Saturday, April 10, 2010

PENGARUH HINDU BUDDHA DI ASIA TENGGARA

Rajah berikut merujuk kepada pengaruh agama Hindu-Buddha dalam masyarakat kerajaan awal di Asia Tenggara.
Agama Hindu-Buddha--------- Pemerintahan, Candi, Bahasa Sanskrit

(a) Terangkan pengaruh Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara. (8 markah)
F1 Mengamalkan sistem beraja seperti di India
H1a Menggunakan gelaran raja
F2 Raja berada di puncak pemerintahan
H2a Di bawah aja terdapat kerabat diraja
H2b Di bawah kerabat diraja ialah pembesar / ahli agama / Brahmin
H2c Selepas pembesar ialah rakyat
H2d Golongan hamba merupakan kedudukan paling bawah
F3 Di bawah raja terdapat pentadbiran pusat dan daerah
H3a Pentadbiran pusat terdiri kumpulan anak raja
H3b Di bawah anak raja terdapat ketua pentadbiran pusat / parvanda / senapati
H3c Di bawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim / temenggung / penghulu
H3d Daerah ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja
F4 Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek
H4a Berkuasa dalam pentadbiran / hubungan luar / ketenteraan / khazanah
H4b Perintah raja menjadi undang-undang
H4c Perintah raja wajib dilaksana
H4d Sesiapa yang melanggar perintah raja dianggap derhaka
H4e Golongan yang menderhaka tidak akan diampun
H4f Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
F5 Raja sebagai bayangan tuhan
H5a Rakyat takut menderhaka walaupun raja tidak adil
H5c Melahirkan konsep dewa raja
H5d Melahirkan unsur mitos dan lagenda tentang asal usul raja
H5e Memperkuat kedudukan / status raja sebagai pemerintah
F6 Kedaulatan raja diperkukuh dengan pelbagai adat istiadat
H6a Adat istiadat pertabalan raja
H6b Golongan Brahmin memimpin upacara pertabalan raja / upacara keagamaan
H6c Adat istiadat bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
F7 Raja berkuasa seluruh alam semesta
H7a Mendirikan kompleks kota
H7b Melambang konsep alam semesta / order kosmos
H7c Raja Suryavarman II dari kerajaan Angkor membina Angkor Wat
8 X 1 m = maks 8 markah
b) Jelaskan peranan candi kepada kerajaan-kerajaan tersebut.
F1 Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
F2 Sebagai rumah ibadat
F3 Tempat menyimpan abu jenazah raja / keluarga
F4 Tempat menyimpan patung dewa raja
F5 Lambang keagungan seseorang pemerintah
F6 Membukti kehebatan seni bina / ahli seni agama membina monumen
F7 Lambang order kosmos
F8 Memperingati orang ternama / peristiwa penting Maks : 6 markah

c) Terangkan peranan bahasa Sanskrit dalam kerajaan di Asia Tenggara.
F1Bahasa intelek
H1a Bahasa Sanskrit meningkatkan pencapaian intelek masyarakat
F2 Maklumat / catatan
H2a Pada batu bersurat mengandungi maklumat tentang agama / pemerintahan / raja / undang-undang
F3 Menerangkan tentang keturunan raja
H3a Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
F4 Menerangkan tentang ajaran agama
H4a Batu bersurat Sg. Mas berkaitan ajaran Buddha
F5 Bahasa pemerintah / arahan
H5a Batu bersurat yang ditemui mengandungi arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat
H5b Arahan raja kepada rakyat dan pembesar
H5c Rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja
F6 Bahasa keagamaan
H6a Bahasa Sanskrit digunakan dalam upacara keagamaan / terdapat kitab berkaitan keagamaan
F7 Bahasa komunikasi / perhubungan
H7a Banyak perkataan bahasa Sanskrit kekal dalam Bahasa Melayu
H7b Sesetengah perkataan mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu
F8 Bidang Kesusasteraan
H8a Terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil
H8b Pengaruh kesusasteraan dapat dilihat dalam puisi dan prosa Jawa
H8c Cerita lisan / teater / wayang kulit diperolehi oleh cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabrata.
Mana-mana 6 X 1 m = Maks 6 markah

1 comment:

  1. ia sangat membantu saya membuat assingment di Universitii mengenai indialisasi ke Asia tenggara..

    ReplyDelete