Saturday, April 10, 2010

FAKTOR-FAKTOR TERHADAP MALAYAN UNION

1. Sir Harold Mac Micheal mengugut Raja Melayu akan turuntahta sekiranya enggan menandatangani M.U
2. Sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti berlaku kepada Sultan Perak
3. Sultan menandatangani Per.Malayan union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor
4. Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-raja Melayu
5. raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Mereka juga kehilangan tahta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
6. Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor M.U maka agama Islam akan tercabar
7. Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu kerana mengancam status orang Melayu sebagai pribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang asing
8. Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka. M.U akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut
9. Demotrasi besar-besaran berlaku, antaranya di Kota Bharu, Batu Pahat dan Johor Bharu

f) SOKONGAN KEPADA M.UNION
1. Terdapat sebahagian kecil pihak yang menyokong M.U antaranya orang
dagang dan Melayu radikal
2. melayu radikal ialah Melayu yang menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia sebagai inspirasi. Mereka mendokong Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya. Kebanyakan mereka berasal dari Indonesia
3. Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri Melayu menjadi sebuah unit politik. Mereka juga menyokong dasar sama rata M.U yang akan menghapuskan hak-hak orang Melayu
4. Kerakyatan terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal mereka
5. Mereka juga percaya janji Brtish akan memberi kemerdekaan . tetapi British perlu menjajah Tanah Melayu sebelum Proses berkerajaan sendiri dilaksanakan dan kemerdekaan diberikan
6. M.U juga disokong oleh Parti PKMM yang ingin menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja Melayu
7. Mereka menyokong konsep republik seperti di Indonesia dan seterusnya konsep Melayu Raya
8. M.U juga disokong oleh API, AWAS, BATAS
9. Penyatuan pentadbiran agama Islam dalam M.U juga disokong oleh PKMM kerana hal ehwal Pentadbiran Islam dipermudahkan

g) TINDAKAN ORANG MELAYU MENENTANG M. U

1. Akhbar Melayu seperti Utsan Melayu, Majlis dan Warta membantah secara berterusan.
2. Demotrasi secara damai semasa Sir Harold Mac Micheal dapatkan tandatangan Raja-raja Melayu
3. Persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang M.U
4. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Jajahan Di London
5. Dato Onn menyeru orang melayu berkongres dan menubuhkan United Malays organisation UMO untuk menentang M.U
6. Kongres Melayu 1946 diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, KG baru KL di hadiri 41 buah persatuan dari seluruh Tanah Melayu
7. Kongres ini bersetuju menubuhkan UMNO
8. UMNO ditubuhkan pada 11 mei 1946 di Istana besar Johor Bharu
9. Sebanyak 29 buah persatuan negeri bergabung untuk mengasaskan UMNO
10. Kongres Melayu kedua diadakan unutk membantah pengistiharan M.U pada 1 April 1946
11. Orang Melayu adakan rapat umum di depan ahli Parlimen British iaitu L.d Gammans dan David Reese Williams
12. Raja-raja Melayu telah berkumpul di K. Kangsar 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ahli Parlimen British
13. British adakan rundingan dan Persekutuan T.Melayu dibentuk

No comments:

Post a Comment