Wednesday, July 21, 2010

PIAGAM MADINAH

Huraikan kepentingan Piagam Madinah (10 markah)
-Model Kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam.
-Dari segi ekonomi : amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan.
Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
-Orang Ansar telah memberikan bantuan kepada orang Muhajirin secara sukarela dan ikhlas
-Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah.
-Masyarakat yang hidup bersatu padu dan aman.
-Nilai hidup berasaskan semangat ukhuwah Islamiah.
-Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama.
-Konsep keadilan sosial telah dipraktikkan.
-Dari segi hak, Islam menekankan persamaan hak persaudaraan Islam.
-Amalan seperti semangat perpaduan, bantu membantu dan rela berkorban.
-Masyarakat Madinah dari pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang lengkap dan sempurna.
-Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil.
-Masyarakat madinah telah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan.
-Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi.
-Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.
-Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan.
-Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab yang lain.
-Semua bangsa ada hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat.
-Negara Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar

No comments:

Post a Comment