Sunday, April 11, 2010

LATIHAN : MONUMEN DAN CANDI



Soalan 1
(a) Nyatakan maksud monumen.
Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu dengan tujuan memperingati orang ternama atau peristiwa penting
(1 markah)
(b) Senaraikan tiga kepentingan candi dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
i.Sebagai rumah ibadat
ii.Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarga
iii.Tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebua kerajaan awal
iv.Menjadi lambang keagungan seseorang pemerintah
v.Melambangkan orde kosmos
vi.Melambangkan kehebatan ahli seni agama
(3 markah)
(c) Berikan contoh-contoh candi yang terkenal di Asia Tenggara.
i.Candi Borobudur
ii.Angkor Wat
iii.Candi Dieng
iv.Candi Prambanan
(2 markah)
(d) Mengapakah kedua-dua candi di atas pernah menjadi antara tujuh benda ajaib di dunia?
i.Tinggi Angkor Wat 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar
ii.Candi Borobudur terdiri daripada sembilan tingkat dan terdpat pagar langkann dengann relief lukisan Buddha
(2 markah)
(e) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan sebagai langkah pemuliharaan tinggalan seni pada kedua-dua candi tersebut?

i.Mewartakan candi tersebut sebagai khazanah negara yang dipelihara
ii.Meletakkan candi tersebut di bawah penyeliaan warisan dunia
(2 markah)
Panduan : Soalan e memerlukan pendapat.. Jadi pelajar perlu mengutarakan langkah yang sesuai untuk memastikan caandi itu terus terpelihara.

Catatan : Soalan ini diramal keluar tahun 2009, tapi belum keluar..

No comments:

Post a Comment