Saturday, April 10, 2010

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

a) Faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

1. Ketegasan orang Melayu di bawah pimpinan dato Onn menggagalkan M.U
2. Perpaduan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat
3. Orang Melayu berjaya memujuk dan mendesak British menghidupkan semula dasar perlindungan
4. Sokongan bekas pegawai British seperti Frnk Swettenham, Sir R.O Winstedt, sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi yang menolak dasar menakluk tanah Melayu
5. Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Malcom MacDonald, sir Edward Gent dan l.D gammans
6. Sikap politik Melayu yang sederhana mendorong British menerima kehendak mereka
7. Bbritish memilih UMNo dan Raja-raja Melayu kerana mereka hanya menuntut rundingan menolak M.U. mereka tidak menuntut kemerdekaan
8. British bimbang orang Melayu dipengaruhi oleh politik Indonesia yang dikuasai oleh PKMM,API,AWAS, BATAS
9. Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh PBB tidak menggalakkan penjajahan baru, sebalik meminta negara kolonial membebaskan dan memberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan


b) LANGKAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1. British menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang
2. Antara mereka ialah Sir Theodore Adam, dato Onn, haji Muhammad Sheriff, Raja Kamarulzaman, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah, Dato Abdul Rahman Muhammad Yasin dan Dato Roland Bradddell
3. Mereka terdiri daripada pegawai kanan British, Peminpin UMNO dan wakil Raja-raja Melayu
4. Mereka mengadakan mesyuarat di King”s House K.L
5. Pada Dasrnya ada lima tuntutan orang Melayu
a) Raja melayu dan UMNO semua prinsip dan Struktur M.U
b) Mereka ingin persekutuan seperti Negeri-negeri Melayu Bersekutu
c) Mereka menolak kerakyatan terbuka M.U
d) Mereka meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
e) Mereka menuntut supaya Raja-raja Melayu sebagai ketua Negeri-negeri melayu diakui semula
6. Perundingan ini ditentang oleh orang dagang dan orang radikal Melayu pmpinan Dr.Burhanudin al-helmy
7. Mereka berpendapat jawatan kuasa Eksekutif ini tidak mewakili semua pihak kerana tidak dsertakan oleh seorang pun perwakilan orang dagang
8. Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh
9. Majlis tindakan Bersama Seluruh Malaya atau All malayan Council (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA) telah ditubuhkan pada tahun 1947 untuk menetang British dan UMNO
10. Mereka mengadakan ceramah politik demotrasi dan mogok
11. Mereka turut mencadangkan sebuah perlembagaan, iaitu Perlembagaan Rakyat. British setuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan bagi mendapatkan ppandangan mereka

c) PERLEMBAGAAN RAKYAT

1. Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
2. Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis Negeri dipilih
3. Raja-raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
4. Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
5. Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
6. Kerakyatan yang sama rata
7. Merah dan putih menjadi bendera tanah Melayu
8. bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
9. Pertahanan dan luar negeri menjadi tanggungjawab bersama British dan Tanah melayu
10. Warganegara T. Melayu harus dinamai Melayu

d) PERKARA YANG TERKANDUNG DALAM PERJANJIAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU

1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangan pada 21 jan 1948 antara Raja-raja Melayu dengan British di Kings House K.L
2. Pada 1 Feb 1948 Persekutuan T.Melayu ditubuhkan
3. British masih menguasai T. Melayu kerana kemerdekaan belum diberikan
4. tetapi perkongsian kuasa dilakukan antara Majlis Raja-raja dan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat
5. Pada peringkat negeri, sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik menteri Besar sebagai Ketua Tadbir
6. Perjanjian ini telah mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri
7. terbentuk senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
8. Ciri utama perjanjian Persekutuan 1948 ialah
a) Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
b) Persekutuan T. Melayu diketuai oleh pesuruhjaya Tinggi British
c) Raja berpelembagaan diwujudkan
d) Senarai persekutuan dan Senarai negeri
e) Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
9. Perjanjian 1948 ini juga menjelaskan perkara-perkara berikut
a) Syarat kerakyatan diperketatkan
b) Rakyat raja Melayu ialah orang Melayu yang lahir di negeri Melayu
c) Rakyat British ialah rakyat yang lahir di P. Pinang dan Melaka
d) British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas Pembentukan Persekutuan T. Melayu
e) Intitusi Raja melayu dikekalkan dan bidang kuasa dan kedudukan jelas dalam pentadbiran
f) Perlembagaan negeri dikenali sebagai Undang-undang tubuh kerajaan negeri kekal digunakan sehingga hari ini Pengenalan rakyat Raja Melayu menbuktikan dasar perlindungan British terhadap kedudukan istimewa orang Melayu
g) Prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja Melayu tersebut telah dimasukan kedalam Perjanjian Persekutuan T.Melayu 1948
h) Perkara ini menjadi Kontrak Sosial antara British dengan Raja-raja Melayu dan orang Melayu

e) TOKOH PENGERAK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

1. Tokoh yang terlibat ialah pemimpin tempatan. British, raja melayu dan
pemimpinUMNO
2. Terdapat 9 orang Raja Melayu yang terlibat. Mereka menyediakan tututan
dan cadangan menjaga status dan keselamatan rakyat
3. Sultan tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa serta
perlindungan kepada orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu
4 Rakyat pula telah diwakili oleh para yang bertindak sebagai penasihat kepada Raja masing-masing
5 Sebahagian mereka merupakan pemimpin UMNO yang mendukung idea penubuhan Persekutuan T. Melayu
6 Mereka bersama-sama Raja-raja Melayu mencadangkan dan mendesak British menlindungi kepentingan orang Melayu
7 Kerjasama Mereka telah membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran agama Islam dan Bahasa Melayu serta pengekalan intitusi raja Melayu berjaya dimasukkan ke dalam Perjanjian Persekutuan 1948
8 Antara tokoh tersebut termasuklah Dato Onn Ja”afar, Dato Nik Ahmad Kamil

10 comments:

  1. saya minta izin untuk mengambil article ni sebagai bahan kerja kursus saya..

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Nota yang disediakan amat berguna cikgu.. berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan.

    ReplyDelete
  3. Danke schön.. Nota yg sgt padat dan ringkas

    ReplyDelete
  4. Saya meminta izin untuk article ini sebagai bahan kerja

    ReplyDelete
  5. Apakah tuntutan orang melayu semasa proses pembentukan persekutuan tersebut ?

    ReplyDelete
  6. Apakah tuntutan orang melayu semasa proses pembentukan persekutuan tersebut ?

    ReplyDelete