Friday, April 9, 2010

NIK MADIHAH ANAK NELAYAN DAPAT 20A


Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar SMK Agama (Arab) Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan mencatat sejarah apabila mendapat 20A dalam peperiksaan SPM 2008. Berikut ialah petikan beberapa kata-kata dan petua resipi yang diamalkan oleh beliau :
“Keluarga saya miskin, bapa hanya nelayan, ibu pula tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), namun mereka adalah kebanggaan saya kerana sentiasa memberi dorongan untuk mencipta kejayaan”
“Guru-guru di Maahad Muhammadi juga banyak membantu kerana mereka sentiasa memberi perhatian dann sedia memberi tunjuk ajar pada bila-bila masa..”
“Saya mengulangkaji awal pagi pada setiap hari selepas solat tahajud dan membaca al-Quran yang menjadi amalan saya sejak di sekolah rendah lagi.”
“Untuk berjaya, yang paling penting adalah usaha memajukan diri, sokongan ibu bapa, guru dan berdoa selepas melakukan segala usaha terbaik.”
Disusun oleh,

Hj. Yasmin bin Hashim
SMK St. Teresa

No comments:

Post a Comment