Saturday, April 10, 2010

TAMADUN INDUS - Contoh Jawapan Struktur

Tamadun Indus yang muncul di Sungai Indus pada sekitar tahun 2500 S.M. telah berjaya membina bandar terancang terawal di dunia.
a. Namakan dua buah bandar terancang itu
F1 Mohenjo Daro
F2 Harappa 2 m
b. Nyatakan dua ciri keistimewaan bandar tersebut.
F1 Bandar terbahagi dua bahagian
F2 Dikelilingi oleh tembok
F3 Bahagian utama pusat pentadbiran dan keagamaan
F4 Menempatkan bangunan pentadbiran
F5 Mempunyai tempat mandi awam
F6 Tempat penyimpanan hasil pertanian
F7 Bahagian kedua kawasan perumahan
F8 Bandar dirancang dengan rapi
F9 Susun atur sistematik
F10 Menggunakan ilmu geografi / pembinaan
F11 Menerima pengaruh tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
F12 Sistem kumbahan yang terancang
F13 Bandar disusun berasaskan blok
F14 Blok bangunan berbentuk segi empat
F15 Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus
F16 Jalan raya bersambung antara satu sama lain
F17 Bandar dihubungkan dengan sungai Maks : 2 m

c. Senaraikan bidang keilmuan yang digunakan masyarakat Indus dalam membina bandar terancang?
F1 Geometri
F2 Kesenian
F3 Matematik
F4 Seni binaan / pembinaan
F5 Teknologi pembakaran batu bata Maks : 2 m

d. Apakah sikap masyarakat tamadun Indus yang membantu kejayaan mereka membina bandar terancang?
F1 Mengamalkan sifat keterbukaan
F2 Bertukar pandangan dengan pihak lain
F3 Keamanan asas kemajuan
F4 Kreativiti masyarakat / pandai membuat pengubahsuaian
F5 Menguasai ilmu pengetahuan Maks : 2 m

e) Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah anda dapat memastikan keindahan bandar terpelihara?
F1 Menjaga kebersihan bandar
F2 Mengelak membuang sampah merata-rata
F3 Mencegah kegiatan merosakkan harta benda awam
F4 Memelihara kehijauan alam sekitar
F5 Mengadakan kempen kebersihan
F6 Mengadakan gotong royong

No comments:

Post a Comment