Saturday, May 8, 2010

MOTIVASI : KISAH PEMUDA MALANG


Salam Sejahtera,
Pada masa dahulu, ada seorang pemuda miskin yang bekerja mengambil upah menebang kayu. Suatu hari, dia mendapat tawaran kerja menebang kayu balak dengan upah RM 50 sebatang. Hari pertama, dengan bersemangat pemuda itu membawa kapaknya dan bermula jam 8.00 hingga 5.00 petang dia berjaya menebang sebanyak 15 batang. Ini bermakna dia berjaya mendapat upah RM 750.

Hari kedua, pemuda itu lebiih bersemangat dan turun jam 7.00 pagi sehingga jam 5.00 petang, tapi hanya berjaya menebang sebanyak 12 batang sahaja. Hari ketiga dia terus turun lebih awal, iaitu jam 6.00 pagi, malangnya hasil penebangan sekadar 8 sahaja, dan hari keempat dia bekerja sejak jam 5.30 pagi hingga 6.00 petang. Namun hanya 2 batang balak sahaja yang dapat ditumbangkan.
Persoalannya!! Mengapa hasil kerjanya semakin menyusut sedangkan dia bekerja semakin rajin dan turun lebih awal?
JAWAPANNYA MUDAH .....Pemuda itu terlupa untuk MENGASAH KAPAK...
Justeru, pelajar sekalian, kita perlu sekali-sekala mengasah minda kita dengan mendengar atau membaca bahan-bahan motivasi, menukar teknik belajar serta meminjam nota-nota / bertukar nota dengan kawan-kawan.
Sekian, jumpa lagi..

Hj. Yasmin Al-Kelantani

No comments:

Post a Comment