Saturday, August 6, 2011

BAB 10 TING. 4 : BURUH CHINA DAN INDIA

Penggunaan Tenaga Buruh Luar (Bab 10 Tingkatan 4, hlm. 252 – 254)

a) Nyatakan sebab-sebab kedatangan buruh dari China dan India ke Tanah Melayu.
(4 markah)
• Faktor yang mendorong meninggalkan negara masing-masing
• Galakan kerajaan British
• Tidak ditentang oleh orang Melayu
• Hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
• Kemakmuran ekonomi Tanah Melayu
• Peluang pekerjaan
• Kestabilan politik di Tanah Melayu

b) Terangkan cara kemasukan buruh China ke Tanah Melayu. (10 markah)
• Sistem Tiket Kredit
- bakal imigran dikumpulkan dari kampung di China.
- oleh kheh-thau (ketua) sebelum dibawa ke pelabuhan.
- Kheh-thau dibayar bagi setiap imigran imigran China.
- bakal imigran dikenali sebagai sin-kheh (miskin tidak mampu membiayai perbelanjaan ke Tanah Melayu)
- Sin kheh diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal @ agensi buruh
- mereka terlebih dahulu menerima bayaran daripada bakal majikan.
- Sin kheh membuat perjanjian secara lisan @ bertulis.
- bekerja dengan majikan dalam satu tempoh untuk menjelaskan hutang.
- mereka dibekalkan dengan tiket menunjukkan pelabuhan yang dituju.
- serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
- Di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh @ orang tengah.
- mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu.
- jawatan pegawai pelindung buruh dari China diwujudkan di Tanah Melayu bagi mengawasi.
- beberapa undang-undang diluluskan untuk membaiki sistem pengambilan buruh.
• Sistem Pengambilan Kakitangan
- majikan menghantar pegawainya ke China.
- untuk mendapatkan tenaga buruh.
- tambang buruh dibiayai majikan.
- pegawai bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh.
- mereka mesti sampai di tempat majikannya.
• Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
- pengambilan rumah kongsi oleh pegawai di negara China.
- dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
- pegawai membiayai perbelanjaan buruh.
- mereka mesti sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
- buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi.
- pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu.
- seperti yang dipersetujui.

c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah ciri-ciri masyarakat berbilang
kaum di negara kita? (6 markah)

• Petempatan berbeza mengikut kaum
• Bahasa pertuturan berbeza
• Menyulitkan perpaduan kaum
• Perkembangan pendidikan vernakular
• Perbezaan budaya dan agama
• Perbezaan taraf hidup antara kaum
• Jenis pekerjaan berbeza mengikut kaum
• Orang Melayu bertani, tinggal di kawasan luar bandar
• Imigran India sebagai penoreh getah
• Imigran China berniaga, bekerja di lombong dan tinggal di kawasan bandar

1 comment:

  1. assalamualaikum cikgu. Maaf saya tanya banyak soalan dekat cikgu. Cikgu terangkan pasal tajuk ini.

    ReplyDelete