Saturday, April 10, 2010

PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK DAN SABAH

a) PERBEZAAN PENENTANGAN ANTARA SABAH /SARAWAK DAN TANAH
MELAYU

1. Di T. Melayu, orang Melayu berjaya menolak penjajahan mutlak British. Tetapi
Sarawak dan Sabah dipaksa untuk menerima penjajahan British secara mutlak
2. Keturunan James Brooke dan SBUB menyerahkan Sarawak dan Sabah kepada
kerajaan British di London sebagai tanah jajahan mahkota

b) PENENTANGAN DI SABAH

1) Kegiatan politik di sabah amat perlahan, berpecah belah dab tidak berkesan
2) Persatuan Kebangsaan Melayu labuan (PKML), Persatuan Melayu Jeselton(PMJ) serta Barisan Pemuda(BARIP) labuan dan Jeselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana
3) Oleh itu, semasa Sabah dijadikan jajahan takluk British 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan, malah 1951 persatuan ini telah terkubur begitu sahaja

c) PENENTANGAN DI SARAWAK

1) Vyner Brooke, Raja terakhir Sarawak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British kerana Beliau uzur dan penganti tidak layak iaitu Anthony Brooke
2) Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak
3) Pengistiharan penyerahan Sarawak kepada British dibuat Vyner Brooke pada 8 feb 1946
4) Beberapa pemimpin dan persatuan kaum tempatan menbantah tindakan ini contoh datu Patinggi Abang Hj Abdillah, ketua masyarakat Melayu, Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan juga persatuan Dayak Sarawak(PDS)
5) Mereka menentang Vyner Brooke kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagaan 1941
6) Perlembagaan 1941
a) Perlembagaan bertulis pertama Sarawak
b) Vyner Brooke berjanji akan menberi kerajaan sendiri kepada Sarawak dan Kuasa pentadbir akan diberikan kepada Majlis negeri
c) Ahli-ahli Majlis Negeri akan dilantik oleh Raja Sarawak
7) Keputusan Vyner Brooke juga ditentang kerana beliau tidak berunding dengan orang tempatan atau ketua mereka
8) Vyner Brooke telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Negeri tetapi hanya mendapat sokongan anggota bukan bumiputra dan pegawai British
9) Persatuan Kebangsaan melayu Sarawak, Barisan Pemuda Sarawak, Barisan Pemuda Sibu, Persatuan Dayak Sarawak menentang secara tebuka
10) Kaum ibu PKMS membantah dengan berdemotrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British
11) British bertindak mengeluarkan Surat Pekeliling Bil.9 yang memberi amaran dan tindakan akan diambil terhadap kakitangan kerajaan
12) Seramai 338 orang kakitangan kerajaan meletak jawatan
13) Satu pakatan sulit antara kauam terpelajar dengan orang muda Sarawak telah menghasilkan Rukun 13
14) Rukun 13 ialah kumpulan yang menentang penyerahan Sarawak dianggotai oleh golongan muda Pergerakan Pemuda Melayu Sibu
15) Sir Duncan Stewart (Gabenor Sarawak) telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu. British telah menghukum gantung Rosli Dhobi dan 3 orang orang lagi yang terlibat dalam kejadian tersebut. Tindakan Rosli Dhobi dan rakan tidak berjaya kerana peminpin Sarawak tidak bersatu padu

No comments:

Post a Comment