Wednesday, July 28, 2010

PERTEMBUNGAN TAMADUNIA ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN DI DUNIA

Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia

Cara pertembungan

1.Perdagangan dan perniagaan
– Zaman nabi- baginda ke Syam / Syria
- Orang islam berdagang di Canton
2. Hubungan diplomatik
-Kerajaan Bani Umaiyah telah menghantar kumpulan peneroka ke Utara Selat Gibraltar (Selatan Sepanyol)
-Kumpulan ini membuat hubungan dengan Cordova, Velencia, Rhonda.

3.Penaklukan/ Ketenteraan
-Zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah,Abasiyah & Turki Uthmaniyah telah berjaya menguasai Iraq dan Iran.
-Tamadun islam bertembung dengan tamadun Parsi. Berlaku asimilasi dan interaksi.
-Islam juga berkembang dengan tamadun Rom (Empayar Byzantine)

4.Kebudayaan
- Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kepada kemunculan kebudayaan baru.
- Bahasa Arab menjadi bahasa utama di Sepanyol (zaman Umaiyah yang berpusat di Cardova)
-Lahir golongan Mozarab ( Orang tempatan yang beragama Kristian tetapi
mengamalkan budaya Islam dan berbahasa Arab)

5. Pertembungan intelektual
-Ahli fikir Islam dan bukan Islam
-ilmu dikembangkan


Latihan pengukuhan

1.Berikan 3 cara tamadun islam bertembung dengan tamadun lain di dunia ?

a.Perdagangan
b.Diplomatik
c.Penaklukan

2.Apakah bukti awal tamadun islam sudahpun bertembung dengan tamadun lain ?
- Apabila Nabi s a w berdagangang di Syam dan Syria

3.Nyatakan tiga Bandar yang menjadi pusat hubungan diplomatik di Spanyol?

a.Valencia
b.Rhonda
c.Cordova

4.Golongan Mozarab merujuk kepada golongan yang mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab



Kesan pertembungan

1.Islam membangunkan dunia
-Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya
-Islam membawa satu akidah yang paling utama
-Islam memperkenalkan perundangan yang adil
(Quran dan Hadis menjadi rujukan penting)
-Islam bersifat sarwajagat/ universal

2. Perluasan kuasa penyebaran islam
-Wujud perbagai kerajaan seperti Kerajaan delhi, Nughal di India
-Orang islam menguasai ekonomi/ laluan perdagangan
-Kerajaan Uthmaniayah menyediakan armada laut yang mengawal Teluk Parsi, Laut -Merah, Laut Mediterranean dan Lautan Hindi
-Istanbul menjadi Jambatan antara Timur dan Barat

3. Proses urbanisasi dan organisasi sosioal
-Islam mementingkan pendidikan iaitu agama dan dunia ( sains, Matematik, dan teknologi )
-GolonganMudejar ialah orang islam setempat yang turut tinggal di kawasan pemerintahan orang Kristian
-Pertukaran pendapat antara cendikiawan islam dengan bukan islam

5. Penubuhan Perpustakaan
-Ditubuhkan oleh Harun al-Rasyid
-Pusat penterjemahan

6. Lahir cendikiawan islam
-Zakaria al- Razi-Perrubatan klinikal
-Al- Zahrawi- Perubatan dan farmasi

7. Matematik dan astronomi
-al-Khawarizmi
-al-Batani
-al-Bitruni

8.Pemikiran politik dan undang-undang
-al-Farabi
-al Mawardi

9.Ilmu mantik dan falsafah
-Ibnu sina
- al-Kindi, al -Razi ibn Rusd
-Imam Ghazali

10. Kesenian islam
-Seni bina ( Seni Ukir)
-Cth. Masjid Cordova, Spanyol
-Masjid Sultan Ahmed di Istambul
-Istana Alhambra

11.Kesusasteraan
-Omar Khyyam menulis Ruba’iyah
-al- Jahiz menulis kitab al-Bayan
-Jalal ad-Din Rumi menghasilkan Puisi Ketuhanan

12. Lahir Pengembara Masyhur
-Ibn Battuta ke China India dan Afrika
-Al-Mascudi ke China, Parsi dan India, Afrika Timur
-Ibn Fadhlan ke utara Eropah

Latihan Pengukuhan

1.Apakah yang dimaksudkan dengan Islam membawa akidah yang mulia?

Percaya kepada Allah Yang Esa

2.Apakah maksud universal ?
Islam sesuai untuk semua, masa, semua tempat, zaman, melangkaui sempadan geografi, bahasa dan warna kulit.

3.Apakah maksud Istanbul menjadi ‘Jambatan” antara Timur dan Barat?

Lokasi Istambul (Turki) yang berada di antara dunia Eropah/ Barat dengan dunia timur memudahkan ia mengawal laluan utama pedagang Timur dan Barat Laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Parsi

3.Siapakah dia golongan Mudejar ?
Golongan minoriti Islam yang tinggal di bawah pemerintahan orang Kristian

4. Baitulhikmah adalah sebuah Perpustakaan dan ditubuhkan oleh Harun al-Rasyid dari Bani Abasiyyah

5. Tiga hasil seni bina Islam
a. Masjid Cordova
b. Masjid Sultan Ahmed
c. Istana al-Hambra

Sunday, July 25, 2010

PANDUAN SOALAN ESEI (KEDATANGAN BURUH CHINA DAN INDIA)

a. Jelaskan sebab-sebab kedatangan buruh China dan India ke negara kita. (6 markah)

(Buku Teks Ting.4 hlm. 252)

Kekurangan tenaga buruh di Tanah Melayu akibat kepesatan sektor pertanian dan perlombongan telah menyebabkan British membawa masuk buruh dari China dan India. Buruh dari India dibawa masuk untuk bekerja di ladang getah. Buruh dari China dibawa masuk untuk bekerja di lombong bijih timah.

Selain itu, kedatangan mereka juga dipengaruhi oleh faktor-faktor yang mendorong mereka meninggalkan negara masing-masing.

Kemasukan buruh dari China telah berlaku melalui sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi.

Kemasukan buruh India pula melalui sistem buruh bebas, sistem kontrak dan sistem kangani.

Selain galakan kerajaan kolonial British agar mereka berhijrah, penghijrahan mereka juga tidak ditentang oleh orang Melayu.

Di samping itu, wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India dan China telah mendorong mereka berhijrah. Kemakmuran dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu juga telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada kaum imigran ini.

Kesimpulannya, kebanjiran buruh China dan India ini akhirnya melahirkan masyarakat majmuk dan sekaligus mewujudkan konsep 1 Malaysia.

Perhatian :

1. Perenggan ke-3 dan ke-4 tidak diberi markah kerana terpesong drp kehendak soalan. (Calon ini menghurai cara kemasukan sedangkan soalan inginkan huraian sebab-sebab kemasukan.

2. Perenggan terakhir juga tiada markah kerana TIADA PERUNTUKAN MARKAH UNTUK KESIMPULAN

Thursday, July 22, 2010

TEORI KEDATANGAN ISLAM : SOALAN STRUKTUR

SOALAN SAMPEL
a) Siapakah yang mengemukakan teori Islam datang dari Semenanjung Tanah
Arab?
- John Crowford ( m.s. 175 )

b) Senaraikan tiga bukti yang menyokong hujah tokoh di atas.
- Catatan China, orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan
petempatan di Canton atau Amoy sejak 300 M
- Pedagang Arab menguasai perdagangan dari pelabuhan Iskandariah hingga ke China
- Perdagangan mereka berterusan setelah Islam berkembang di makkah
- Pedagang Arab berdagang ke China singgah di pelabuhan Melaka
- Catatan China menyatakan wujud perkampungan Islam bernama Ta shih di
Sumatera Utara 650 M
( m.s. 175-176 )


c) Berikan tiga alasan yang di kemukakaan oleh Syed Muhammad Naquib Al Attas bahawa
Islam di Asia Tenggara adalah dari Semenanjung Tanah Arab.
- Persamaan bahan penulisan dan sastera Asia Tenggara dengan Tanah Arab
- Tulisan jawi diambil dari bahasa Arab
- Adat resam dan budaya orang Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab seperti dabus
dan zapin
- Sastera tempatan seperti Hikayat Raja-raja Pasai menceritakan pengislaman
Raja Merah Silu oleh Syeikh Ismail dan Raja Patani Phaya Tu Nakpa oleh
Syeikh Said keturunan Arab
( m.176 )
d) Nyatakan dua alasan yang dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia yang menyatakan Islam datang dari India.
- Khan Fo/ Canton menjadi pusat perniagaan di kalangan peniaga Arab
- Hubungan dagangan menyebabkan Islam berkembang di kalangan
peniaga China di negara China
- Peniaga China Islam menyebar Islam ke Asia Tenggara
( m.s.177 )


e) Namakan pelabuhan penting pada zaman Alauddin Khilji di India.
- Gujerat ( m.s. 177 )

PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

TINGKATAN 4
BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada 632 M , sistem pemerintahan kerajaan Islam yang diasaskan oleh baginda diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah

1.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah? (m.s. 143 )

(i)
(ii) ( 2 markah )

(b) Namakan dua orang pemimpin Khulafa al—Rasyidin. ( m.s. 144-148 )

(i)

(ii)
( 2 markah )

(c) Nyatakan syarat-syarat atau kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon khalifah ? (m.s. 143 )

(i)
(ii)
(iii)
( 2 markah )

(d) Apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk melantik khalifah ? ( m.s. 143 )

(i)
(ii)
(iii)
(iv) ( 4 markah )

Soalan 2
Kerajaan Bani Umaiyah telah mengambil alih pemerintahan kerajaan Islam setelah berlaku penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali kepada Muawiyah.

(a) Bagaimanakah pemilihan pemerintah kerajaan Bani Umaiyah dibuat ? ( m.s. 150 )

( 1 markah )

(b) Siapakah yang mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah di Sepanyol ? ( m.s. 150 )

(1 markah )

(c) Apakah gelaran-gelaran yang digunakan oleh pemerintah Bani Umaiyah ?( m.s. 150-151)

(i)
(ii)
( 2 markah )
(d) Di manakah terletaknya pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama
dan tahap kedua ? ( m.s. 150 )

(i)
(ii)
( 2 markah )

(e) Berikan empat aspek utama di dalam sistem pentadbiran Bani Umaiyah . ( m.s. 151 )

(i)

(ii)

(iii)

(iv) ( 4 markah )

Soalan 3.
KERAJAAN BANI UMAIYAH DITENTANG OLEH KERAJAAN BANI ABBASIYAH

(a) Mengapakah berlakunya penentangan terhadap pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah ?
( m.s. 155 )

(i)
(ii)
(iii)
( 3 markah )

(b) Di manakah pusat operasi gerakan atau Revolusi Abbasiyah ? ( m.s.156 )

(i)

(ii)

(iii)
( 3 markah )

(c) Apakah corak pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Bani Abbasiyah ? ( m.s. 156 )

(1 markah )

(d) Namakan tiga tahap kegiatan penulisan yang dijalankan di kota Baghdad. ( m.s. 156 )

(i)
(ii)
(iii)
( 3 markah )


Soalan 4
Kerajaan Turki Uthmaniyah boleh dianggap sebagai Kerajaan Islam yang paling
lama bertahan iaitu hampir 600 tahun yang meliputi kawasan yang sangat luas.
4. (a) Siapakah pengasas Kerajaan Turki Uthmaniyah ? ( m.s. 158 )


( 1 markah )

(b) Apakah kesan pengenalan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu oleh
Kerajaan Turki Uthmaniyah ? ( m.s. 161 dan 163 )

(i)
(ii)

( 2 markah )

(c) Apakah faktor-faktor kejayaan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam penyebaran Islam ke
Eropah ? ( m.s.162 )

(i)
ii)
(iii)
(iv)
( 4 markah )

(d) Mengapakah penguasaan politik dan ekonomi Kerajaan Turki Uthmaniyah terhadap
seluruh empayarnya tidak sekuat pada abad ke – 16 ? ( m.s. 159 )

(i)
(ii)
(iii)
( 3 markah )

Soalan 5
Sebelum penyebaran agama Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w., beberapa tamadun lain di dunia telahpun wujud. Tamadun yang lahir daripada perkembangan agama Islam telah bertembung dengan tamadun dunia yang lebih awal ini.

5. (a) Namakan tamadun-tamadun lain yang telahpun wujud sebelum penyebaran agama
Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. ( m.s. 164 )

(i)
(ii)
(iii)
( 3 markah )

(b) Senaraikan tiga cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun - tamadun lain.
( m.s. 164-165 )

(i)
(ii)
(iii)
( 3 markah )

(c) Kemasukan Islam ke Sepanyol turut melahirkan golongan Mozarab.
Siapakah golongan Mozarab ? ( m.s. 165 )

( 2 markah )

(d) Namakan dua cendekiawan Islam yang terkenal dalam bidang matematik dan astronomi.
( m.s. 167 )

(i)
(ii)
( 2 markah )


SKEMA SOALAN STRUKTUR BAB 6 ( TG 4 )

1. (a) Maksud khalifah (m.s 143 )
- pengganti Nabi Muhammad s.a.w. dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Islam
- bertanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam
- bertanggungjawab mengekalkan keharmonian dan kestabilan umat Islam

( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah )

(b) Pemimpin Khulafa al-Rasyidin ( m.s 144-148 )

- Khalifah Abu Bakar al Siddiq
- Khalifah Umar al Khattab
- Khalifah Uthman bin Affan
- Khalifah Ali bin Abu Talib
( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah )

(c) Syarat-syarat seseorang calon khalifah (m.s 143 )

- lelaki yang merdeka
- beragama Islam
- memiliki pengetahuan tentang Islam
- mematuhi perintah Allah
- sanggup melaksanakan hukum Allah
- bersifat adil
- mempunyai akhlak yang baik
- tubuh yang sihat dan sempurna
- berfikiran cerdas
- warak
- pandai mentadbir kerajaan
( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah )

(d) Kaedah-kaedah pemilihan khalifah (m.s 143 )

- Musyawarah atau syura ( perlantikan Saidina Abu Bakar )
- Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu ( perlantikan Saidina Umar )
- Pemilihan daripada beberapa orang calon ( perlantikan Saidina Uthman )
- Pencalonan oleh sekelompok masyarakat ( perlantikan Saidina Ali )

( 1 Fakta 1m = Mak 4 markah )

2. (a) Cara pemilihan khalifah Kerajaan Bani Umaiyah ( m.s 150 )

- Berdasarkan sistem warisan
- Diwarisi secara turun temurun
- Pemerintahan monarki

( 1 Fakta 1m = Mak 1 markah )

(b) Pengasas Kerajaan Bani Umaiyah di Sepanyol ( m.s 150 )

- Abdul Rahman al – Dakhil / Abdul Rahman 1
( 1 markah )

(c) Gelaran-gelaran yang digunakan oleh pemerintah Bani Umaiyah ( m.s. 1500-151 )

- Khalifah
- Amir
( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah )

(d) Pusat pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama dan kedua ( m.s 150 )

- Damsyik
- Cordova
( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah)

(e) Empat aspek utama di dalam sistem pentadbiran Bani Umaiyah ( m.s 151 )

- sistem khalifah
- sistem wazarah
- sistem urus setia
- sistem hijabah

( 1 Fakta 1m = Mak 4 markah )


3. (a) Sebab-sebab berlaku penentangan terhadap pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah
( m.s. 155 )

- orang Islam yang bukan berketurunan Arab ( golongan mawali ) menganggap mereka
telah didiskriminasikan.
- para khalifahnya telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat
- para khalifahnya telah mengabaikan ajaran Islam
- pemilihan khalifah mengikut sistem warisan

( 1 Fakta 1m = Mak 3 markah)

(b) Pusat operasi gerakan atau Revolusi Abbasiyah (m.s. 156 )

- Khurasan
- Kufah
- Humaimah

( 1 Fakta 1m = Mak 3 markah)

(c) Corak pemerintahan yang diamalkan oleh Kerajaan Bani Abbasiyah. ( m.s. 156 )

- bercorak sistem warisan
- sistem monarki
- sistem pemerintahan keturunan raja.

( 1 Fakta 1m = Mak 1 markah)

(d) Tiga tahap kegiatan penulisan di kota Baghdad ( m.s. 156 )

- mencatat segala idea/ percakapan
- mengumpulkan idea yang serupa / mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w.ke dalam sebuah buku.
- Mengarang

( 1 Fakta 1m = Mak 3 markah)


4. (a) Pengasas Kerajaan Turki Uthmaniyah ( m.s. 158 )

- Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah
( 1 markah )

(b) Kesan pengenalan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu (m.s. 161 dan 163 )

- Pembahagian masyarakat bergantung pada hasil usaha setiap individu.
- Mobiliti sosial yang lebih luas dalam masyarakat Eropah
- Setiap individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya.

( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah)

(c) Faktor-faktor kejayaan Kerajaan Turki Uthmaniyah ( m.s. 162 )

- pegangan akidah yang kukuh
- akhlak yang tinggi
- semangat ghazi
- sistem ketenteraan yang tersusun
- penggunaan peralatan senjata moden
- keadaan politik yang tidak stabil di Eropah
- kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine
- kemerosotan / kepincangan institusi gereja
- dasar berteraskan diplomasi dan toleransi
- dasar sosial yang berasaskan kecemerlangan individu
- penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan
- usaha pendakwah

( 1 Fakta 1m = Mak 4 markah )

(d) Sebab-sebab penguasaan politik dan ekonomi Kerajaan Turki Uthmaniyah terhadap
seluruh empayarnya tidak sekuat seperti abad ke – 16 ? (m.s. 159 )

- terdapat pemimpin yang lemah
- keruntuhan sistem pungutan cukai
- pemberontakan
- pertambahan penduduk yang sangat pesat.

( 1 Fakta 1m = Mak 3 markah )

5. (a) Tamadun-tamadun lain yang telahpun wujud sebelum penyebaran agama Islam oleh
Nabi Muhammad s.a.w. ( m.s. 164 )

- Mesopotamia
- Mesir Purba
- India
- China
- Rom

( 1 Fakta 1m = Mak 3 markah )

(b) Cara-cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain ( m.s. 164-165)

- perdagangan dan perniagaan
- hubungan diplomatik
- penaklukan dan ketenteraan
- kebudayaan
- intelektual
( 1 Fakta 1m = Mak 3 markah )

(c) Golongan Mozarab ( m.s. 165 )

- orang tempatan yang beragama Kristian
- mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab

( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah )

(d) Cendekiawan Islam yang terkenal dalam bidang matematik dan astronomi ( m.s. 167 )

- al - Khawarizmi
- al - Battani
- Abu Ishaq al – Biruji
- al – Bitruni

( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah )

Wednesday, July 21, 2010

AMALAN PEMAKANAN MEMPENGARUHI MINDA



•“Berikan perhatian kepada pemakanan anak-anak mereka. Masalah kritikal orang Melayu sejak berpuluh tahun lalu ialah umumnya saiz badannya mereka kacil. Mengikut teori saya, 90 % masalah ini berpunca daripada makanan.”
•Kanak-kanak yang membesar harus makan paling kurang SEBIJI TELUR seminggu.

Saya fikir orang yang hendak jadi unggul ini perlu ada semangat seperti samurai – pantang dicabar. Tidak tahu takut, tidak kenal undur.. (Prof. Diraja Ungku Aziz)

PIAGAM MADINAH

Huraikan kepentingan Piagam Madinah (10 markah)
-Model Kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam.
-Dari segi ekonomi : amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan.
Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
-Orang Ansar telah memberikan bantuan kepada orang Muhajirin secara sukarela dan ikhlas
-Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah.
-Masyarakat yang hidup bersatu padu dan aman.
-Nilai hidup berasaskan semangat ukhuwah Islamiah.
-Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama.
-Konsep keadilan sosial telah dipraktikkan.
-Dari segi hak, Islam menekankan persamaan hak persaudaraan Islam.
-Amalan seperti semangat perpaduan, bantu membantu dan rela berkorban.
-Masyarakat Madinah dari pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang lengkap dan sempurna.
-Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil.
-Masyarakat madinah telah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan.
-Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi.
-Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.
-Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan.
-Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab yang lain.
-Semua bangsa ada hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat.
-Negara Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA


TEORI KEDATANGAN ISLAM
(Buku Teks, hlm. 175)
TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB

i. Dikemukakan oleh John Crawford
ii. Disokong oleh Proffesor Muhammad Naquib al-Attas
iii. Menurut John Crawford, Islam berkembang menerusi aktiviti para pedagang
iv. Bukti catatan China : Orang Arab dan Parsi mempunyai pusat peniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300M
v. Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China
vi. Pedagang Arab berdagang secara berterusan di Asia Tenggara setelah kemunculan Islam di Makkah abad 7M
vii. Pedagang Arab yang berdagang di China telah singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara
viii. Sebahagian besar daripada mereka membina perkampungan di AT contohnya Ta Shih di Sumatera utara
ix. Terdapat pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan
x. Menurut Prof Naquib al-Attas mengemukakan kewujudan persamaan bahan penulisan,sastera,adab resam dan kebudayaan orang Melayu yang sama seperti orang Arab
xi. Pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh sheikh di Semenanjung Tanah Arab.

TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA

i. Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q Fatimi
ii. Peniaga Arab mula mengunjungi Canton sebagai pusat perniagaan sejak abad ke 19
iii. Peniaga China yang berdagang ke AT menyebarkan Islam kepada masyarakat AT
iv. Perpindahan beramai-ramai peagang Islam yang tinggal di Canton ke AT sekitar 876M
v. Penemuan Batu Bersurat Trengganu di Kuala Tersat
vi. Sepasang batu nisan bertarikh 1928 M ditemui di Pekan Pahang membuktikan Islam dibawa oleh mubaligh China Islam menerusi Laut China Selatan ke IndoChina sebelum sampai ke Pahang
vii. Persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina pada masjid- masjid di nusantara seperti Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa

TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA

i. Dikemukakan oleh sejarawan Belanda,Snouck Hurgronje
ii. Islam tersebar ke Asia Tengaara menerusi hubungan perdagangan yang telah lama wujud antara India dan AT
iii. Terdapat batu marmar pada batu nisan yang mempunyai ciri buatan India seperti pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik,Jawa dan batu Malik al-Salih di Pasai
iv. Perkaitan rapat antara masyarakat AT dengan India dari segi budaya

Saturday, July 10, 2010

CONTOH SOALAN TARGET 2010

Huraikan beberapa cadangan ke arah pembentukan Malaysia. (8 markah)
(Buku Teks hlm. 137)

Petikan menyatakan saranan ke arah pembentukan Malaysia.
Cadangan pertama di kemukakan oleh Lord Brassey, iaitu mencadangkan agar Kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
Sir Malcolm MacDonald pula mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Tanah Melayu.
Pada tahun 1950, Dato Onn Jaafar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia, kerana menurut beliau suatu masa nanti British akan menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Tanah Melayu.
Selain itu, pemimpin Sigapura seperti Lee Kuan Yew mencadangkan agar digabungkan Singapura dengan Tanah Melayu, namun ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan kaum.
Akhirnya, pada 27 Mei 1961 Tunku telah mencadangkan pembentukan Malaysia dalam satu majlis makan tengah hari di Hotel Adelphi.
Intihanya, semua rakyat mesti bersatu padu agar keharmonian negara akan terus dikekalkan.

Panduan..
1. Perenggan pertama dan terakhir tidak memberi apa-apa markah kerana pemarkahan Sejarah tidak memerlukan pendahuluan dan penutup.
2. Markah diberi 1 markah pada 1 isi

Friday, July 2, 2010

DOA MENGHANCURKAN JIN IFRIT


Pada malam Isra’ & Mikraj, Rasululah diekori oleh Jin Ifrit yang bertujuan untuk membakar baginda dengan obor api di tangannya. Jibrail telah mengajar kalimah sakti ini dan Rsulullah membacanya, lalu Jin Ifrit itu tersungkur ke tanah dan terbakar oleh obornya sendiri.
Oleh itu doa ini amat sesuai untuk dibaca bagi mengusir jin / iblis / syaitan yang cuba mengganggu kita dan keluarga kita.