Saturday, August 6, 2011

PERANG DUNIA PERTAMA

Perang Dunia Pertama (1914-1918) merupakan konflik antarabangsa yang berlaku pada awal abad ke-20.
a. Senaraikan dua buah negara yang membentuk Perikatan Kuasa Tengah.

i. Jerman
ii. Austria-Hungary
iii. Itali
iv. Turki
v.Bulgaria (2 markah)

b. Nyatakan tiga faktor berlakunya Perang Dunia Pertama (1914 – 1918)

i. Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand(pewaris kepada takhta Austria-
Hungary) dan isterinya Dutchess Sophie di Sarajevo
ii. Kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah
iii. Persaigan kuasa besar merebut peluang ekonomi
iv. Persaingan sengit dalam kalangan kuasa Eropah akibat Imperialisme Baru
v. Kuasa besar bersaing untuk membentuk lingkungan pengaruh masing-masing
vi. Persaingan untuk mendapatkan bahan mentah
vii. Persaingan untuk memasarkan barangan siap mereka (3 markah)

c. Sebutkan tiga kesan Perang Dunia Pertama.

i. Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
ii. Pemeteraian Perjanjian Versailles dalam Persidangan Damai pada Jun 1919
iii. Peta Eropah diubah
i. Kemunculan beberapa buah negara baru
ii. Pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919
iii. Inflasi yang tinggi di kalangan negara yang berperang
iv. Hutang peperangan yang tinggi
v. Pengangguran
vi. Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
vii. Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya
viii. Kehiangan nyawa yang ramai
(3 markah)
d. Cadangkan langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga.

i. Sentiasa wujudkan hubungan diplomatik dgn negara-negara lain
ii. Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa
iii. Bekerjasama dalam melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,
agama dan warna kulit
iv. Menjalinkan hubungan serta mengamalkan sikap berbaik-baik dengan negara-
negara lain
v. Mengamalkan prinsip keamanan antarabangsa
vi. Menghormati kedaulatan negara-negara lain
vii. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan melalui permuafakatan dan rundingan
(mana-mana isi yang munasabah) (2 markah)

3 comments: