Saturday, April 10, 2010

BAB 4 (TING 5) : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

1) MALAYAN UNION

a) SEBAB MALAYAN UNION DIPERKENALKAN

1. British ingin menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman kesultan Melayu Melaka. Sebelum ini British menerima Orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu
2. Malayan Union adalah prsediaan kepada Tanah Melayu kearah pembentukan kerajaan sendiri
3. British ingin pentadbiaran ynag licin dan menjimatkan kos
4. British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menunpukan taat kepada Malayan Union
5. British ingin memastikan sumber tanaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantuk
6. British ingin menjamin penguasaan berterusan sumber ekonomi Tanah Melayu
7. British ingin mengurangkan kuasa politik orang Melayu

b) CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION

1. Smua negeri Melayu Bersekutu dan negeri Melayu Tidak Bersekutu serta Negeri Selat disatukan
2. Semua Gabenor British yang dilantik oleh Baginda ratu England akan mengetuai Malayan Union
3. Majlis Eksekutuif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk
4. Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai pelabuhan bebas
5. Kewarganegaran sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union
6. Raja-raja melayu menjadi ahli majlis Raja-raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adapt istiadat Melayu
7. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai katua pentadbir

c) KERAKYATAN JUS SOLI

1. Jus soli adalah kelayakan menjadi rakyak Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu
2. Mereka yang berumur 18 tahun keatas serta bermastautin selama 10 tahun hingga 15 tahun juaga akan diberikan kerakyatan.
3. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara diatas, turut diberikan kerakyatan
4. sermua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya boleh menjadi RAkyat Malayan Union

d) PELAKSANAAN MALAYAN UNION

1. Dari segi pentadbiran., Malayan Union adalah kesatuan yang dikuasai oleh pemerintah pusat yang kuat. Pentadbiran tidak lagi tertakluk kepada Singapura tetepi terus ke Parlimen British di London
2. Kerajaan Malayan Union diistiharkan pada 1 april 1946 di king”s House K. Lumpur
3. Maka ia mengantikan pentadbiran British atau BMA yang dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September tahun 1945. Gabenor pertama ialah Sir Edward Gent
4. Tindakan British yang bertentangan dengan dasar perlindungan sebelum ini membangkitkan kemarahan orang Melayu
5. kesannya orang Melayu menentang Malayan Union

No comments:

Post a Comment