Thursday, May 27, 2010

BAB 5 PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA YANG MERDEKA

SOALAN OBJEKTIF

1. British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu bertujuan (hlm.117)

I. melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran.
II. menerapkan sistem pentadbiran Barat.
III. mengukuhkan lagi penguasaan politik.
IV. mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya.

A. I dan II
B. II dan IV
C. III dan IV
D. I dan IV

-Menteri Besar Selangor
-Terlibat dalam perbincangan idea Sistem Ahli
2. Tokoh yang berkaitan dengan maklumat di atas ialah (hlm.117)

A. Raja Uda
B. Dato’ Onn Ja’afar
C. Dato’ Nik Ahmad Kamil
D. Dato Hamzah Abdullah

3. Majlis Raja-Raja Melayu merujuk kepada (hlm.117)

A. badan yang menguruskan persidangan raja-raja Melayu.
B. badan yang menguruskan hal ehwal raja-raja Melayu.
C. badan yang dianggotai oleh sembilan orang raja Melayu yang memerintah.
D. persidangan raja-raja Melayu.

4. Setiap ahli dalam Sistem Ahli menjaga satu (hlm.118)

A. jabatan
B. kementerian
C. bahagian
D. portfolio

5. Dari sudut kaum, Sistem Ahli menjadi asas perpaduan kerana (hlm. 119)

A. ahlinya gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum.
B. pandangan setiap kaum diambil kira dalam sesuatu keputusan.
C. idea penubuhannya hasil cadangan pelbagai kaum.
D. setiap kaum berhak memilih anggota Sistem Ahli.



6. Kaitan di antara Sistem Ahli dengan pentadbiran negara ialah (hlm. 119)

I. tapak asas melatih orang tempatan bekerajaan sendiri.
II. setiap ahli menjaga satu portfolio.
III. satu bentuk kerajaan yang mentadbir negara.
IV. keahliannya dipilih oleh rakyat.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

7. Kewujudan Pakatan Murni adalah hasil daripada (hlm. 119)

A. pemilihan yang melibatkan semua kaum.
B. tolak ansur politik melalui rundingan.
C. kesanggupaan kaum menerima kaum lain.
D. penglibatan setiap kaum dalam pentadbiran.

- Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum
8. Jawatankuasa di atas adalah langkah awal ke arah Pakatan Murni kerana (hlm. 120)

A. sering membincangkan kepentingan setiap kaum.
B. penubuhannya adalah idea daripada pelbagai kaum.
C. bertanggung jawab menjaga kepentingan setiap kaum.
D. keanggotaannya terdiri daripada pelbagai kaum.

Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum - Perubahan dasar
UMNO

9. Perkaitan di antara kedua-dua di atas dilihat dari sudut (hlm. 120)

A. kesanggupan UMNO berunding dengan kaum lain.
B. UMNO dibuka keahliannya kepada kaum lain.
C. jawatankuasa tersebut adalah idea UMNO
D. UMNO adalah peneraju jawatankuasa tersebut.


10. Sebagai tukar ganti kepada kelonggaran Kerakyatan Negeri, ditubuhkan (hlm. 120)

A. Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum.
B. Lembagan Pembangunan Industri Desa.
C. Majlis Amanah Rakyat.
D. Majlis Perundangan Persekutuan.

11. Lembaga Pembangunan Industri Desa yang ditubuhkan pada Oktober 1950 memberikan
penumpuan kepada (hlm. 120)

I. pembangunan
II. sosial
III. ekonomi
IV. pendidikan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV


- Kerakyataan Negeri
12. Syarat utama kerakyataan di atas ialah (hlm.120)

A. bermastautin tetap di Tanah Melayu.
B. ibu bapanya rakyat Tanah Melayu.
C. dilahirkan di Tanah Melayu
D. bermastautin lebih daripada 10 tahun di Tanah Melayu.


“…. hidup hanyalah di bawah tempurung sendiri dan
tidak menghiraukan tempurung lain di sebelahnya”
Dato’ Onn Ja’afar

13. Tindakan Dato’ Onn Ja’afar terhadap kata-kata beliau di atas ialah (hlm.121)

A. membubarkan UMNO
B. menubuhkan parti mewakili kaum.
C. membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.
D. mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil kaum.

14. Sifat pandangan jauh Dato’ Onn Ja’afar berkaitan dengan isu kaum boleh dilihat kepada
tindakan beliau (hlm. 121)

A. menubuhkan parti yang berkonsepkan kerjasama kaum.
B. mengalakkan kerjasama antara kaum.
C. mencadangkan pertukaran budaya antara kaum.
D. mengwujudkan satu kawasan petempatan pelbagai kaum.

Kaum-kaum di Tanah Melayu sekitar 1950an
masih mengasingkan diri antara satu sama lain.

15. Kesan daripada keadaan di atas ialah (hlm. 121)

I. pengekalan parti mewakili kaum.
II. idea satu parti pelbagai kaum ditolak.
III. wujud parti politik bercorak setempat.
IV. Parti Kemerdekaan Malaya gagal.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

16. Dato’ Onn Ja’afar bertindak menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya kerana (hlm.121)

I. parti politik meruapakan pengerak utama ke arah kemerdekaan
II. kerakyatan negeri meletakkan orang Melayu bukan rakyat tunggal.
III. cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu ditolak.
IV. perlunya kerjasama kaum dalam sesebuah parti politik untuk perpaduan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

17. Parti Kemerdekaan Malaya yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn Ja’afar bercirikan (hlm. 121)

I. anggotanya terdiri daripada pelbagai kaum.
II. kepentingan kerjasama dalam satu parti.
III. penglibatan semua kaum ke arah kemerdekaan.
IV. parti politik penting ke arah kemerdekaan negara.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

18. Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya 1952 dan 1954 membuktikan (hlm.121-122)

A. masyarakat Tanah Melayu boleh bekerjasama dalam sebuah parti politik.
B. pelbagai parti tidak menghalang kerjasama antara kaum.
C. tidak perlu wujud parti pelbagai kaum di Tanah Melayu
D. kerjasama antara kaum tidak tercapai jika wujud pelbagai parti.

• Ditubuhkan oleh Malcom Mac Donald
• Dipengerusikan oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang

19. Penubuhan pertubuhan yang berkaitan dengan maklumat di atas bertujuan (hlm. 121)

I. mengwujudkan kerjasama politik di kalangan penduduk.
II. mencari resolusi berkaitan masalah perkauman.
III. mengenalpasti langkah mengatasi masalah perkauman.
IV. mengurangkan masalah perkauman di kalangan penduduk.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV


• 1951 dilantik sebagai presiden UMNO
• dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan

20. Maklumat di atas merujuk kepada (hlm. 121)

A. Dato’ Onn Ja’afar
B. Tunku Abdul Rahman
C. Tun Abdul Razak Hussein
D. Dato’ Dr. Ismail Abdul Rahman

21. Tokoh penting yang menerajui kerjasama UMNO-MCA dalam pilihan raya Perbandaran
Kuala Lumpur ialah (hlm. 121-122)

I. Dato’ Yahya Razak
II. H.S. Lee
III. Ong Yoke Lin
IV. Abdul Aziz Ishak

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

22. Asas pembentukan parti Perikatan lahir hasil kerjasama UMNO-MCA yang dicapai menerusi
(hlm. 121)

A. Persidangan Nasional.
B. Konvensyen Kebangsaan.
C. Pakatan Murni.
D. Jawatan Kuasa Perhubungan Antara Kaum.

PILIHAN RAYA NEGERI 1954
Parti Bertanding Kerusi Dipertandingkan Kerusi Dimenangi
Parti Perikatan 268 226

23. Rumusan yang boleh dibuat berdasarkan rajah di atas ialah (hlm. 122)

A. Parti Perikatan diterajui oleh pemimpin yang berwibawa.
B. penduduk Tanah Melayu menerima pemuafakatan kaum dalam pelbagai parti.
C. rakyat percaya kepada kemampuan Parti Perikatan untuk mentadbir.
D. majoriti rakyat Tanah Melayu anggota Parti Perikatan.


PILIHAN RAYA 1955
Parti Bertanding Kerusi Dipertandingkan Kerusi Dimenangi
Parti Perikatan 52 51

24. Kemenangan majoriti Parti Perikatan sebagaimana statistik di atas dipengaruhi oleh
(hlm. 122)

A. kerjasama Parti Perikatan dengan British.
B. Parti Perikatan mewakili rakyat Tanah Melayu.
C. Parti Perikatan mempunyai manifesto yang jelas.
D. sumber kewangan yang kukuh yang dimiliki oleh Parti Perikatan.

25. Manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
meliputi (hlm. 122)

I. penglibatan penduduk tempatan dalam perkhidmatan awam.
II. program pembangunan yang lebih seimbang.
III. pemerolehan kemerdekaan dalam tempoh empat tahun.
IV. perlindungan hak Raja-Raja Melayu.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

26. Wakil Raja-Raja Melayu yang turut serta dalam rombongan kemerdekaan ke London terdiri
daripada (hlm. 123)

I. Dato’ Panglima Bukit Gantang
II. Dato’ Nik Ahmad Kamil
III. Dato’ Abdul Razak Hussein
IV. Dato’ Mohd Seth

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

Pelajar : Saya berbangga tinggal di Bandar Hilir Melaka
27. Kebanggaan terhadap bandar di atas berkaitan dengan peristiwa (hlm. 124)

A. pengisytiharan kemerdekaan.
B. perjanjian kemerdekaan.
C. perhimpunan kemerdekaan
D. pengisytiharan tarikh kemerdekaan.

28. Kepentingan Perjanjian Persekutuan 1957 merujuk kepada (hlm. 125)

A. persetujuan British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu.
B. persetujuan pemimpin Tanah Melayu memenuhi syarat kemerdekaan.
C. persepakatan pelbagai kaum ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.
D. persepakatan parti-parti politik memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.


- Suruhanjaya Reid Mac 1956

29. Peranan suruhanjaya di atas ialah (hlm. 125)

A. mengkaji syarat-syarat kemerdekaan Tanah Melayu.
B. merangka bentuk pemerintahan Tanah Melayu selepas merdeka.
C. menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
D. menyelia peralihan kuasa selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

30. Isu pentadbiran yang menjadi tumpuan Suruhanjaya Reid sewaktu menjalankan
tanggungjawabnya meliputi (hlm. 125)

I. corak kerajaan yang hendak dibentuk.
II. kuasa kerajaan pusat yang kuat.
III. kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu.
IV. perlantikan ketua kerajaan pusat.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

31. Kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada
(hlm. 126)

A. dasar mengekalkan kedudukan orang Melayu dalam bidang pentadbiran.
B. dasar melindungi kepentingan orang Melayu dalam bidang pendidikan dan permit
perniagaan.
C. dasar memberi peluang secukupnya kepada orang Melayu untuk menguasai ekonomi.
D. dasar melindungi kepentingan kedudukan orang Melayu dalam semua bidang.
32. Bukti penduduk tempatan turut terlibat dalam merangka Perlembagaan Persekutuan 1957 ialah (hlm. 127)

A. memorandum daripada Raja-Raja Melayu, orang perseorangan dan pertubuhan politik.
B. Suruhanjaya Reid turut dianggotai oleh Raja-Raja Melayu dan penduduk tempatan.
C. perbincangan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Reid diselia oleh penduduk tempatan.
D. perlembagaan yang dibentuk disahkan oleh Raja-Raja Melayu.


Kerakyatan Jus Soli - Diterima oleh Raja-Raja Melayu
orang dagang

33. Persetujuan di atas dicapai setelah orang bukan Melayu mengiktiraf (hlm. 127)

I. kedudukan istimewa orang Melayu.
II. kedudukan Raja-Raja Melayu.
III. agama Islam agama rasmi persekutuan.
IV. bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Isu kewarganegaraan menjadi isu penting sejak pengenalan Malayan Union 1946 yang sering menimbulkan ketegangan.
34. Jika anda seorang pemimpin, bagaimanakah anda menangani masalah di atas? (hlm. 127)

A. Memperkenalkan sistem pemerintahan demokrasi.
B. Mendapat bantuan nasihat daripada Barat.
C. Mengwujudkan tolak ansur di kalangan rakyat.
D. Mengubal peraturan berkaitan isu kerakyatan.


35. X telah dipertanggungjawabkan untuk mengesahkan Perlembagaan Merdeka 1957. X
merujuk kepada (hlm. 127)

A. Suruhanjaya Reid
B. Majlis Raja-Raja Melayu
C. Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan
D. Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum.

Kerakyatan Jus Soli - Kedudukan orang Melayu lemah
untuk orang dagang

36. Mengapakan kesan di atas boleh terjadi? (hlm. 126)

A. Orang Melayu hilang kuasa politik dan ekonomi.
B. Orang dagang berada di kedudukan yang lebih baik.
C. Semua kaum diberikan hak yang sama rata.
D. Kuasa politik dan ekonomi beralih kepada orang dagang.

37. Kaitan pakatan murni dengan sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu ialah
(hlm.128-130)

A. setiap kaum mempunyai wakil dalam kerajaan persekutuan.
B. setiap kaum berhak mencadang bentuk kerajaan persekutuan.
C. kerajaan yang dibentuk hasil daripada persetujuan bersama.
D. kerajaan yang demokrasi berkonsepkan raja berperlembagaan dibentuk.

38. Kaitan Perjanjian Persekutuan dengan pentadbiran negara ialah ( hlm. 130)

A. hak mutlak penduduk tempatan mentadbir negara.
B. penentuan bentuk pentadbiran negara.
C. jumlah ahli yang dilantik dalam sistem pentadbiran.
D. cara perlantikan ahli dalam sistem pentadbiran.

39. Kerakyatan jenis naturalisasi bermaksud (hlm. 268)

A. kerakyatan berdasarkan undang-undang.
B. kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran.
C. kerakyatan yang mengikut kerakyatan ibu bapa.
D. kerakyatan yang diluluskan Yang di-Pertuan Agong.

• Digelar ‘Bapa Pembangunan Malaysia’
• Menteri Pendidikan kabinet 1955
• Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1955

40. Tokoh yang berkaitan dengan maklumat di atas ialah (hlm. 131)

A. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein.
B. Dato’ Dr. Ismail Abdul Rahman.
C. Dato’ Panglima Gantang.
D. Sulaiman Abdul Rahman

1 comment: