Monday, May 31, 2010

Bab 5 : Jawapan

SKEMA JAWAPAN [BAB 5]

OBJEKTIF

1. D 11. C 21. A 31. B
2. D 12. B 22. B 32. A
3. C 13. C 23. B 33. C
4. D 14. A 24. C 34. C
5. A 15. B 25. D 35. C
6. A 16. D 26. D 36. C
7. B 17. A 27. D 37. D
8. D 18. D 28. A 38. A
9. A 19. B 29. C 39. D
10. B 20. B 30. B 40. A


STRUKTUR

1.a) Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu
( 2 markah )

b). Dasar memberi bantuan ke arah bekerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah
jajahan.
( 2 markah )

c). i. diwujudkan kabinet bayangan.
ii. anggotanya dikenali sebagai Ahli.
iii. perlantikan ahli oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
Melayu.
iv. anggotanya seramai 9 orang iaitu 5 penduduk tempatan dan 4 pegawai Inggeris.
v. ahlinya di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
( 3 markah )

d). i. menguruskan pentadbiran harian jabatan.
ii. mencadangkan undang-undang berkaitan dengan jabatan.
iii. membentangkan cadangan undang-undang dalam Majlis Perundangan Persekutuan.
iv. berbincang dengan pegawai kanan British berkaitan cadangan undang-undang.
( 3 markah )



2. a). usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik
melalui rundingan.
( 2 markah )

b). i. penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa.
ii. Kerakyataan Negeri diberikan kepada imigran yang lahir di Tanah Melayu.
iii.pilihan raya di peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan diadakan
( 2 markah )


c). i. cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu dikecam dan ditolak.
ii. Kerakyatan Negeri menjadikan orang Melayu bukan rakyat tunggal Tanah Melayu.
iii. keperluan kerjasama semua kaum dalam sebuah parti untuk mencapai kemerdekaan
Tanah Melayu. ( 2 markah )

d). i. mengiktiraf kedudukan istimewa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
ii. agama Islam agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
iii. bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. ( 2 markah )

e). i. kerajaan demokrasi berkonsepkan raja berperlembagaan dibentuk.
ii. wujud perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
iii. tercapainya keharmonian kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
iv. hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara yang berdaulat dan
merdeka. ( 2 markah )



ESEI

1. a). Langkah-langkah ke arah Pakatan Murni

Tema Huraian
CLC menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC) yang dianggotai wakil pelbagai kaum di Tanah Melayu.
Kerjasama titik permulaan kerjasama kaum di Tanah Melayu.
Dasar perubahan dasar UMNO kerana kesanggupan berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa depan negara.
Buka cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.
IMP penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) oleh Dato’ Onn Ja’afar.
Kaum konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.
Gagal IMP gagal kerana kaum-kaum di Tanah Melayu masih mengasingkan diri mereka.
Persidangan penubuhan Persidangan Nasional bagi mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perasaan perkauman.
Konvensyen UMNO menganjurkan Konvensyen Nasional yang disertai pelbagai parti dan persatuan politik.

b). Pekara dalam manifesto Parti Perikatan menghadapi pilihan raya 1955.

Tema Huraian
Kemerdekaan kemerdekaan Tanah Melayu dalam masa empat tahun.
Pendidikan mewajibkan pendidikan kepada penduduk Tanah Melayu.
Tempatan menjadikan perkhidmatan awam di Tanah Melayu bercorak tempatan.
Hak menjaga hak asasi manusia.
Raja-Raja melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.


2. a) Isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan .

Tema Huraian
Merdeka perlembagaan yang dirangka adalah perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Pusat pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat.
Autonomi mengwujudkan kuasa autonomi negeri dalam bidang-bidang tertentu.
Kedudukan mengambil kira kedudukan khas Raja-Raja Melayu.
Istimewa mengambil kira hak istimewa orang Melayu.
Bangsa pengwujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu.



b). Isi-isi penting dalam Perjanjian Persekutuan 1957.

Tema Huraian
Kerajaan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan.
Pemisahan pemisahan kuasa pusat dan kuasa negeri melalui Senarai Pusat dan Senarai Negeri.
Berperlembagaan institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan di peringkat negeri dan negara.
Kerakyatan diwujudkan tiga jenis kerakyatan iaitu secara Kuatkuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi.
Jus Soli prinsip Jus Soli diterima.
Kedudukan kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan.
Islam agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan.
Tanah konsep Tanah Simpanan Melayu diteruskan.
Bahasa bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
YdPA Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
Demokrasi pentadbiran negara bersifat demokrasi iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa parlimen.
Negeri di peringkat negeri Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran yang dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

No comments:

Post a Comment