Sunday, May 2, 2010

TEORI KEDATANGAN ISLAM : SEMENANJUNG TANAH ARAB


Pelajar sekalian,
Soalan tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara merupakan sub topik yang popular dalam SPM. Pelajar perlu faham, terdapat tiga (3) pendapat yang mengatakan dari mana punca tersebarnya Islam ke Asia Tenggara. Teori pertama ialah mengatakan Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab, iaitu dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Hujah John Crawford:
1.Catatan Cina mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton / Amoy sejak tahun 300 Masehi. Sejak awal lagi pedagang Arab juga dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China. Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad ketujuh Masihi.
2. Pedagang Arab menetap selama beberapa bulan untuk menunggu perubahan angin monsun
3. Terdapat orang Arab di perkampungan ini yang berkahwin dengan wanita tempatan.
4. Catatan China mengatakan telah wujud sebuah perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650 M.
Hujah Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas :
1. Wujud persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.
2. Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi telah diambil daripada bahasa Arab.
3. Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab, seperti amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin.
4. Pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab, misalnya Hikayat Raja-Raja Pasai yang menceritakan bahawa mubaligh / pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah sufi berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail

1 comment:

  1. Tahun 2009, soalan ini ditanya dalam kertas 1, tetapi lebih fokus kepada peranan pedagang

    ReplyDelete