Saturday, May 8, 2010

SOALAN PENDAPAT / KBKK



Soalan berbentuk "Pendapat" sebenarnya mudah dijawab dan hanya memerlukan sedikit idea / pemikiran calon.
Dalam SPM, soalan bentuk pendapat diajukan dalam kata kunci seperti "Pada pendapat anda," "Sekiranya anda hidup pada zaman tersebut," atau seumpamanya..
Biasanya soalan KBKK ini disoal dalam soalan pecahan terakhir.
Contoh :Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengekalkan institusi kesultanan di negara kita (4 markah)
Skema :
F1 warisan sejak Kesultanan Melayu Melaka
F2 simbol kedaulatan negara
F3 lambang perpaduan rakyat
F4 payung negara
F5 ketua agama Islam
M1 mana-mana isi yang sesuai

Contoh jawapan :

Pada pendapat saya, kita perlu mengekalkan institusi kesultanan di negara kita kerana ianya merupakan warisan negara sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi. Selain itu, institusi kesultanan juga menjadi simbol kedaulatan negara kita, di samping merupakan lambang perpaduan rakyat yang berbilang kaum.
Institusi ini juga menjadi payung negara yang menaungi rakyat, malah mengikut perlembagaan, raja merupakan ketua gama Islam. Selain itu juga, institusi raja penting sebagai pendamai jika berlaku perselisihan pendapat di kalangan rakyat atau tokoh-tokoh politik di negara kita.Raja juga penting untuk memastikan perjalanan demokrasi di Malaysia terus terpelihara.
*Perhatian : Isi dua yang terakhir itu berpandukan M1 dan M2, iaitu mana-mana isi yang sesuai.

No comments:

Post a Comment