Thursday, July 22, 2010

PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

TINGKATAN 4
BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada 632 M , sistem pemerintahan kerajaan Islam yang diasaskan oleh baginda diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah

1.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah? (m.s. 143 )

(i)
(ii) ( 2 markah )

(b) Namakan dua orang pemimpin Khulafa al—Rasyidin. ( m.s. 144-148 )

(i)

(ii)
( 2 markah )

(c) Nyatakan syarat-syarat atau kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon khalifah ? (m.s. 143 )

(i)
(ii)
(iii)
( 2 markah )

(d) Apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk melantik khalifah ? ( m.s. 143 )

(i)
(ii)
(iii)
(iv) ( 4 markah )

Soalan 2
Kerajaan Bani Umaiyah telah mengambil alih pemerintahan kerajaan Islam setelah berlaku penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali kepada Muawiyah.

(a) Bagaimanakah pemilihan pemerintah kerajaan Bani Umaiyah dibuat ? ( m.s. 150 )

( 1 markah )

(b) Siapakah yang mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah di Sepanyol ? ( m.s. 150 )

(1 markah )

(c) Apakah gelaran-gelaran yang digunakan oleh pemerintah Bani Umaiyah ?( m.s. 150-151)

(i)
(ii)
( 2 markah )
(d) Di manakah terletaknya pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama
dan tahap kedua ? ( m.s. 150 )

(i)
(ii)
( 2 markah )

(e) Berikan empat aspek utama di dalam sistem pentadbiran Bani Umaiyah . ( m.s. 151 )

(i)

(ii)

(iii)

(iv) ( 4 markah )

Soalan 3.
KERAJAAN BANI UMAIYAH DITENTANG OLEH KERAJAAN BANI ABBASIYAH

(a) Mengapakah berlakunya penentangan terhadap pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah ?
( m.s. 155 )

(i)
(ii)
(iii)
( 3 markah )

(b) Di manakah pusat operasi gerakan atau Revolusi Abbasiyah ? ( m.s.156 )

(i)

(ii)

(iii)
( 3 markah )

(c) Apakah corak pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Bani Abbasiyah ? ( m.s. 156 )

(1 markah )

(d) Namakan tiga tahap kegiatan penulisan yang dijalankan di kota Baghdad. ( m.s. 156 )

(i)
(ii)
(iii)
( 3 markah )


Soalan 4
Kerajaan Turki Uthmaniyah boleh dianggap sebagai Kerajaan Islam yang paling
lama bertahan iaitu hampir 600 tahun yang meliputi kawasan yang sangat luas.
4. (a) Siapakah pengasas Kerajaan Turki Uthmaniyah ? ( m.s. 158 )


( 1 markah )

(b) Apakah kesan pengenalan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu oleh
Kerajaan Turki Uthmaniyah ? ( m.s. 161 dan 163 )

(i)
(ii)

( 2 markah )

(c) Apakah faktor-faktor kejayaan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam penyebaran Islam ke
Eropah ? ( m.s.162 )

(i)
ii)
(iii)
(iv)
( 4 markah )

(d) Mengapakah penguasaan politik dan ekonomi Kerajaan Turki Uthmaniyah terhadap
seluruh empayarnya tidak sekuat pada abad ke – 16 ? ( m.s. 159 )

(i)
(ii)
(iii)
( 3 markah )

Soalan 5
Sebelum penyebaran agama Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w., beberapa tamadun lain di dunia telahpun wujud. Tamadun yang lahir daripada perkembangan agama Islam telah bertembung dengan tamadun dunia yang lebih awal ini.

5. (a) Namakan tamadun-tamadun lain yang telahpun wujud sebelum penyebaran agama
Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. ( m.s. 164 )

(i)
(ii)
(iii)
( 3 markah )

(b) Senaraikan tiga cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun - tamadun lain.
( m.s. 164-165 )

(i)
(ii)
(iii)
( 3 markah )

(c) Kemasukan Islam ke Sepanyol turut melahirkan golongan Mozarab.
Siapakah golongan Mozarab ? ( m.s. 165 )

( 2 markah )

(d) Namakan dua cendekiawan Islam yang terkenal dalam bidang matematik dan astronomi.
( m.s. 167 )

(i)
(ii)
( 2 markah )


SKEMA SOALAN STRUKTUR BAB 6 ( TG 4 )

1. (a) Maksud khalifah (m.s 143 )
- pengganti Nabi Muhammad s.a.w. dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Islam
- bertanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam
- bertanggungjawab mengekalkan keharmonian dan kestabilan umat Islam

( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah )

(b) Pemimpin Khulafa al-Rasyidin ( m.s 144-148 )

- Khalifah Abu Bakar al Siddiq
- Khalifah Umar al Khattab
- Khalifah Uthman bin Affan
- Khalifah Ali bin Abu Talib
( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah )

(c) Syarat-syarat seseorang calon khalifah (m.s 143 )

- lelaki yang merdeka
- beragama Islam
- memiliki pengetahuan tentang Islam
- mematuhi perintah Allah
- sanggup melaksanakan hukum Allah
- bersifat adil
- mempunyai akhlak yang baik
- tubuh yang sihat dan sempurna
- berfikiran cerdas
- warak
- pandai mentadbir kerajaan
( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah )

(d) Kaedah-kaedah pemilihan khalifah (m.s 143 )

- Musyawarah atau syura ( perlantikan Saidina Abu Bakar )
- Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu ( perlantikan Saidina Umar )
- Pemilihan daripada beberapa orang calon ( perlantikan Saidina Uthman )
- Pencalonan oleh sekelompok masyarakat ( perlantikan Saidina Ali )

( 1 Fakta 1m = Mak 4 markah )

2. (a) Cara pemilihan khalifah Kerajaan Bani Umaiyah ( m.s 150 )

- Berdasarkan sistem warisan
- Diwarisi secara turun temurun
- Pemerintahan monarki

( 1 Fakta 1m = Mak 1 markah )

(b) Pengasas Kerajaan Bani Umaiyah di Sepanyol ( m.s 150 )

- Abdul Rahman al – Dakhil / Abdul Rahman 1
( 1 markah )

(c) Gelaran-gelaran yang digunakan oleh pemerintah Bani Umaiyah ( m.s. 1500-151 )

- Khalifah
- Amir
( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah )

(d) Pusat pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama dan kedua ( m.s 150 )

- Damsyik
- Cordova
( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah)

(e) Empat aspek utama di dalam sistem pentadbiran Bani Umaiyah ( m.s 151 )

- sistem khalifah
- sistem wazarah
- sistem urus setia
- sistem hijabah

( 1 Fakta 1m = Mak 4 markah )


3. (a) Sebab-sebab berlaku penentangan terhadap pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah
( m.s. 155 )

- orang Islam yang bukan berketurunan Arab ( golongan mawali ) menganggap mereka
telah didiskriminasikan.
- para khalifahnya telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat
- para khalifahnya telah mengabaikan ajaran Islam
- pemilihan khalifah mengikut sistem warisan

( 1 Fakta 1m = Mak 3 markah)

(b) Pusat operasi gerakan atau Revolusi Abbasiyah (m.s. 156 )

- Khurasan
- Kufah
- Humaimah

( 1 Fakta 1m = Mak 3 markah)

(c) Corak pemerintahan yang diamalkan oleh Kerajaan Bani Abbasiyah. ( m.s. 156 )

- bercorak sistem warisan
- sistem monarki
- sistem pemerintahan keturunan raja.

( 1 Fakta 1m = Mak 1 markah)

(d) Tiga tahap kegiatan penulisan di kota Baghdad ( m.s. 156 )

- mencatat segala idea/ percakapan
- mengumpulkan idea yang serupa / mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w.ke dalam sebuah buku.
- Mengarang

( 1 Fakta 1m = Mak 3 markah)


4. (a) Pengasas Kerajaan Turki Uthmaniyah ( m.s. 158 )

- Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah
( 1 markah )

(b) Kesan pengenalan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu (m.s. 161 dan 163 )

- Pembahagian masyarakat bergantung pada hasil usaha setiap individu.
- Mobiliti sosial yang lebih luas dalam masyarakat Eropah
- Setiap individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya.

( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah)

(c) Faktor-faktor kejayaan Kerajaan Turki Uthmaniyah ( m.s. 162 )

- pegangan akidah yang kukuh
- akhlak yang tinggi
- semangat ghazi
- sistem ketenteraan yang tersusun
- penggunaan peralatan senjata moden
- keadaan politik yang tidak stabil di Eropah
- kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine
- kemerosotan / kepincangan institusi gereja
- dasar berteraskan diplomasi dan toleransi
- dasar sosial yang berasaskan kecemerlangan individu
- penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan
- usaha pendakwah

( 1 Fakta 1m = Mak 4 markah )

(d) Sebab-sebab penguasaan politik dan ekonomi Kerajaan Turki Uthmaniyah terhadap
seluruh empayarnya tidak sekuat seperti abad ke – 16 ? (m.s. 159 )

- terdapat pemimpin yang lemah
- keruntuhan sistem pungutan cukai
- pemberontakan
- pertambahan penduduk yang sangat pesat.

( 1 Fakta 1m = Mak 3 markah )

5. (a) Tamadun-tamadun lain yang telahpun wujud sebelum penyebaran agama Islam oleh
Nabi Muhammad s.a.w. ( m.s. 164 )

- Mesopotamia
- Mesir Purba
- India
- China
- Rom

( 1 Fakta 1m = Mak 3 markah )

(b) Cara-cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain ( m.s. 164-165)

- perdagangan dan perniagaan
- hubungan diplomatik
- penaklukan dan ketenteraan
- kebudayaan
- intelektual
( 1 Fakta 1m = Mak 3 markah )

(c) Golongan Mozarab ( m.s. 165 )

- orang tempatan yang beragama Kristian
- mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab

( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah )

(d) Cendekiawan Islam yang terkenal dalam bidang matematik dan astronomi ( m.s. 167 )

- al - Khawarizmi
- al - Battani
- Abu Ishaq al – Biruji
- al – Bitruni

( 1 Fakta 1m = Mak 2 markah )

No comments:

Post a Comment

Post a Comment