Sunday, May 9, 2010

SKEMA PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA 2010

PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA 2010
SKEMA JAWAPAN KERTAS 1
TINGKATAN 5
KERTAS 2
SOALAN STRUKTUR : BAHAGIAN A
Soalan 1

Soalan Butiran Markah
1 (a) Siapa menduduki lapisan atasan dalam tamadun Hwang Ho
Raja
Pembesar (2 m)

1(b) Maksud mandat daripada tuhan
F1 masyarakat Hwang Ho percaya jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan
F2pemerintah yang direstui tuhan (2 m)
1(c) Tiga kepercayaan masyarakat Hwang Ho
Animisme
Politeisme
Penyembahan roh nenek moyang
Menyembah tuhan syurga
Menyembah tuhan bumi dan tuhan langit
Penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung (3 m)

1 (d) Tiga sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian
Pemmbinaan sistem pengairan
Teknologi pembajakan
Penciptaan peralatan
Seperti cangkul dan sabit
Penggunaan batas dalam penanaman
Penciptaan peralatan pertanian daripada besi bagi menggantikan kayu (3 m)

Soalan 2

Soalan Butiran Markah
2 (a) Dua sejarawan yang mengemukakan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
John Crawford
Syed Muhammad Naquib al-Attas
Emanuel Gadinho Eredia
S. Q. Fatimi
Snouck Hurgronje (2 m)
2(b) Tiga bukti Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab
Catatan Cina mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton / Amoy
Pedagang Arab menetap selama beberapa bulan untuk menunggu perubahan angin monsun dan membina perkampungan Islam Ta Shih di Sumatera
Wujud persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan karya yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab
Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi telah diambil dari bahasa Arab
Adat resam dan budaya orang Melayu banyak dipengaruhi budaya Arab
Karya tempatan banyak menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab (3 m)
2(c) Dua perkara yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu
Kewajipan menjalankan hukum syarak
Peraturan dan undang-undang keluarga
Hukuman terhadap penzina
Hukuman terhadap mereka yang tidak mahu membayar hutang (2 m)
2 (d) Wujud pelbagai teori
Penemuan teori yang berbeza
Penyebaran Islam secara meluas
Kedudukan Asia Tenggara yang strategik
Tumpuan para pedagan
Kajian dibuat oleh pelbagai tokoh
Hubungan tradisi Asia Tenggara dengan India / China / Arab
Mana-mana jawapan yang munasabah (3 m)


Soalan 3

Soalan Butiran Markah
3 (a) Tiga ciri Dasar Pemerintahahn Jepun di Tanah Melayu
Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum itu
Menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun
Malai Shimbun untuk Utusan Melayu
Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar
Nilai budaya Jepun diperkenalkan (3 m)
3(b) Tiga pertubuhan yang menentang Jepun
Parti Komunis Malaya
MPAJA
Pasukan Bintang Tiga
Force 136
Pasukan Wataniah Pahang (3 m)
3(c) Dua ciri gagasan Melayu Raya
Slogan dan cita-cita politik sebahagian kecil orang Melayu
Mahu menghidupkan semula kegemilangan empayar Melayu seperti Majapahit, Srivijaya dan Melaka
Dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris
Oleh Abdul Hadi Hassan, pensyarah Ilmu Tawarikh (2 m)
3 (d) Pendirian terhadap gagasan Melayu Raya

Setuju :
Mewujudkan sebuah negara yang lebih kuat
Menghapuskan sistem feudal yang menghalang kemajuan bangsa
Memperkukuhkan kedudukan politik orang Melayu
Mana-mana jawapan yang munasabah

Tidak setuju :
Malaysia akan berada di bawah kuasa Indonesia
Integrasi kaum sukar dicapai
Urusan negara menjadi sukar kerana negara terlalu luas
Mana-mana jawapan yang munasabah (2 m)

Soalan 4

Soalan Butiran Markah
4 (a) Tiga faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union
Perpaduan orang Melayu daripada semua golongan
UMNO tidak menuntut kemerdekaan
Sikap politik Melayu yang sederhana
Sokongan bekas pegawai-pegawai British
Sokongan pegawai-pegawai tinggi British
Gesaan Piagam Atlantik 1945 (3 m)
4 (b) Tiga ciri Persekutuan Tanah Melayu
Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri
Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu (3 m)
4 (c) Dua kumpulan yang menentang perundingan PTM 1948
Orang dagang
Golongan radikal Melayu (2 m)
4 (d) Alasan dan tuntutan golongan yang menentang
Jawatankuasa Eksekutif PTM tidak mewakili semua pihak
Tidak disertai oleh seorang pun orang dagang
Menuntut konsep sebuah republik
Menuntut kemerdekaan penuh (2 m)


BAHAGIAN B : SOALAN ESEI
Soalan 5
(a) Terangkan pengaruh Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara. (8 markah)
F1 Mengamalkan sistem beraja seperti di India
H1a Menggunakan gelaran raja
F2 Raja berada di puncak pemerintahan
H2a Di bawah aja terdapat kerabat diraja
H2b Di bawah kerabat diraja ialah pembesar / ahli agama / Brahmin
H2c Selepas pembesar ialah rakyat
H2d Golongan hamba merupakan kedudukan paling bawah
F3 Di bawah raja terdapat pentadbiran pusat dan daerah
H3a Pentadbiran pusat terdiri kumpulan anak raja
H3b Di bawah anak raja terdapat ketua pentadbiran pusat / parvanda / senapati
H3c Di bawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim / temenggung / penghulu
H3d Daerah ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja
F4 Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek
H4a Berkuasa dalam pentadbiran / hubungan luar / ketenteraan / khazanah
H4b Perintah raja menjadi undang-undang
H4c Perintah raja wajib dilaksana
H4d Sesiapa yang melanggar perintah raja dianggap derhaka
H4e Golongan yang menderhaka tidak akan diampun
H4f Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
F5 Raja sebagai bayangan tuhan
H5a Rakyat takut menderhaka walaupun raja tidak adil
H5c Melahirkan konsep dewa raja
H5d Melahirkan unsur mitos dan lagenda tentang asal usul raja
H5e Memperkuat kedudukan / status raja sebagai pemerintah
F6 Kedaulatan raja diperkukuh dengan pelbagai adat istiadat
H6a Adat istiadat pertabalan raja
H6b Golongan Brahmin memimpin upacara pertabalan raja / upacara keagamaan
H6c Adat istiadat bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
F7 Raja berkuasa seluruh alam semesta
H7a Mendirikan kompleks kota
H7b Melambang konsep alam semesta / order kosmos
H7c Raja Suryavarman II dari kerajaan Angkor membina Angkor Wat
8 X 1 m = maks 8 markah
b) Jelaskan peranan candi kepada kerajaan-kerajaan tersebut.
F1 Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
F2 Sebagai rumah ibadat
F3 Tempat menyimpan abu jenazah raja / keluarga
F4 Tempat menyimpan patung dewa raja
F5 Lambang keagungan seseorang pemerintah
F6 Membukti kehebatan seni bina / ahli seni agama membina monumen
F7 Lambang order kosmos
F8 Memperingati orang ternama / peristiwa penting Maks : 6 markah

c) Terangkan peranan bahasa Sanskrit dalam kerajaan di Asia Tenggara.
F1Bahasa intelek
H1a Bahasa Sanskrit meningkatkan pencapaian intelek masyarakat
F2 Maklumat / catatan
H2a Pada batu bersurat mengandungi maklumat tentang agama / pemerintahan / raja / undang-undang
F3 Menerangkan tentang keturunan raja
H3a Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
F4 Menerangkan tentang ajaran agama
H4a Batu bersurat Sg. Mas berkaitan ajaran Buddha
F5 Bahasa pemerintah / arahan
H5a Batu bersurat yang ditemui mengandungi arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat
H5b Arahan raja kepada rakyat dan pembesar
H5c Rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja
F6 Bahasa keagamaan
H6a Bahasa Sanskrit digunakan dalam upacara keagamaan / terdapat kitab berkaitan keagamaan
F7 Bahasa komunikasi / perhubungan
H7a Banyak perkataan bahasa Sanskrit kekal dalam Bahasa Melayu
H7b Sesetengah perkataan mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu
F8 Bidang Kesusasteraan
H8a Terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil
H8b Pengaruh kesusasteraan dapat dilihat dalam puisi dan prosa Jawa
H8c Cerita lisan / teater / wayang kulit diperolehi oleh cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabrata.
Mana-mana 6 X 1 m = Maks 6 markah


Soalan 6
Rajah berikut merujuk kepada perkembangan masyarakat Eropah dari Zaman Gelap ke Zaman Renaisance.
(a) Jelaskan ciri-ciri Zaman Gelap. (5 markah)
F1 Kemerosotan bidang ilmu pengetahuan / perdagangan / perbandaran
F2 Kemerosotan dalam kehidupan
F3 Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan / lemah
F4 Pembentukan sistem feudal
F5 Kemusnahan kuasa pusat untuk mentadbir wilayah-wilayah
F6 Wujud golongan tuan tanah / baron dan petani
F7 Terdapat golonagn hamba
F8 Gereja yang mengongkong kehidupan masyarakat
F9 Kegiatan perdagangan tidak meluas
F10 Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
F11 Kegiatan ekonomi terhad Mana-mana 5 X 1 m = Maks 5 m
(b) Huraikan faktor-faktor yang mendorong kepada perkembangan Zaman Renaisance di Eropah. (9 markah)
F1 Wujud aliran pemikiran Humanisme
H1a Penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah
C1a Lahir tokoh Francesco Petrarch /Niccolo Machiavelli
F2 Kemunculan semangat inkuiri / semangat ingin tahu yang kuat
H2a Kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup
C2a Kesediaan untuk meneroka bidang dan kawasan baru
F3 Kemunculan bandar-bandar terkenal di Itali
H3a Menjadi pusat perdagangan antarabangsa
C3a Sepeerti Venice / Florance / Rom / Milan / Genoa
H3b Menjadi pusat pertembungan budaya / bahasa / agama / perkembangan idea baru
C3b Seperti di Venice, Genoa
F4 Kemunculan para pedagang kaya
H4a Mengguna kekayaan untuk mengindahkan bandar yang menjadi tumpuan seniman / cendekiawan
H4b Menjadi penaung / patron kepada pelukis / pemuzik / saintis / penulis
H4c Bersaing menarik seniman / cemdekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing
C4a Seperti keluarga Medici di Florence
F5 Peranan Paus di Rom
H5a Menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan
H5b Memberi perhatian kepada kegiatan seni lukis / seni ukir
C5a Paus Julius II mengupah Leonardo da Vinci / Michelangelo / Raphael di Rom
C5b Pembinaan Katedral St. Peter
F6 Lahir tokoh-tokoh Renaissance berpengaruh
H6a Menekankan kepada keupayaan individu yang meliputi semua aspek intelektual / fizikal
C6a Contohnya Leonardo da Vinci / Michelangelo / Thomas More / Francis Bacon / William Shakespeare
Mana-mana 9 X 1 m = Maks 9 m
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah pengajaran yang diperoleh daripada kedua-dua zaman tersebut? (6 markah)
F1 Kita harus menguasai ilmu pengetahuan
F2 Mewujudkan kestabilan politik
F3 Memajukan bidang ekonomi
F4 Membentuk perpaduan masyarakat
F5 Meluaskan bidang perdagangan antarabangsa
F6 Meningkatkan semangat inkuiri dalam masyarakat
F7 Bersikap terbuka / berfikiran terbuka / sanggup menerima perubahan
F8 Sifat kepercayaan diri sendiri
F9 Mempunyai idea yang imaginatif
F10 Menjalankan kegiatan yang inovatif
F11 Gigih dalam keusahawan
F12 Mempunyai komitmen tinggi
F13 Semangat positif / kreatif
F14 Berani meneroka bidang baru
M Mana-mana jawapan munasabah Maks : 6 m


Soalan 7
Nasionalisme ialah perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.
(a) Terangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara. (8 markah)
F1 Dasar Penjajahan Barat
H1a menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat
H1b rakyat tidak diberi peluang dalam pentadbiran moden
H1c rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional
H1d dasar ekonomi penjajah menindas rakyat
C1a Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo
H1d penjajah mweujudkan jurang sosial
H1e bergaul dengan golongan elit tradisional / bangsawan
H1f Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran
F2 Pengaruh agama
H1a menyatukan rakyat tempatan
H1b menghadapi peniindasan dan pengaruh kebudayaan Barat
C2a Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu
C2b Persatuan Belia Buddha di Burma
C2c agama Kristian di Filipina menyatukan penduduk pribumi untuk menentang Sepanyol
F3 Karya keusasteraan
H3a membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara
H3b menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penndasan penjajah
C3a Noli Me Tangera, Kerikil-Kerikil Tajam, KeMakam Bonda, Putera Gunung Tahan
F4 Sistem pendidikan
H4a penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan pendidikan
H4b mengutamakan sekolah yang menggunabahasa penjajah
H4c penjajah menyediakan pendidikan di peringkat rendah
H4d terhad kepada golongan elit dan di bandar
H4e anak golongan priyayi diberi pendidikan yang tersendiri
C4a pendidikan sekular dan mubaligh mengancam sekolah Buddha di Burma
C4b di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan
F5 Kemunculan golongan intelektual
H5a berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat atau Asia Barat
H5b didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam
H5c golongan ini memimpin gerakan nasionalisme di tanah air
F6 Pengaruh media massa
H6a menyemarakkan idea nasionalisme
H6b menyebar idea nasionalis
H6c menanam perasaan anti penjajah
C6a akhbar Tribune Indegene, Cloche Felee di Nietnam, Ikhwan, Saudara, Warta Malaya, Majlis di Tanah Melayu
F7 Sistem pengangkutan dan perhubungan
H7a telefon dan telegraf memudahkan hubungan antara nasionalis
H7b pembinaan jalan raya dan kereta api
H7c menghubungkan kawasan-kawasan yang terpisah
H7d memudahkan rakyat bertemu pemimpin dan membincangkan idea nasionalisme
F8 Pengaruh luar
H8a mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara
C8a kejayaan Jepun menewaskan China 1895
C8b Jepun menewaskan Rusia 1905
C8c perjuangan Mahatma Ghandi di India
Mana-mana 8 X 1 m = Maks 8 m
(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan tentang gerakan nasionalisme di Filipina. (7 markah)
F1 Gerakan nasionalisme tahap pertama
H1a gerakan dakyah
H1b dipimpin oleh Jose Rizal
H1c mempunyai pengaruh yang kuat dan disokong oleh gol. Pertengahan yang berpendidikan Barat
H1d menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
H1e bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti bangsa Sepanyol
H1f bangsa Filipina diberi kebebasan bersuara.
F2 Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina
H2a mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.
H2b Jose Rizal ditangkap
H2c dibuang negeri ke Dapitan
H2d dihukum bunuh
H2f mencetuskan gerakan nasionalisme lebih radikal di tahap kedua
F3 Gerakan nasionalisme tahap kedua
H3a Katipunan di tubuhkan oleh Andres Bonifacio
H3b penentangan secara radikal terhadap Sepanyol
H3c matlamat : menyatukan bangsa Filipina
H3d dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi
H3e menggunakan media cetak
C3a akhbar Kalayan
H3f lancar revolusi bersenjata tetapi gagal
H3g Katipunan semakin lemah selepas Bonifacia dihukum mati
F4 Aguinaaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat
H4a berjaya mengusir Sepanyol 1898
H4b memulakan penguasaan Amerika
H4c Pengisytiharan kemerdekaan Filipina 1899
H4e tidak disahkan oleh Amerika
H4f revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap
7 isi x 1 m = 7 markah
(c) Pada pendapat anda, mengapakah semangat nasionalisme perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi? (5 markah)
F1 murid-murid senang dibentuk jiwa mereka
F2 diterapkan melalui subjek Sejarah dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
F3 diterap menerusi aktiviti kokurikulum
F4 disemai melalui program seperti Bulan Kemerdekaan
F5 peranan guru menanam semangat nasionalisme
F6 konsep nasionalisme merentas kurikulum
M1 mana-mana isi yang sesuai
5 isi x 1 m = 5 markah

Soalan 8
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15 merupakan asas pembentukan negara dan bangsa kita. Ciri-cirinya mempunyai banyak persamaan dengan ciri-ciri negara bangsa moden pada hari ini.
(a) Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
F1 Wilayah Pengaruh
H1a kawasan yang rakyatnya menerima / memperakui pemerintahan seorang raja.
H1b Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas
C1a meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu
C1b timur Sumatera
F2 Kedaulatan
H2a kekuasaan tertinggi terhadap rakyat
H2b Kesultanan Melayu Melaka : kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah
H2c raja yang memerintah mewakili negeri / kawasan pemerintahan
F3 Lambang-lambang
H3a simbol atau identiti
H3b Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan
C3a Sistem pemerintahan beraja
C3b adat istiadat melayu
C3c bahasa Melayu
C3d agama Islam
C3e alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana
F4 Keunggulan undang-undang
H4a cara formal untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan
H4b terdapat dua sumber undang-undang bertulis
C4a Hukum Kanun Melaka
C4b Undang-Undang Laut Melaka
H4c Hukum Kanun Melaka : menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar
H4d pantang larang di kalangan anggota masyarakat
H4e hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
H4f undang-undang keluarga
H4g Undang-Undang Laut Melaka : berkaitan dengan tatacara pelayarandi laut
H4h tanggungjawab pengawal kapal
H4i atur cara pelayaran, perbiagaan
H4j bidang kuasa nakhoda kapal
H4k hukuman kesalahan jenayah
F5 Rakyat
H5a seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah
H5b terikat kepada undang-undang dan peraturan
C5a Zaman Melaka : rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah
C5b sebagai balasan : rakyat bersedai mempertahankan negara
C5c menghadiri adat istiadat kerajaan
C5d mengadakan gotong royong, kerahan tenaga
F6 Kerajaan
H6a badan yang diberi kuasa untuk menguruskan pentadbiran
H6b menjaga keamanan
H6c mempertahankan kedaulatan negara
H6d menjalin hubungan diplomatik
C6a Zaman Melaka : raja/ sultan pemerintah tertinggi
C6b dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana
C6c diberi portfolio mengikut bidang masing-masing
C6d Sistem Pembesar Empat Lipatan
10 isi x 1 m = 10 markah

(b) Jelaskan warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu. (6 markah)
F1 Sistem Pemerintahan di Johor, Perak dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
H1a warisan seperti adat istiadat Melayu
H1b agama Islam
H1c bahasa Melayu
F2 Kerajaan Johor, Perak dan Pahang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka
H2a gelarann Sultan
H2b sistem pewarisan takhta
H2c jurai keturunan bapa
F3 Sistem Pembesa Empat Lipatan
H3a seperti diamalkan di Melaka
H3b perbezaan pada gelaran pembesar
H3c perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan
F4 Kitab Undang-Undang
H4a disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka
C4a Undang-Undang Pahang
C4b disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah 1596
6 isi x 1 m = 6 markah

(c) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengekalkan institusi kesultanan di negara kita? (4 markah)
F1 warisan sejak Kesultanan Melayu Melaka
F2 simbol kedaulatan negara
F3 lambang perpaduan rakyat
F4 payung negara
F5 ketua agama Islam
M1 mana-mana isi yang sesuai
4 isi x 1 m = 4 markah
Soalan 9
(a) Jelaskan sebab-sebab pengenalan Malayan Union.
F1 persediaan membentuk kerajaan sendiri
F2 melahirkan pentadbiran yang licin
H2a sebelum PD2, Tanah Melayu terbahagi kpd MMS, NNMB dan NNMTB
F3 menjimatkan kos
H3a menelan kos yg besar
H3b pembangunan tidak seimbang
F4 membentuk bangsa Malayan Union
H4a supaya golongan pendatang melupakan Negara asal
H4b menumpu taat setia kpd Malayan Union
F5 memastikan sumber tenaga & pelaburan tidak terbantut
F6 menjamin penguasaan berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
F7 mengurangkan kuasa politik orang Melayu 6 isi X 1 m = 6 markah

(b) Huraikan ciri-ciri Perjanjian Malayan Union.
F1 semua NMB, NMTB dan dua NNS disatukan
F2 seorang gabenor British yg dilantik oleh Ratu England akan mengetuai MU
F3 Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk
F4 Singapura diasingkan
H4a kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
F5 kewarganegaraan sama rata
H5a prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan MU
F6 Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
H6a hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
F7 seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sbg ketua pentadbir
6 isi X 1 m = 6 markah

(c) Ceritakan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap Malayan Union.
F1 akhbar-akhbar Melayu menyuarakan bantahan secara berterusan
C1 Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara
F2 orang Melayu mengadakan demonstrasi secara damai
H2 semasa Sit Harold MacMicahel mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu
C2 di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Star, Kedah
F3 Persatuan-Persatuan Melayu dihidupkan semula
H3 menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
F4 Dato' Onn Ja'afar menyeru orang Melayu berkongres
H4 dan menubuhkan U. M. O
F5 Kongres Melayu 1946 diadakan 1 – 4 Mac 1946
H5 dihadiri 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu
F6 Kongres Melayu Kedua 30-31 Mac 1946
H6 untuk membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946
F7 orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar
H7 untuk menunjukkan bantahan kepada L.D. Gammans dan David Reese Williams
F8 Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar 28 April 1946
H8 menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut
6 isi X 1 m = 6 markah
(d) Sekiranya anda hidup pada tahun 1946, apakah reaksi anda terhadap gagasan Malayan Union?
F1 turut menyertai demonstrasi menentang Malayan Union
F2 menulis surat kepada Pejabat Tanah Jajahan membantah Malayan Union
F3 mendesak raja-raja Melayu memulaukan Malayan Union
F4 menyertai UMNO untuk menentang Malayan Union
F5 menubuhkan sayap pemuda untuk menghapuskan Malayan Union
M1 mana-mana isi yang sesuai
2 isi x 1 m = 2 markah

No comments:

Post a Comment