Friday, August 12, 2011

WAWASAN 2020

WASAWAN 2020 (Soalan Target 2012)
(a) Apakah yang anda faham mengenai Wawasan 2020. [ 4 markah ]
F1 gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020
F2 Dicetuskan oleh Dr. Mahathir Mohammad
F3 Pada 28 Februari 1991
F4 Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju
F5 Menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara-negara maju yang lain di dunia
F6 Kemajuan yang diharapkan tidak menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata / seperti yang berlaku di barat
F7 Inginkan kemajuan bersepadu

(b) Terangkan sembilan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020. [ 10 markah ]
F1 Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
H1a Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara
H1b Dapat dicapai melalui dasar kerajaan sepeerti Dasar pembangunan Nasional / Dasar Bahasa Kebangsaan / Dasar Kebudayaan Kebangsaan / Dasar Pendidikan Kebangsaan
H1c Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia

F2 Membina masyarakat berjiwa bebas / tenteram dan berkeyakinan
H2a Rakyat Malaysia perlu gagah menghadapi pelbagai masalah
H2b Bangsa yang gagah dapat memajukan negara / mengangkat martabat bangsa / menangkis musuh negara

F3 Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
H3a Masyarakat demokratik bebas memilih kerajaan
H3b Perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan disalurkan melalui saluran yang betul

F4 Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
H4a Kemajuan fizikal diimbangkan dengan moral dan etika
H4b bertujuan melahirkan masyarakat berbudaya unggul
H4c kepatuhan kepada agama / pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang / keberkesanan sistem pendidikan / keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral

F5 Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertoleransi
H5a dapat berfikir secara rasional / tidak bertindak melulu
H5b dapat membebaskan diri daripada berfahaman sempit / sedia menerima perubahan / pandangan orang lain

F6 Membina masyarakat yang maju dan saintifik
H6a masyarakat yang maju dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan
H6b masyarakat bertunjangkan ilmu pengetahuan terutamanya sains dan teknologi
H6c mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti
H6c mempunyai amalan kreatif
H6d mempunyai sikap inovatif

F7 Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
H7a dicirikan dengan kehidupan bermuafakat / saling memahami dan menghormati / bekerjasama dan saling membantu
H7b tidak individulistik / meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri
H7c asas pembinaan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama / nilai-nilai murni amalan tradisi / institusi kekeluargaan

F8 Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
H8a kemajuan negara yang dinikmati mkelompok tetrtentu akan membawa rasa tidak puas hati
H8b contoh berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
H8c keadilan ekonomi dapat meningkatkan taraf hidup rakyat

F9 Memupuk dan membina masyarakat makmur
H9a masyarakat yang hidup dalam kemewahan
H9b mempunyai taraf hidup yang tinggi
H9c pendapatan isi rumah / negara berada pada tahap yang tinggi

(c) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda boleh merealisasikan Wawasan 2020? [ 6 markah ]
F1 Belajar bersungguh-sungguh
F2 Mendalami teknologi maklumat / ICT
F3 Mengekalkan perpaduan kaum
F4 Patuh kepada peraturan sekolah / negara
F5 Menjadi pelajar yang berdisiplin
F6 Taat kepada negara
F7 Hormat kepada ibu bapa
F8 Bercita-cita tinggi
F9 Sanggup menuntut ilmu sehingga keluar negara
F10 Mempunyai semangat daya saing
F11 Bersifat kreatif dan inovatif
F12 Bersifat terbuka
F13 Sedia menerima perubahan
F14 Tidak mementingkan diri sendiri
F15 Tidak terlibat dengan gejala sosial yang negatif
(Mana-mana jawapan yang munasabah)



3 comments:

  1. terima kasih sebab tolong mengorek isi keluar daripada buku. memang sangat sangat sangat membantu saya. cuma sy ada satu request, boleh tak cikgu tolong letak maksud simbol contohnya, F, H & C di sebalah supaya boleh tau maksud dia. tq, dan selamat berpuasa ^_^

    ReplyDelete
  2. maksud F adalah fakta. (kalau tak silap) H untuk huraian. C untuk contoh.

    ReplyDelete
  3. F ialah fakta, H ialah huraian dan C ialah contoh

    ReplyDelete