Wednesday, May 26, 2010

KHASIAT PISANG



Pisang ialah buah yang boleh ditemui sepanjang tahun dan harganya juga berpatutan. Di Malaysia, pisang terdiri daripada jenis seperti pisang emas, rastali, kapas, embun, nagka dan sebagainya.
Selain enak dimakan, pisang juga boleh dimasak untuk dijadikan kueh, kek, kerepek, goreng atau gulai.
Kajian menunjukkan bahawa pisang juga mampu mencegah kemurungan dan melancarkan sistem perkumuhan. Tahukah anda, pisang mengandungi empat kali lebih protein, dua kali lebih karbohidrat, tiga kali lebih fosforus dan lima kali lebih vitamin A dan zat besi berbanding epal. Mulai hari ini, banyak-banyakkanlah maakan pisang.
Pisang juga dibuat pembayang pantun oleh orang Melayu dahulu kala :

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati

No comments:

Post a Comment