersumpah setia “Baiah al-Ridwan”
H3b Orang Quraisy berasa bimbang lalu menemui Nabi
F4 Nabi Muhammad memeterai Perjanjian Hudaibiyah
H4 dengan Suhail bin Amru (mewakili Quraisy) [3 markah]
(d) Nyatakan kandungan Perjanjian Hudaibiyah.

F1 gencatan senjata selama 10 tahun
F2 Kabilah Arab yg lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah
atau orang Quraisy Makkah
F3 Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya
tidak perlu dipulangkan
F4 Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya
perlu dipulangkan semula
F5 Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya

No comments:

Post a Comment