Tuesday, August 24, 2010

SKEMA UJIAN SEJARAH TINGKATAN 4 OGOS 2010



Bahagian B
Soalan Butiran Markah
1(a) - Mohenjo Daro
- Harappa 2M
(b)
- Bandar dikelilingi oleh tembok
- Terbahagi kepada dua bahagian
- Bahagian utama – pusat pentadbiran/keagamaan/tempat mandi awam / tempat penyimpanan hasil pertanian
- Bahagian kedua – kawasan perumahan
- Disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
- Dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain
- Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
- Bandar- bandar ini juga dihubungi dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan
- Menggunakan batu bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan suhu yang tinggi untuk membina rumah
Maks 3M
(c)
- Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar
- Peningkatan penghasilan pertanian
- Pertambahan jumlah penduduk
Maks 1M

(d)
- Pengetahuan tinggi dalam ilmu geometri
- Matematik
- Kesenian
- Teknologi pembakaran batu bata
- Pengetahuan yang diperoleh hasil hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir
Maks 2M
e)
- Hubungan dengan tamadun lain membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat
- Berlaku pertukaran teknologi
- Menerima pengaruh dari luar yang disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan
- Peningkatan kemahiran
- Peningkatan dalam aspek seni bina
- Keamanan dan kedamaian merupakan tunjang kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan
- Sesebuah masyarakat tidak akan mencapai kemajuan tanpa membuat hubungan dengan negara/ pihak luar
- Sesebuah masyarakat tidak akan mencapai kemajuan tanpa bertukar pandangan dengan pihak luar
Maks 2M
Soalan Butiran Markah
2(a) - Pengganti
- Pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan
- Tanggungjawab memelihara kemurnia agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
- Tanggugjawab mengekalkan keharmonian / kestabilan umat Islam.
Maks 2M
(b)
- Lelaki merdeka
- Beragama Islam
- Memiliki pengetahuan tentang Islam
- Mematuhi perintah Allah
- Saggup melaksanakan hukum Allah
- Bersifat adil
- Akhlak baik
- Tubuh yang sihat dan sempurna
- Berfikiran cerdas
- Warak
- Pandai mentadbira kerajaan
Maks 3M
c)
- Musyawarah / syura
- Cadangan satu nama
- Pemilihan daripada beberapa orang calon
- Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
Maks 3M
d)
- Perakuan sumpah taat setia
- Diberikan kepada seseorang yang telah dilantik menjadi pemimpin
- Disertai dengan nama Allah sebagai sokongan
Maks 1M

(e)
- Demokrasi
- Mana-mana isi yang munasabah
Maks 2M
BAHAGIAN C

Soalan 1

a)Jelaskan maksud kerajaan maritim
F1 Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan 1
H1 Berfungsi sebagai pelabuhan 1
F2 Terletak berhampiran dengan kawasan pesisir pantai 1
H2 Terletak di lembah sungai dan kepulauan 1
C2a Kerajaan Srivijaya di Sungai Musi 1
C2b Kerajaan Kedah Tua di Sg. Merbok dan Sg. Muda 1
C2c Kerajaan Tiumah di Pulau Tioman (Pahang) 1
Maks (4 m)

b Huraikan ciri-ciri kerajaan maritim di Asia Tenggara 6
F1 Terletak di lembah sungai 1
H1a Di kawasan pesisir pantai dan di kepulauan 1
H1b Langkasuka di Sg. Yarang 1
C1a Kataha / Chieh-cha / Kedah Tua di Sg. Merbok dan Sg. Mud 1
C1b Chih-tu di Sg. Kelantan 1
C1c Srivijaya di Sg. Musi 1
C1d Mo-lo-yu di Sg. Batang Hari 1
C1e Kalah di Sg. Takuapafo-lo-an di Sg. Terengganu 1
C1f Peng-keng di Sg. Pekan, Pahang 1
C1g Tiumah di Pulau Tioman 1
F2 Kegiatan menangkap ikan 1
F3 Memungut hasil laut 1
F4 Petempatan berkembang menjadi perkampungan nelayan 1
H4a Ada menjadi pengeluar bijih logam seperti emas dan timah 1
H4b Lebihan hasil diperdagangkan di kalangan petempatan tersebut 1
H4c Petempatan itu berkembang sebagai tempat berdagang 1
H4d Menjadi Pelabuhan pembekal 1
H4e Bekalan hasil tempatan 1
C4a Logam emas dan timah 1
C4b Hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, damar 1
C4c Hasil laut dan makanan 1
F5 Disinggahi oleh para padagang 1
H5a Jenderam Hilir dan Klang (Selangor) 1
H5b Kuala Berang (Kuala terengganu) 1
F6 Pelabuhan Kerajaan apabila wujud kerajaan di situ 1
C6a Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan Srivijaya 1
F7 Pelabuhan entrepot 1
H7a Jalinan hubungan dengan kerajaan besar seperti China dan India 1
C7a Logam, hasil hutan dan hasil dari kerajaan lain 1
C7b Logam emas dan timah menarik pedagang asing 1
H7 Dikenali sebagai Suvarnadvipa dan Suvarnabhumi 1
F8 Penduduk – orang tempatan, orang laut dan pedagang luar 1
F9 Bahasa lingua franca 1
C9 Bahasa Melayu 1
F10 Semangat masyarakat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat di luar kawasan 1
F11 Kemahiran membuat perahu dan kapal layar 1
H11a Perahu untuk perdagangan jarak dekat 1
H11b Kapal layar untuk perdagangan jarak jauh 1
H11c Mengetahui kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit 1
Maks (6 m)

c Apakah faktor-faktor yang membawa perkembangan Srivijaya sebagai sebuah kuasa maritim utama di Asia Tenggara? 8
F1 Bala tentera laut yang besar 1
H1a Dianggotai pelbagai golongan rakyat 1
C1 Termasuk orang laut 1
H1b Mengawal perdagangan di Selat Melaka 1
FH1c Mengawal keselamatan kerajaan 1
F2 Pelabuhan baik dan strategic di Selat Melaka 1
H2a Tempat persinggahan kapal dagang dari China-India 1
F3 Terdapat hasil dan barangan 1
H3a Untuk perdagangan antarabangsa 1
C3a Dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya 1
C3b dan wilayah taklukan 1
F4 Mampu menghasilkan kapal besar 1
Maks (8 m)

d Pada pendapat anda, mengapakah pelabuhan penting kepada sesebuah kerajaan? 2
M1 Pusat pemerintahan 1
M2 Pusat perdagangan 1
M3 Pusat pembekal 1
M4 Kawalan laluan perdagangan 1
M5 Mana-mana isi munasabah 1
Maks 2

Soalan 2
a)Jelaskan Intisari kandungan Piagam Madinah yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w.
F1 Piagam Madinah mempunyai 47 fasal 1
H1a 23 fasal membincangkan tanggungjawab orang Islam 1
H1b 24 fasal lagi berkaitan dengan tanggungjawab orang bukan Islam 1
F2 Kandungan Piagam Madinah boleh dirumuskan kepada tujuh perkara penting 1
H2a Politik, agama, sosial, perundangan, ekonomi, pertahanan dan kedudukan orang Yahudi 1
F3 Dari segi politik, Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik menjadi pemimpin Madinah 1
H3a Baginda bertindak menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh masyarakat Madinah berasaskan konsep keadilan 1
F4 Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing 1
H4a Dan adat yang tidak bertentangan dengan Islam 1
H4b Nabi Muhammad s.a.w. tidak memaksa orang ramai memeluk Islam 1
H4c Mereka boleh mengamalkan agama masing-masing dengan aman dan damai 1
F5 Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah 1
H5a Mereka hidup bantu membantu dan bekerjasama antara satu sama lain 1
F6 Negara Madinah menggunakan undang-undang Islam secara menyeluruh 1
H6a Peraturan-peraturan keluarga yang tidak bertentangan Islam boleh
diamalkan 1
F7 Dari segi ekonomi, Islam melarang amalan riba dan penindasan 1
H7a Wajib membangunkan ekonomi negara Madinah 1
F8 Wajib mempertahankan negara Madinah dari serangan luar 1
H8a Setiap individu bertanggungjawab menjaga keselamatan negara 1
H8b Rakyat bukan Islam berpeluang tinggal dalam negara Madinah 1
C8a Contohnya orang Yahudi dijamin oleh Piagam Madinah selagi mereka
patuh kepada perlembagaan tersebut 1
(7 m)

b Huraikan kepentingan Piagam Madinah 7
F1 Model Kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam. 1
H1a Dari segi ekonomi : amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan. 1
H1b Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan 1
C1 Orang Ansar telah memberikan bantuan kepada orang Muhajirin secara sukarela dan ikhlas 1
F2 Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah 1
H2a Masyarakat yang hidup bersatu padu dan aman. 1
H2b Nilai hidup berasaskan semangat ukhuwah Islamiah 1
H2c Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama 1
H2d Konsep keadilan social telah dipraktikkan 1
H2e Dari segi hak, Islam menekankan persamaan hak persaudaraan Islam 1
C2a Amalan seperti semangat perpaduan, bantu membantu dan rela berkorban 1
F3 Masyarakat Madinah dari pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang mlengkap dan sempurna 1
H3a Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil 1
H3b Masyarakat madinah telah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan. 1
H3c Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi 1
H3d Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik 1
H3e Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan 1
C3a Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab yang lain 1
C3b Semua bangsa ada hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat. 1
C3c Negara Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar 1
Maks (7 m)
c)Piagam Madinah dikatakan dapat menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Jelaskan pandangan anda terhadap kenyataan ini. 6
F1 Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing 1
H1a Aktiviti agama dapat dilakukan secara aman dan damai tanpa sekatan 1
F2 Dari segi sosial, masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang
bersatu 1
H2a Bekerjasama tanpa mengira bangsa/ kaum/ kabilah 1
F3 Peraturan atau adat kekeluargaan dalam sesebuah kabilah yang tidak
bertentangan dengan Islam boleh diamalkan 1
F4 Masyarakat Madinah boleh memperolehi peluang ekonomi yang ada 1
H4a Masyarakat Madinah wajib membangunkan ekonomi negara 1
H4b Larangan amalan riba dan penindasan sesama manusia dalam bidang
ekonomi 1
F5 Semua masyarakat Madinah wajib mempertahankan negara dari serangan musuh 1
H5a Kedudukan orang bukan Islam, khususnya orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka patuh kepada Piagam Madinah 1
(6 m)
Disediakan oleh :
Hj. Yasmin bin Hashim @ Yasin
SMK St. Teresa
16. 08. 2010

Friday, August 20, 2010

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA. (hlm. 243)

Pengenalan.
 Tanah Melayu awalnya dikenali sebagai Suvarnabhumi ( Bumi Emas ).
 Perubahan ekonomi di Eropah telah mendorong kuasa Eropah seperti Perancis, Britain dan Jerman bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri mereka.
 Pertapakan kuasa-kuasa ini telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial.
 British mulai bertapak di Tanah Melayu pada 1786 di Pulau Pinang, 1819 di Singapura dan 1824 di Melaka.

EKONOMI TRADISIONAL.

PENGERTIAN
• Dikenali sebagai ekonomi sara diri
• Merujuk aktiviti ekonomi yang tidak menghasilkan lebihan lebihan produk
untuk tujuan pemasaran.
• Ekonomi untuk memenuhi keperluan sendiri

CIRI-CIRI
• kegiatan: melombong bijih timah, menanam padi ,memungut hasil hutan, menternak binatang,
menangkap ikan
• berskala kecil
• teknologi mudah
• kegunaan keluarga
• lebihan untuk tukaran barangan lain
• dilakukan bersama ahli keluarga


EKONOMI DAGANGAN.

PENGERTIAN

 Merujuk kepada kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran.
 Pengeluaran
o dalam skala besar
o tenaga buruh yang banyak
o modal besar
o teknologi tinggi
o pemasaran yang luas.
 Sebelum kedatangan British, orang Melayu telah pasarkan hasil bijih ke China, India dan Jepun.
 Bijih juga digunakan oleh orang Melayu untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alat muzik seperti gong.
 Sebelum abad ke-19, lombong bijih timah dimiliki oleh pembesar Melayu seperti Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan dikerjakan oleh buruh tempatan.
 Kaedah perlombongan : mendulang.
 Kedatangan British menyebabkan terbentuknya dwiekonomi iaitu dua bentuk ekonomi serentak iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan ( komersial ).
 Penumpuan aktiviti ekonomi di pantai barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri pantai timur.
 Kewujudan permintaan biojih timah yang besar menyebabkan keuntungan hasil perlombongan dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.
 Buruh dari China dibawa untuk memenuhi keperluan perlombongan dan pertanian yang berkembang pada abad ke 19.

SISTEM PERTANIAN KOMERSIAL.

 British menekankan sektor pertanian berasaskan eksport kerana pertanian komersial merupakan penyumbang utama sumber pendapatan British di Tanah Melayu.
 Tanaman komersial yang digalakkan ialah :
o Ubi kayu
o Tebu
o Lada hitam
o Gambir
o Tembakau
o Kopi
 Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar, penanaman lada hitam dan gambir di Johor dilaksanakan melalui Sistem Kangcu.
 Pemodal Eropah dan China banyak menumpukan kepada pertanian komersial.
 Mereka dapat menguasai pertanian komersial ini kerana :
o Mempunyai modal
o Mempunyai teknologi tinggi
o Mendapat konsesi tanah yang luas
o Mendapat tempoh pajakan yang lama.
 Masyarakat Melayu sebaliknya masih terikat dengan pertanian sara diri.
 Pada abad ke 19, British hanya menumpukan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal China mengusahakan lada hitam, gambir dan ubi kayu.
 Abad ke 20, pemodal British mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.

PERUSAHAAN GETAH.

 Revolusi Industri telah meningkatkan permintaan getah terutamanya untuk perusahaan automobil.
 Bagi memenuhi permintaan getah, British memperkenalkan tanaman getah sebagai tanaman komersial di Tanah Melayu.
 Usaha memperkembangkan perusahaan getah dijalankan oleh H.N.Ridley.
 Ridley selain mengagihkan benih getah secara percuma telah menemui cara menoreh secara sistem ibidem ( tulang ikan ) yang tidak merosakkan pokok.
 Perkembangan industri pembuatan barangan penggunaan seperti kasut, tayar basikal dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah.
 Kesannya, harga getah melambung tinggi dan perusahaan ini menjadi perusahaan terpenting di Tanah Melayu.
 Kemasukan modal asing melalui syarikat perwakilan di Tanah Melayu juga membantu perkembangan perusahaan ini dan pembukaan ladang-ladang baru.
 Perluasan kawasan tanaman juga ada kaitan dengan dasar British yang memberi galakan dan sokongan kepada pemodal asing.
 Antara dasar British :
o Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yang rendah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah.
o Membina infrastruktur seperti jalan raya dan jalan keretapi untuk menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.
o Untuk mengatasui kekurangan buruh, British membawa masuk pekerja asing terutamanya dari Selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
 Industri Getah mengalami kemerosotan semasa Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia.
 Rancangan Stevenson telah diperkenalkan untuk mengatasi kejatuhan harga getah secara berterusan.
 Prinsip asas rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar dan dikuatkuasakan antara November 1922 hingga Oktober 1928.


INDUSTRI PERLOMBONGAN

 Tanah Melayu sangat kaya dengan bahan galian sehingga di gelar Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas oleh pedagang India.
 Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah melayu sejak abad ke 9 lagi.
 Perusahaan bijih timah mendapat perhatian dari British kerana ia mendatangkan keuntungan lantaran permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa.
 Penglibatan pengusaha dari China berlaku secara nyata mulai abad ke 19.
 Pada peringkat awal kedatangan mereka, pembesar Melayu mengawal dan memantau sepenuhnya kegiatan mereka.
 Penguasaan pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah dapat dilihat melalui aspek :
o Pengusaha dari China mesti mendapatkan kebenaran pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan
o Pembesar Melayu akan memastikan bijih timah yang dilombong dijual semula kepada mereka .
o Harga timah akan ditentukan oleh pembesar Melayu sendiri.
 Penguasaan orang Melayu terhadap perlombongan bijih timah berubah apabila pemodal Eropah mulai menguasai sektor ini.
 Awal abad ke 20, industri perlombongan mulai dikuasai pelombong dari Eropah.
 Pemodal Eropah dapat menyaingi pengusaha Cina kerana :
o Kemampuan menyediakan modal untuk teknologi tinggi iaitu kapal korek
o Perlombongan secara besar-besar menggunakan kapal korek.
o Perlombongan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.
o Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan kolonial di semua peringkat sektor ini.
 Terdapat pembesar Melayu yang memajakkan lombong mereka kepada saudagar-saudagar China dari Negeri Selat kerana kekurangan modal.
 Faktor penguasaan pemodal China dalam sektor perlombongan bijih timah pada abad ke 20 merosot adalah akibat pengenalan kapal korek.


PENGGUNAAN TENAGA BURUH LUAR.

 Kepesatan pembangunan pertanian dan perlombongan oleh kolonial British menyebabkan berlakunya kekurangan tenaga buruh tempatan untuk aktiviti ekonomi di Tanah Melayu.
 British membawa masuk buruh dari China dan India untuk bekerja di sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah.

 Faktor penghijrahan buruh China dan India ke Tanah Melayu :
o Galakan British
o Tiadanya tentangan dari orang Melayu
o Wujudnya hubungan tradisi antara orang India dengan Tanah Melayu
o Kemakmuran Tanah Melayu dalam sektor ekonomi membuka peluang pekerjaan

Kemasukan Buruh dari China.
 Kemasukan melalui beberapa cara iaitu :
o Sistem tiket kredit
o Sistem pengambilan kakitangan
o Sistem pengambilan rumah kongsi

 Sistem Tiket Kredit
o Bakal imigran dikumpulkan dari kampung-kampung di China oleh kheh thau ( ketua) sebelum dibawa ke pelabuhan.
o Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa.
o Bakal imigran dikenali sebagai sin kheh ( imigran miskin yang tidak mampu membiayai perjalanan mereka ke Tanah Melayu )
o Sin kheh diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang telah mendapat bayaran daripada bakal majikan imigran.
o Sin kheh membuat perjanjian lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang mereka dengan cara bekerja dengan maaajikan mereka dalam suatu temnpoh tertentu.
o Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan :
 Pelabuhan yang akan dituju.
 Keterangan sama ada Sin kheh bebas atau berhutang.
o Sin kheh akan diambil oleh pemborong buruh apabila sampai ke pelabuhan
o Pemborong buruh akan mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu

 Mac 1872, British mewujudkan jawatan pelindung buruh dari China untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China
 30 Jun 1914, sistem ini digantikan dengan sistem pengambilan kakitangan atau sistem pengambilan rumah kongsi.

 Sistem Pengambilan Kakitangan
o Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.
o Tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan
o Pegawai tersebut perlu mengiringi buruh tersebut sehingga sampai ke tempat majikannya.

 Sistem Pengambilan Rumah Kongsi.
o Pengambilan buruh akan dilakukan oleh pegawai di China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
o Perbelanjaan buruh tersebut sehingga sampai ke Tanah Melayu akan dibiayai oleh pegawai tersebut.
o Apabila buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh akan dibayar dengan bayaran tertentu yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawa.
 Charles Brooke kemudiannya telah mengubah cara pengambilan buruh China dengan mengadakan tajaan melalui syarikatnya di Singapura.
 Di Sarawak, kemasukan imigran berketurunan Foochow secara berkumpulan terlaksana berikutan persetujuan antara ketua Foochow di Sibu, Wong Nai Siong dengan Charles Brooke.
 Buruh Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam.

KEMASUKAN BURUH DARI INDIA.

 Kemasukan buruh dari India melalui beberapa cara :
o Sistem buruh bebas / merdeka
o Sistem kontrak
o Sistem kangani

 Sistem Buruh Bebas / Merdeka
o Datang sendiri dengan biayaan masing-masing
o Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu
o Mereka bebas melilih tempat atau pekerjaan yang dikehendaki di Tanah Melayu.

 Sistem kontrak
o Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.
o Sebagai balasan buruh akan bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu (1 - 3 tahun) dengan bayaran paling minima ( 9 – 13 sen sehari ).
o Sistem kontrak digantikan dengan sistem kangani dengan berkuatkuasanya Undang-Undang Tabung Imigresen India , 1907 kerana ia dianggap satu bentuk perhambaan tidak ketara .

 Sistem Kangani
o Kangani bermaksud ketua, tandil atau mandur.
o Kangani yang dipercayai oleh majikan akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.
o Akangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perjalanan buruh tersebut ke Tanah Melayu.
o 1938, sistem ini diharamkan kerana wujudnya penyelewengan oleh kangani sendiri.



INSTITUSI KEWANGAN DAN INSURANS.

 Masyarakat Melayu telah menggunakan sistem mata wang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka untuk tujuan melicinkan urusan perdagangan.
 Selain mata wang emas, perak dan timah yang digunakan di Melaka, pelbagai mata wang primitif lain digunakan di Tanah Melayu seperti :
o Dinar emas di Kelantan
o Wang dan kupang emas di Terengganu
o Jongkong tampang di Pahang

 Pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang asing di Tanah Melayu.
 Mata wang perak Sepanyol diperkenalkan pada 1580
 1897, Kerajaan British menubuhkan sebuah pesuruhjaya iaitu Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri Selat di bawah Ordinan XIII.
 Pengenalan wang kertas ini menyebabkan wang kerajaan Melayu semakin terhapus.
 Untuk mempercepatkan dan melicinkan urusan kewangan, pihak penjajah telah menubuhkan institusi kewangan atau bank.
 Ia bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur.
 Sistem pinjaman yang diperkenalkan telah memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.
 Penubuhan bank turut memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi.
 Dana dari luar juga dapat disalurkan ke Tanah Melayu dengan lebih cepat dan mudah.
 Bank juga dapat bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimpot dan menjadikan perniagaan antarabangsa lebih licin.
 Bank pertama di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank, pada 1859.
 Bank Eropah lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan bank melalui orang tengah atau komprador.
 Komprador ialah ahli masyarakat tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank menjadi penaja kepada peminjam.
 Awal abad 20, pemodal tempatan mengambil inisiatif menubuhkan bank sendiri.
 Kwong Yik Bank adalah bank tempatan pertama, diikuti oleh Bank of Malaya, Ban Hin Lee Bank.
 Bank perdagangan di Sarawak adalah seperti Kwong Lee Bank dan Sarawak Chinese Banking Corporation Limited.
 Orang Melayu menubuhkan Malay National Banking Corporation Bhd tetapi tidak bertahan lama.




Perkhidmatan Insurans.
 Perkhidmatan insurans juga telah meningkatkan kegiatan perdagangan antarabangsa.
 Antara insurans yang penting ialah :
o insurans maritim / kelautan
o insurans kebakaran
o insurans harta
o insurans perniagaan dan kemalangan
o insurans nyawa

 Keperluan perkhidmatan insurans maritin berkait dengan peningkatan pengangkutan laut dalam sektor perdagangan.
 Insurans maritim untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang.
 Insurans kebakaran wujud kerana sering berlaku kebakaran seperti kebakaran pada 1881 yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar Kuala Lumpur.
 Di peringkat awal , syarikat insurans di Tanah Melayu adalah cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.
 Akhir abad ke 19, barulah muncul syarikat insurans yang berpusat di Singapura dan Pulau Pinang seperti Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited.
 Pada 1917, insurans nyawa telah diasingkan daripada insurans kebakaran.
 1948, enakmen enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.


DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN.

 British telah memperkenalkan dasar-dasar yang secara tidak langsung meninggalkan kesan positif kepada orang Melayu.
 Orang Melayu telah diperkenalkan dengan tanaman baru yang mendapat pasaran yang amat baik pada peringkat antarabangsa seperti kopi, tembakau dan getah.
 British juga telah mengkomersialkan beberapa tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
 Untuk meneruskan penguasaan British trhadap ekonomi, undang-undang berkaitan pemilikan tanah turut diperkenalkan .
 Tujuannya ialah untuk melindungi orang Melayu dan mengelakkan tanah milik Melayu daripada diceroboh oleh pemodal dan pelabur asing.


UNDANG-UNDANG BERHUBUNG TANAH.

 Sebelum kedatangan British, pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama kerana :
o Wujud kawasan yang luas
o Kepadatan penduduk yang rendah
 Hal yang berkaitan dengan tanah seperti cukai dan aktiviti ekonomi mestilah mendapat kebenaran pembesar Melayu
 Tanah merupakan sumber dan tunggak kuasa politik serta mencrminkan kedudukan sosial pembesar Melayu.
 Undang-undang adat : tanah yang diteroka dan diusahakan oleh sesorang akan menjadi miliknya dan boleh diwarisi generasi seterusnya.
 Sistem pemilikan dan corak penggunaan tanah masyarakat Melayu tidak sesuai dengan keadaan di Barat.
 Ini adalah kerana pemilikan tanah tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna yang mencatatkan pemiliknya.
 Bagi British, rekod bertulis penting kerana :
o Dapat menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
o Memudahkan urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urus niaga iaitu pajakan, sewa beli, penjualan dan pembelian.
o Mengikut konsep barat, tanah boleh dicagarkan untuk mendapatkan modal.
 British telah memperkenalkan undang-undang tanah berteraskan konsep barat bagi memudahkan kerja pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi.
 Undang-undang tanah barat yang pertama di perkenalkan ialah Peraturan Tanah Perak 1879 diikuti Kanun Tanah Selangor 1891 dan Peraturan Tanah Sungai Ujong, 1887.
 Sebelum pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, setiap negeri mempunyai sistem tanahnya sendiri yang dikendalikan oleh Residen.
 Pada tahun 1897, Enakmen Tanah Persekutuan yang berasaskan Sistem Torrens ( dijalankan di Australia ) telah diperkenalkan untuk menyelaras dan menyeragamkan perundangan tanah di Negeri- Negeri Melayu.
 British membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan.
 Kadar cukai bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.


Kesan Pengenalan Undang-Undang Tanah

 Individu atau syarikat yang ingin mengusahakan sesuatu tanah perlu membuat permohonan daripada Pejabat Tanah dan bukan lagi daripada pembesar Melayu.
 Orang Melayu perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah, damar dan rotan.
 Undang undang Tanah memberi kuasa kepada Residen negeri menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.
 Residen mengambil kira aspek modal, teknologi dan bilangan tenaga manusia dalam membuat keputusan permohonan tanah untuk aktiviti ekonomi.
 Dasar British juga membawa kepada pengenalan ekonomi wang dikalangan masyarakat Melayu terutamanya untuk urusan pembayaran cukai hasil hutan, jual beli, sewa tanah, membeli barang keperluan dan perkhidmatan.
 Penggunaan wang menyebabkan masyarakat Melayu di luar bandar kehilangan tanah mereka di tangan orang tengah yang menjadi peminjam wang kepada mereka.
 25.11.1913, Majlis Mesyuarat Persekutuan telah meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu dengan tujuan :
o menjamin kelangsungan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu
o mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.
 Akta ini membolehkan Residen mengisytiharkan mana-mana kawasan milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu. ( TSM ) dan mengelakkan ia dijual atau ditukar milik kepada bukan Melayu.
 Hakikatnya, TSM adalah untuk melindungi ekonomi British. Buktinya:
o Tanaman komersial tidak dibenarkan di TSM
o Kebanyakkan kawasan TSM tidak subur
o Walaupun besar tetapi tidak sesuai untuk ekonomi perladangan
 Di Sarawak, Land Order, 1931 telah diperkenalkan untuk melindungi tanah pribumi dan milik komuniti daripada diceroboh oleh pengusaha dari China.
 1933, Land Settlement diperkenalkan untuk memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat pribumi. Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan.
 Tujuannya untuk mengelakkan berlakunya pemajakan, pemecahan dan penjualan kepada orang asing.
 Berdasarkan undang undang 1931 dan 1933, Land Order 1948 telah diperkenalkan.
 Land Order 1948 bahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan iaitu :
o Kawasan tanah campuran
o Kawasan tanah simpanan
o Kawasan tanah pedalaman

 Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak di kawasan tanah campuran sahaja.
 Di Sabah, Proklamasi III, Perlindungan Hak Pribumi yang melindungi kepentingan pribumi telah diwartakan oleh British pada tahun 1889
 Peraturan ini menetapkan :
o Kepentingan hak milik tanah pribumi adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.
o Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua pribumi
o Penduduk pribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.


Dasar British Terhadap Pekebun Kecil.

 Kebanyakan pekebun kecil adalah orang Melayu.
 British berusaha mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani.
 Enakmen Tanah Padi 1917 telah diperkenalkan untuk melarang penanaman getah di kawasan padi.
 Tujuannya ialah untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah dikalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah.
 Premium untuk pembukaan tanah baru untuk menanam getah dinaikkan.
 Pembukaan tanah baru untuk tanaman getah dilarang sama sekali pada tahun 1930an
 Di peringkat awal, penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah secara kecil-kecilan tidak membimbangkan pengusaha Eropah dan kerajaan British.
 Kemerosotan harga getah pada tahun 1930an menyebabkan British mula meliandungi pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi Sekatan Stevenson 1922.
 Prinsip asas rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
 Dikuatkuasakan dari November 1922 hingga Oktober 1928.
 1934, dilaksanakan pula Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.
 Pekebun kecil diberi kuota yang rendah dan ditekan kerana British melihat golongan ini sebagai ancaman kepada pengusaha ladang.
 Usaha usaha lain untuk meningkatkan harga getah oleh British turut memberikan kesan negatif kepada pekebun pekebun kecil.
 Orang Melayu tidak mahu menanam padi kerana pulangan yang lebih lumayan dengan penanaman getah.
 Kesannya, Tanah Melayu bergantung kepada pengimportan beras dari luar negara seperti Thailand, Myanmar dan Indo-China.
 Untuk mengelakkan pergantungan bekalan beras dari luar, British bukan sahaja memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 dan TSM tetapi juga telah menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air untuk memperbaiki sistem perparitan dan tali air dan membantu kegiatan penanaman padi.
 Keutamaan British sewaktu menjajah Tanah Melayu ialah ekonomi penjajah dan ekonomi peladang atau kelas komprador manakala kepentingan orang Melayu dinafikan.
 Insentif kewangan dan bantuan teknikal tidak diberikan kepada pekebun kecil menyebabkan mereka jauh ketinggalan dari segi modal dan teknik baru.



KESAN KESAN DASAR EKONOMI.

Perbandaran

 Makna : perubahan dari pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya.
 Proses perbandaran berlaku kerana perkembangan pesat ekonomi terutamanya di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi dan di pusat kegiatan ekonomi penjajah.
 Pekan berhampiran kawasan lombong biasanya akan:
o Mengalami pertambahan penduduk
o Berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong
o Menjadi pusat mendapatkan barang keperluan pelombong.
 Perusahaan perlombongan akan menambah fungsi bandar. Pekan menjadi bandar seterusnya menjadi pusat pentadbiran, perbankan dan sebagainya.
 Kuala Lumpur dan Seremban adalah contoh bandar yang muncul hasil perusahaan bijih timah manakala Miri, muncul hasil perlombongan petroleum.
 Bandar baru berfungsi sebagai pusat perniagaan, pusat pentadbiran yang lengkap dengan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, pusat kesihatan dan institusi kewangan.
 Kebanyakkan penduduk bandar adalah orang China. Melayu di kawasan perkampungan dan India di ladang getah.
 Perkembangan sistem pengangkutan dan pertanian komersial turut mempengaruhi kewujudan bandar bandar.
 Kuala Lumpur misalnya berkembang kerana kedudukan strategiknya.
 Ia menjadi penghubung beberapa bandar dan kawasan lain dengan wujudnya jalinan jalan raya dan jalan keretapi utama.
 Peningkatan pengeluaran bijih timah dan getah menjadikan pelabuhan Kelang, Melaka dan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan
 Kuching muncul sebagai pusata pengumpulan gambir dan lada hitam sejak 1840 an.
 Kesimpulan : pembinaan infrastruktur ditumpukan di kawasan yang boleh memberi keuntungan kepada ekonomi British sahaja.




Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum.

 Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat ramai imigran dari China dan India ke Tanah Melayu.
 Dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk menampung sumber tenaga turut menyumbang kepada peningkatan kedatangan imigran ke Tanah Melayu.
 Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan petempatan dan jenis pekerjaan dibezakan mengikut kaum.
 Orang Melayu bertani dan tinggal di kawasan luar bandar, India sebagai penoreh getah, tinggal di estet dan orang Cina, berniaga dan perlombongan serta tinggal di bandar.
 Bahasa pertuturan yang digunakan juga berbeza antara satu sama lain.


Sistem Pendidikan Vernakular.

 Masyarakat berbilang bangsa telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.
 Sistem pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.
 Sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok.
 Pendidikan Melayu tertumpu kepada membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum hakam agama dan kemahiran menulis, membaca dan mengira.
 British tidak mempertingkatkan pendidikan ini malah sistem pendidikan Inggeris tidak dilaksanakan sepenuhnya.
 Sekolah Vernakular Melayu yang pertama ditubuhkan selepas penjajahan British ialah di Telok Belanga ( 1856) seterusnya di Seberang Perai (1871 )
 Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri Negeri Selat pada 1885
 Sekolah Melayu hanya setakat peringkat sekolah rendah.
 Kurikulumnya pula terbatas dan bersesuaian dengan matlamat British untuk menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya.
 Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) bertujuan melatih guru sekolah Melayu merupakan satu satunya institusi lanjutan sekolah rendah bagi orang Melayu.
 Kolej Melayu Kuala Kangsar pula ditubuhkan khusus untuk golongan elit Melayu.

Pendidikan Tamil
 Disediakan oleh kerajaan British di kawasan bandar
 Pihak pengurusan ladang akan membiayai pengurusan sekolah Tamil di ladang.
 Pendidikan Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda, 1912 di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara India.
 Sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India. Juga menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.

Pendidikan China.
 Sekolah China dibiayai oleh saudagar dari China seperti Sekolah Chung Hwa ( 1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai ( 1926) di Kuala Pilah.
 Menggunakan dialek masing masing sebagai bahasa perantaraan. Guru, buku dan sukatan pelajaran dibawa dari China.
 1920, British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina.
 Semua aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cina dikawal oleh kerajaan British

Pendidikan Inggeris.
 Di peringkat awal, ia adalah usaha para mubaligh Kristian dan badan sukarela.
 Sekolah Inggeris dianggap sekolah elit kerana:
o Terletak di bandar
o Pelajarnya adalah dari kalangan orang atasan
 Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di England.
 Universiti Malaya di Singapura adalah universiti awal yang ditubuhkan oleh British di Tanah Melayu.


Sektor Perkilangan.

 Sebelum abad ke 20, aktiviti ekonomi kerajaan British di Tanah Melayu tertumpu kepada pengeluaran bahan mentah.
 Hampir semua barang perkilangan yang diperlukan diimport.
 Ini memperlahankan perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu kerana wujud persaingan dengan barang perkilangan yang diimport.
 Sektor prkilangan di Tanah Melayu telah dimajukan untuk keperluan eksport.
 1923, Syarikat Shum Yip Leong mendirikan dua buah kilang menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke China.
 Kilang Kasut Bata, syarikat Fung Keong, Kinta Rubber Works menghasilkan barangan berasaskan getah.
 Syarikat United Engineers pula mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah.
 Perusahaan lain ialah mengetin nenas di Johor oleh syarikat Perancis dan kemudiannya diambilalih oleh pengusaha China.
 Kebanyakkan kilang diusahakan oleh orang asing. Orang Melayu terus tercicir.


Sistem Pengangkutan dan Perhubungan.

 Perkembangan pesat perlombongan dan pertanian turut menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu.
 Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport.
 Menjelang 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor telah mempunyai perkhidmatan keretapi.
 Jalan keretapi menghubungkan Seberang Prai dengan Siam disiapkan pada 1918 dan 1931 jalan keretapi menghubungkan kwasan timur dengan sempadan Siam pula disiapkan.
 1923, jalan keretapi Tanah Melayu disambung hingga ke Singapura.
 Pembinaan jalan keretapi telah menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
 Di Johor , orang Eropah hanya melabur dalam penanaman getah selepas terdapatnya jalan keretapi.
 Perkhidmatan keretapi bukan sahaja mempercepatkan perjalanan malah dapat membawa muatan yang banyak.
 Pembinaan jalan raya pula menggantikan jalan denai dan kereta lembu untuk mengangkut bijih timah dan getah.
 Pengenalan kenderaan bermotor pada 1902 menyebabkan penggunaan jalan raya bertambah.
 Perkembangan pesat ekonomi turut memperkembangkan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara.
 Ini membolehkan perhubungan dalam negeri dan antarabangsa dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.


Perkhidmatan Kesihatan.

 Perkhidmatan kesihatan merupakan keperluan asas yang mendesak pada zaman penjajahan British.
 Kemasukan imigran yang ramai menyebabkan kepadatan penduduk bertambah dan tidak diurus dengan baik.
 Bekalan air bersih juga tidak mencukupi menyebabkan penyakit mudah merebak.
 Untuk mengawal wabak penyakit British menubuhkan hospital serta pusat kesihatan.
 Hospital terawal di bina di Taiping dan Kuala Lumpur pada tahun 1898.
 Selain pusat kesihatan dan hospital, pusat kesihatan kecil turut dibina.
 1913, hospital dibina di Sabah seperti di Jeselton, Sandakan, Kudat dan Tawau.
 Di Sarawak, perkhidmatan kesihatan hanya tertumpu di Kuching. Selepas 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
 Ada juag hospital yang dibina hasil sumbangan orang ramai seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur yang memberi perkhidmatan khusus kepada pelombong bijih timah Cina.
 Institut Penyelidikan Perubatan turut dibina pada 1900 untuk mengawal wabak penyakit.
 Institut ini bertanggung jawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan yang patut diambil.
 Sanitary Board telah ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk mengawas kebersihan dan kesihatan bandar. Ia kemudiannya ditubuhkan pula di Perak.
 1911, Sanitary Board dipecahkan kepada dua bahagian:
o Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar dijalankan oleh Sanitary Board.
o Tanggungjawab aspek kesihatan diambil alih oleh Jabatan Kesihatan.

BAB 9 : Perkembangan di Eropah

Pengenalan

Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah mengalami zaman mundur yang dikenali sebagai
Zaman Gelap. Zaman Gelap merupakan peringkat awal zaman pertengahan. Zaman Pertengahan
dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu

Zaman Pertengahan (476 M – 1450 M )

1. Peringkat Awal (476 M – 1050 M)
2. Peringkat Kemuncak (1050 – 1300 M)
3. Peringkat Akhir (1300 – 1450 M)


Pada peringkat akhir zaman pertengahan muncul zaman Renaissance (1350 – 1600 M ). Pada masa ini berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan serta perkembangan ilmu dimana orang Eropah telah menyebarkan pengaruh mereka kepada dunia di luar Eropah dan diteruskan semasa Zaman Revolusi Perindustrian dan Imperialisme.

ZAMAN GELAP DAN CIRI-CIRINYA.

o Pada zaman Gelap, Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang:
• ilmu pengetahuan
• perdagangan
• kehidupan perbandaran
o Tiada juga pemerintahan pusat yang berkesan.
o Keruntuhan empayar Rom Barat telah memusnahkan kuasa pusat dan membawa kepada kemunculan golongan baron ( tuan tanah )
o Petani mencari perlindungan daripada tuan tanah dan sebagai balasan mereka membayar cukai yang tinggi kepada baron.
o Petani yang tidak mampu menyerahkan tanah kepada baron dan menjadi hamba.
o Tuan tanah pula mendapatkan perlindungan daripada raja dan dikehendaki membayar cukai atau berkhidmat kepada raja.
o Jalinan ikatan ini membentuk sistem feudal di Eropah.


Zaman Pertengahan.

o Gereja Katholik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki banyak tanah
o Sering dianggap mengongkong kehidupan masyarakat kerana terlalu mementingkan amalan agama dan pmbelajaran ilmu keakhiratan.
o Kegiatan perdagangan terhad. Perdagangan di perairan Utara dan Barat sering diganggu oleh orang gasar ( Viking dan Magyar ).
o Timur Jauh dikuasai oleh pedagang Islam dan mereka tidak mampu bersaing.
o Ekonomi tertumpu kepada kegiatan pertanian dan perniagaan menerusi sistem barter.
o Ini adalah kerana mata wang di pasaran amat terhad.
o Pusat pemerintahan yang lemah, kegiatan ekonomi yang terhad, kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan, kongkongan gereja menyebabkan zaman tersebut dianggap sebagai Zaman Gelap.


Zaman Kemuncak Pertengahan
o Zaman ini adalah zaman peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance.
o Gereja mula memainkan peranan sebagai institusi yang universal dan menjadi ejen penyatuan.
o Perubahan ekonomi berlaku hasil pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan perdagangan
o Kemunculan bandar baru seperti Venice, Milan dan Florence melahirkan kelas pertengahan ( artisan, pedagang dan ahli perbankan )
o Perubahan status sosial : tidak lagi berasaskan tanah tetapi kekayaan.
o Perubahan politik : rakyat mulai melibatkan diri dalam politik menerusi parlimen yang diwujudkan hasil tuntutan rakyat.

Zaman Renaissance

Bermula di Itali pada abad ke 14 dan berkembang ke negara-negara Eropah lain hingga kurun ke 17.

Istilah Renaissance berasal dari perkataan Itali yang bermaksud kelahiran semula.

Ia merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendiakawan tamadun
Yunani dan Rome.

Asas zaman Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah.

Perkembangan Renaissance

Di Itali, muncul Bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rome dan Milan yang
merupakan pusat perdagangan antarabangsa manakala di Bandar pelabuhan Venice dan Genoa

Berlaku pertembungan budaya bahasa dan agama. Suasana ini menjadikan Itali sebagai pusat perkembangan idea baru.

Pelbagai perkembangan berlaku pada zaman Recaissance. Antaranya dorongan semangat inkuiri yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam politik, ekonomi, seni, sosial dan pesuratan.

Dalam bidang politik muncul monarki baru. Kekuatan monarki baru ini adalah berasaskan kepada Kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. Dengan ini kuasa golongan bangsawan bertambah kurang monarki baru muncul di England, Portugal, Perancis dan Belanda.

Aktiviti ekonomi sara diri semakin merosot, manakala perdagangan antarabangsa semakin berkembang.

Kemajuan juga dapat dilihat dalam bidang matematik, geografi, kortogrofi dan astronomi.

Berlaku perkembangan dalam bidang sains seperti biologi, fizik dan kimia. Manusia pada zaman Renissance juga telah melahirkan perasaan dan emosi mereka dengan cara melukis dan mengukir.

Dengan ini mereka berjaya memupuk sifat keyakinan diri dan bersedia menghadapi cabaran.

Dari segi sosial, manusia pada masa itu telah berupaya menggunakan pemikiran masing-masing untuk memajukan kehidupan.

Tokoh-tokoh Zaman Renaissance

a. Leonardo da Vinci
b. Niccolo Machievelli
c. Thomas More
d. Michelangelo
e. Giovani Baccaccio
f. Francis Bacon
g. Francesco Petrarch
h. William Shakespeare
i. Johnn Sebastian Boch
j. Nicholas Copemicus


9 : 1 : 3 Zaman Refarmation

Maksud Refarmation

Merupakan satu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke 16. Refarmation bermaksud pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Gerakan ini berkait rapat dengan agama Kristian.

Perkembangan Refarmation

Refarmation bermula di Jerman dan kejayaannya dibantu oleh

a. Penghasilan Bible dengan harga yang murah
b. Penciptaan mesin cetak ciptaan Gutenberg
c. Martin Luther berperanan menentang amalan indulgences
d. Berlaku banyak kepincangan, rasuah dan penyelewengan
e. Kritikan dan penentangan terhadap gereja khatolik apabila pihak gereja telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan.

Peranan/idea Martin Luther

a. Mula mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik.
b. Menentang gaya hidup penguasa gereja Katolik yang bertentangan dengan Bible.
c. Menentang amalan penjualan Sijil Indulgences
d. Menentang amalan rasuah dan penyelewengan dalam gereja Katolik
e. Menentang gaya hidup golongan bangsawan yang tidak mencerminkan kehidupan keagamaan
f. Pendirian dan cara Martin Luther dikenali sebagai mashab Protestant.
g. Gerakan ini berkembang ke Sweedan, Denmark, Norway dan Britian.

Kesan Reformation

a. Negara-negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing. Contoh Perang keagamaan Perancis,. Sepanyol, Jerman, Denmark dan Sweedan
b. Masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab sahaja.
c. Timbul sikap tolenrasi antara penganut pelbagai mazhab Kristian misalnya dari segi pendidikan.
d. Kuasa gereja terhadap kerajaan monarki baru semakin kurang.
e. Kuasa gereja telah dicabar dan dikritik secara terbuka.
f. Raja England, Raja Henry VII telah membebaskan diri daripada Paul di Rome dan mengistiharkan diri sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.
9 : 2 Penjelajahan dan Penerokaan

Merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencara laluan baru di lautan luas bagi menuju ke Timur.

Kejayaan sains dan teknologi pada zaman Renaissance turut membantu kegiatan penerokaan dan penjelajahan. Negara yang terlibat ialah Portugis, Sepanyol, England, Perancis dan Belanda.

Sebab-sebab penjalajahan

1. Desakan Ekonomi

Orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari timur.

2. Keagamaan

Untuk menyebarkan agama Kristian ke sebarang laut, contohnya negara Sepanyol.

3. Galakan pemerintah

Raja Sepanyol dan Raja Portugis merupakan penggalak kepada usaha ini.

4. Perdagangan Rempah

Perdagangan rempah ratus dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang Eropah dan raja mereka.

5. Monarki Baru

Galakan monarki baru di Englang, Perancis, Belanda untuk penjelajahan dan penerokaan
seberang laut.

6. Kebanggaan Bangsa

Semangat kebanggaan bangsa mendorong orang Eropah untuk menjajah dunia di luar Eropah.


KESAN PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN
1. Politik - Pengusaha tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah melalui Syarikat Berpiagam seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) dan Syarikat Hindia Timur Belanda ( VOC )
2. Ekonomi
- Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
- Pusat emporium dunia seperti Melaka di kuasai Portugis.
- Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindia dan Asia Tenggara dikuasai oleh Portugis.
3. Sosial
- Masyarakat tempatan mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah.
- Agama Kristian diterima dan dianuti oleh masyarakat























9 : 3 REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Revolusi Pertanian

Maksud Revolusi pertanian di Britian merujuk kepada perubahan besar yang berlaku dalam bidang pertanian yang mendatangkan faedah dan keuntungan kepada
masyarakat. Semasa revolusi pertanian berlaku pengeluaran sektor pertanian telah meningkat dengan mendadak.

Faktor
1.Perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah.
a.tanah-tanah awam diusahakan oleh orang awam untuk aktiviti pertanian/penternakan.
b.pertambahan penduduk memerlukan hasil pertanian menyebabkan peningkatan hasil pertanian/keluaran secara besaran/ladang.
c. tuan tanah berjaya mendapatkan kelulusan parlimen memagar tanah awam. Ini membolehkan kawasan yang luas untuk penanaman secara besar-besaran.
d. rakyat biasa yang dahulunya bergantung kepada tanah awam kehilangan sumber pendapatan.
e. petani yang hilang pekerjaan telah diserapkan ke ladang-ladang sebagai buruh. Apabila berlaku revolusi perindustrian berhijrah ke bandar untuk menjadi buruh kilang.

2.Penggunaan kaedah @ teknik saintifik

a. kaedah penanaman sebelum revolusi pertanian sangat rumit, membebankan serta memakan masa yang panjang.

b. Townshead telah memperkenalkan sistem penanaman bergilir dan tanaman baru seperti turnip dan ubi kentang.
c. Antara ciptaan alat pertanian dihasilkan seperti mesin menyemai benih, bajak berbentuk tiga segi (Rotterham) alat menuai, memukul, menumbuk bijirin dan lain-lain yang
semakin banyak dan baik. Ciptaan ini telah mengurangkan
penggunaan tenaga haiwan dan manusia.

3. Pertanian Komersial

a. peningkatan hasil pertanian dan penternakan telah menyebabkan berlakunya
lebihan pengeluaran.

b. lebihan pengeluaran ini diperdagangkan dan dieksport ke luar negara bagi
mendapatkan keuntungan.

c. perdagangan komersial memerlukan teknik pemasaran menarik. Dengan
itu teknik pemasaran yang baik telah dibuat oleh usahawan/syarikat untuk
memenuhi cita rasa pengguna.

d. kaedah pemasaran yang baik merupakan faktor yang merangsang ke arah
pengeluaran hasil-hasil pertanian dan penternakan secara besaran semasa
revolusi pertanian.

e. kejayaan revolusi pertanian Britian telah menyediakan asas yang kukuh
kepada perkembangan revolusi perindustrian kemudiannya.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN


Maksud Pertukaran kegiatan ekonomi yang bergantung kepada tenaga manusia kepada sesuatu yang dibuat oleh misen.


Faktor a. Peladang yang kaya hasil daripada revolusi
Pertanian melaburkan lebihan modal mereka dalam
bidang pertanian.

b. Revolusi pertanian menyediakan bahan makanan
untuk menampung permintaan dan keperluan para
pekerja kilang yang kian meningkat.
c. Rekaan dalam bidang sains dan teknologi serta
semangat kegiatan keusahawan.
- Flying shuttle (John Kay)
- Spinning Jenny (James Hargreaves)
- injin berkuasa wap (James Watt)


Perubahan a. Industri desa kepada perkilangan
- penciptaan mesin/hasil keluaran besar
menyebabkan lebihan hasil diperdagangkan.

b. Pengkhususan pengeluaran
- keperluan kepada pelaburan modal yang tinggi
untuk pembelian mesin menggalakkan
pengkhususan dalam satu bidang sahaja.
Ini membawa kepada peningkatan hasil.

c. Penggunaan teknologi
- sebelum teknologi baru diperkenalkan,
pengeluaran dikendalikan dengan tenaga manusia,
binatang atau air.
- apabila mesin berkuasa wap digunakan, barang
dapat dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak
dan kos pengeluaran lebih murah.
Hasil pengeluaran mudah dipasarkan termasuk
pasaran antarabangsa.



















Kesan revolusi pertanian dan revolusi perindustrian













































IMPERIALISME BARAT DI ASIA.

o Takrif imperialisme : penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lemah.
o Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan politik dan ekonomi.
o Kegiatan eksploitasi ini berlaku dengan rancaknya selepas Revolusi Perindustrian di Eropah
o Kesan pengksploitasi ialah ekonomi negara yang dijajah diubah oleh penjajah supaya secocok dengan keperluan perindustrian mereka.
o Penjajah mahu mendapatkan bahan mentah yang sesuai dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan daripada tanah jajahan.
o Untuk mencapai matlamat ini, struktur ekonomi tanah jajahan diubah bagi menghasilkan bahan mentah secara komersial.
o Penjajahan pada zaman Revolusi Perindustrian pernah diistilahkan sebagai Imperialisme Baru.



FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KUASA BARAT DATANG KE ASIA.

o Pasaran.
o Selain untuk mendapatkan bahan mentah, penjajahan juga untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri masing-masing.
o Britain mendahului negara barat lain menjajah Asia kerana Britain merupakan kuasa maritim dan negara perindustrian terulung masa itu.
o Britain juga menghadapi saingan daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat yang melindungi industri mereka dengan peraturan tarif masing-masing sejak 1830.
o Britain terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika kerana peraturan tarif tersebut

Pengangkutan
o Kewujudan jalan keretapi dan ciptaan kapal wap telah memudahkan perhubungan dan mempercepatkan perjalanan


Penyebaran Tamadun dan Agama Kristian.
o Orang Eropah menganggap tugas menyebarkan tamadun sebagai suatu tanggung jawab
o Antara slogan yang digunakan :
• Inggeris – the white man’s burden ( beban orang putih )
• Perancis – mission civilisatrice ( tugas menyebarkan tamadun )
• Jerman - tugas menyebarkan budaya
• Amerika – the blessings of the Anglo Saxon protection.
o Dari segi politik, pemilikan tanah jajahan menjadi simbol status negara penjajah.
o Semakin banyak tanah jajahan, semakin kuat negara itu.

KESAN KESAN IMPERALISME TERHADAP ASIA TENGGARA.

Kesan Politik.
o Perubahan sistem pemerintahan dan pentadbiran Asia Tenggara
o Pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari Barat.
o Perundangan peribumi ditukar dan diubah suai menyerupai undang-undang Barat.
o Kepulauan Melayu dipecah perintah akibat kedatangan kuasa barat iaitu :
• Britain di Tanah Melayu
• Belanda di Indonesia
• Perancis di Indo China ( Laos, Vietnam dan Kemboja )
• Amerika di Filipina.

Kesan Ekonomi.
o Ekonomi pribumi distrukturkan untuk memberi manfaat kepada ekonomi negara metropolitan.
o Contoh, getah dan bijih timah di Tanah Melayu dikomersialkan untuk memastikan bekalan industri di Britain.

Kesan Sosial.
o Pendidikan Inggeris telah diperkenalkan tetapi tidak disebarkan.
o Terhad di bandar dan dikhususkan untuk pendidikan asas dan melatih pentadbir rendah untuk keperluan pentadbiran British.
o Kemasukan buruh dari luar untuk menjadi pekerja ekonomi komersial penjajah.
Kesannya, perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di negara yang dijajah oleh kuasa Barat.

Thursday, August 12, 2010

SKEMA UJIAN SEJARAH TINGKATAN 5 OGOS 2010




Skema Jawapan Peperiksaan Pertengahan Penggal Kedua 2010
Sejarah Tingkatan 5 (1249/Ogos)
Bahagian B
SKEMA JAWAPAN

SOALAN 1

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘ anugerah daripada sungai Nil ’ ?

F1 Lahir di Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke laut Mediterranean
F2 Sungai Nil berpunca daripada dua batang anak sungai , iaitu sungai Nil Biru dan sungai Nil Putih
F3 Limpahan air sungai Nil ke tanah gersang menukar bentuk bumi menjadi subur
F4 tanah lanar yang dibawa membentuk delta yang subur
F5 Delta sesuai untuk kegiatan pertanian
F6 Delta sesuai untuk petempatan kekal
F7 Sungai Nil sebagai sumber air bagi aktiviti pertanian dan penternakan
F8 Sistem kawalan banjir yang sistematik dibina bagi mengelakkan kemusnahan tanaman
F9 Pengangkutan dan perhubungan air yang teratur merupakan asas kepada pembentukan tamadun Mesir
[ maks. 2 markah ]

( b) Nyatakan dua peranan firaun dalam organisasi masyarakat Mesir Purba .

F1 Raja berkuasa mutlak
F2 Ketua Pendeta
F3 Pemilik tanah
F4 Ketua hakim
F5 Ketua pahlawan
F6 Pemilik tanah
F7 Membina sistem pengairan [ maks. 2 markah ]


( c ) Bagaimanakah golongan bangsawan memberi sumbangan dalam tamadun Mesir Purba ?
F1 Menjalankan pentadbiran / menjadi pembesar / bantu firaun
F2 Menjaga keamanan
F3 Mengurus penghasilan makanan
F4 Mengagihkan bekalan makanan
F5 Menjadi gabenor di wilayah taklukan [ maks. 2 markah ]


( d ) Nyatakan sistem pendidikan yang diamalkan dalam tamadun Mesir Purba.

F1 Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan
F2 Kanak-kanak diberi pendidikan sejak kecil
F3 Pendidikan dijalankan oleh rumah ibadat
F4 Pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
F5 Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih
F6 Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains [ maks. 2 markah ]


( e ) Senaraikan dua kejayaan yang telah dicapai dalam bidang perubatan.

F1 melahirkan pengamal perubatan
F2 pengamal perubatan mendapat status tinggi
F3 berkhidmat untuk firaun dan masyarakat
F4 proses memumiakan mayat / mengawetkan
F5 Mahir dalam bidang pembedahan [ maks. 2 markah ]

SOALAN 2

Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan oleh Kerajaan British telah dianggotai oleh pegawai British dan rakyat tempatan untuk melaksanakan gagasan Malaya.

a. Siapakah pengerusi suruhanjaya tersebut.

F 1 Lord Cobbold
[maks. 1 markah ]
b. Namakan dua rakyat tempatan yang menyertai Suruhanjaya Cobbold.

F1 Tan Sri Ghazali Shafie
F2 Dato Wong Pow Nee
[maks. 2 markah ]
c. Jelaskan dua tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold.

F1 Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia
F2 Membuat penilaian tentang pendapat penduduk
F3 Mengemukakan cadangan kepada pihak British
F4 Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pihak yang memberi pandangan
pembentukan Malaysia
[maks. 2 markah ]

d. Nyatakan dua hasil laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold kepada kerajaan British pada tahun 1962.

F1 Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat
F2 Satu pertiga menyokong dengan syarat, iaitu kepentingan mereka dilindungi
F3 Satu pertiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia
[maks. 2 markah ]

e. Berikan tiga cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold.

F1 Perlembagaan Malaysia yang baru berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
F2 Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar Imigresennya
F3 Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
F4 Memberi jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah
F5 Pemberian nama Malaysia kepada negara bam yang dibentuk
F6 Penentuan tarikh penubuhan Malaysia

[maks. 2 markah ]

Bahagian C

3a Huraikan sebab-sebab yang membawa kepada pembukaan kota Makkah pada tahun 8 hijrah. (m.s 134-135)

Tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Tempat lahirnya agama Islam
Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah
Mereka tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui
Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah
Merupakan strategi jangka panjang penyebaran Islam
Nabi berpendapat jika Makkah dapat dikuasai kedudukan kerajaan Islam Madinah akan mantap
Baginda merancang memasuki kota Makkah dengan bijaksana / aman / tanpa kekerasan
mana-mana 6 isi X 1m

[Mak. 6 M]

3 b Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam dengan mudah menakluki kota Makkah.

Pengislaman pembesar Quraisy / Abu Suffian dan al-Abbas
Mereka memeluk Islam kerana menyedari kepalsuan perjuangan mereka
Pengislaman mereka menjadi ikutan kepada orang Arab Quraisy

Jaminan keselamatan yang ditawarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika mengepung kota Makkah
Taktik ketenteraan Islam yang berkesan
Pasukan tentera dibahagikan empat kumpulan
Mereka bergerak menerusi empat penjuru kota Makkah
Orang Quraisy telah dikepung dengan rapi
Semangat ketakwaan / keyakinan tentera Islam
Tiada penentangan yang besar dari pihak Quraisy
Penentangan kecil diterima pasukan Khalid b. Al-Walid
Penentangan dengan mudah dapat ditewaskan oleh tentera Islam
mana-mana 6 isi X 1m
[Mak. 6 M]

3 c
Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah kepada perkembangan dunia Islam.

Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
Agama menyembah berhala dihapuskan
Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
Makkah menjadi kota suci umat Islam
Makkah menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk beribadat
Membuktikan negara Islam Madinah kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w
Makkah menjadi pembuka jalan penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
Dakwah Islamiah tersebar secara aman
Mereka memeluk Islam secara sukarela / tanpa paksaan
Penguasaan Makkah telah mewujudkan pusat pemerintahan Islam yang kuat
Makkah dijadikan sebagai sebuah wilayah Islam
Nabi melantik wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam di Makkah

Mana-mana 8 isi X 1m

[Mak. 8 M]

Soalan 4

(a)
Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan bebas dari belenggu perjajahan dengan rasminya pada 31 Ogos 1957.
Terangkan isi-isi kandungan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan
Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri
Melalui senarai persekutuan dan senarai negeri
Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan negara
Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara kuatkuasa undang-undang permohonan dan naturalisasi
Prinsip jus soli diterima
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
Agama Islam sebagai agama Persekutuan
Tanah simpanan Melayu dikekalkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Yang Di Pertuan Agung menjadi ketua negara
Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
Iaitu Dewan Rakyat dan Dewa \n Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
Pada peringkat Negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran

Mana-mana 8 isi X 1m

[Mak. 8 M]

b Jelaskan apakah kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Persetujuan yang dicapai menerusi pakatan murni
membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dibentuk dengan konsep Raja Berperlembagaan
Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini kerana
mereka menyedari bahawa pakatan ini akan mewujudkan perpaduan yang jitu dan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu
Menerusi pakatan murni keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah
Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah negara yang berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri
Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan

Mana-mana 6isi X 1m

[Mak. 6M]

c Pada pendapat anda, mengapakah kita harus menghargai kemerdekaan yang telah kita capai.

Negara kita bebas dari belenggu penjajahan
Mentadbir sebuah negara yang merdeka dan berdaulat
Membentuk masyarakat yang bersatu padu
Menegakkan maruah bangsa dan kedaulatan negara
Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen dibentuk
Memelihara institusi Kesultanan Melayu
Mana-mana 6 isi X 1m

[Mak. 6 M]

Monday, August 9, 2010

PANIK DALAM PEPERIKSAAN?



MENGATASI PANIK DALAM PEPERIKSAAN
1. Berhenti sekejap menjawab soalan.
2. Guna teknik duduk.
3. Pejamkan mata.
4. Lakukan senaman nafas (tarik nafas dan hembus).
5. Tumpu fikiran dan tenaga tersembunyi.
6. Letakkan kedua-dua tapak tangan ke hidung dan mulut.
7. Bernafas.
8. Ulang langkah 6 dan 7 beberapa kali.
9. Tumpu fikiran bagi otot muka, tengkuk dan tangan.
10. Selawat dan baca tasbih Nabi Yunus

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

a. Nyatakan lima (5) isi penting Persekutuan Tanah melayu 1957 (Buku Teks hlm. 127)
i. Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan
ii. Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri
iii. Melalui senarai persekutuan dan senarai negeri
iv. Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan negara
v.Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara kuatkuasa undang-undang permohonan dan naturalisasi
vi. Prinsip jus soli diterima
vi.Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
viii.Agama Islam sebagai agama Persekutuan
ixTanah simpanan Melayu dikekalkan
x. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
xi. Yang Di Pertuan Agung menjadi ketua negara
Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
Iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
Pada peringkat Negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran
b.Senaraikan lima (5) kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
i. Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dibentuk dengan konsep Raja Berperlembagaan
ii. Wujudkan perpaduan yang jitu dan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu
iii. Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah
iv. Peluang kepada penduduk tempatan mentadbir negara mengikut acuan sendiri
v.Setiap kaum bersatu membentuk identiti masyarakat yang merdeka.
vi. Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan kaum diketepikan

c. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita mengekalkan keharmonian negara?
i. Bersikap toleransi antara kaum
ii. Hidup bersatu padu ke arah memajukan negara
iii. Mana-mana isi yang munasabah

Sunday, August 8, 2010

TAMADUN MESIR PURBA

Sampel Soalan (esei)
Soalan A
Jelaskan lokasi Tamadun Mesir Purba (hlm. 17) - 4 markah
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterrenean. (1 m) Di tebing sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. (1 m) Sungai Nil ini berpunca dari daripada dua anak sungai, (1 m) iaitu Sungai Nil Biru (1 m) yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia (1 m) dan Sungai Nil Putih (1 m) yang bermula dari Tasik Victoria di Uganda (1 m).
Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. (1 m) Selain itu, tanah lanar yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia. ( 1m)

Soalan B
Huraikan sistem pendidikan yang diamalkan dalam tamadun Mesir Purba. - 5 markah
Dalam Tamadun Mesir Purba, pendidikan hanya dikhususkan kepada kanak-kanak dari keluarga atasan. (1 m) Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. (1 m) Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat (1 m) dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. (1 m)
Penekanan terhadap pendidikan bertujuan melahirkan para pegawai kerajaan ( 1m ) terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih (1 m). Ilmu geometri (1 m), matematik (1 m) dan sains diajar (1 m) bagi melahirkan golongan yang terlatih (1 m) yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian (1 m), pengawalan air Sungai Nil (1 m) serta pembinaan bangunan dan piramid (1 m).

Soalan C
Huraikan empat kejayaan yang telah dicapai oleh Tamadun Mesir Purba dalam bidang perubatan. (6 markah)
Tamadun Mesir telah berjaya melahirkan pengamal perubatan (1 m). Mereka mendapat status yang tinggi dalam masyarakat (1 m) dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat (1 m). Mereka juga maju dalam proses memumiakan mayat (1 m). Tahap keilmuan mereka yang maju dalam bidang fizik (1 m), kimia (1 m), perubatan (1 m) dan pembedahan (1 m) memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga kini. (1 m)

Thursday, August 5, 2010

Pelindung Dua Bandar Suci

Sultan Selim 1 : berjaya menguasai Akkah dan Madinah pada tahun 1517. Beliau menggunakan gelaran ’ Pelindung Dua Bandar Suci”
Maksud Dua Bandar Suci ialah :
1. Makkah
2. Madinah

INTISARI KANDUNGAN PIAGAM MADINAH

Contoh Soalan : Huraikan empat intisari kandungan Piagam Madinah (12 markah)
Panduan : Soalan jenis tertutup ini memerlukan calon memasukkan empat intisari dan perlu dimasukkan Fakta (F), Huraian (H) dan Contoh (C). Ini bermakna setiap satu isi merangkumi 3 markah.
Contoh jawapan :
Dari segi politik, Nabi Muhammad dilantik sebagai pemimpin Madinah. Baginda bertindak sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam.
Dari sudut agama, masyarakat di Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing. Mereka bebas mengamalkan adat mereka mereka masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.
Selain itu, dari segi sosial, masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah. Mereka mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara. Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
Dari segi ekonomi, kerjasama antara masyarakat Madinah dtuntut demi memajukan ekonomi negara. Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan.
Dari segi pertahanan, semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.

• Catatan : Isi kelima boleh ditulis tetapi tidak dikira dalam markah kerana telah memenuhi markah maksima 12 markah