Saturday, April 10, 2010

CONTOH JAWAPAN STRUKTUR (BAB 1 TING. 4)

1. Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi mereka yang tersendiri
tentang konsep tamadun.

a) Apakah maksud tamadun berdasarkan istilah Arab iaitu madana ?

(i) Tinggi budi bahasa
(ii) Pembukaan bandar [ 2 markah ]

(b) Apakah maksud tamadun mengikut pandangan Syed Naquib al Attas ?

i) Pencapaian tahap tatasusila yang tinggi
(ii) Kebudayaan yang luhur [ 2 markah ]


c)Berikan pendapat Gordon Childe tentang konsep tamadun.

Pencapaian lahiriah – kayu ukur kemajuan tamadun [ 1 markah ]


(d)Berikan tiga ciri tamadun manusia.

(i) Petempatan kekal
(ii) Kehidupan berorganisasi
(iii) Sistem pemerintahan
(iv) Pengkhususan pekerjaan
(v) Agama dan kepercayaan
(vi) Bahasa dan tulisan

[ 3 markah ]


(e) Pada pendapat anda, bagaimanakah ciri sesebuah negara pada zaman
moden yang boleh dianggap sebagai bertamadun?


(i) kemajuan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
(ii) rakyat yang tinggi akhlak

@ mana-mana isi yang logik [ 2 markah ]

Catatan : Soalan (e) memerlukan pendapat yang logik. Markah freea bagi pelajar yang dapat memberikan pendapat yg relevan dgn kehendak soalan

No comments:

Post a Comment