Tuesday, August 24, 2010

SKEMA UJIAN SEJARAH TINGKATAN 4 OGOS 2010



Bahagian B
Soalan Butiran Markah
1(a) - Mohenjo Daro
- Harappa 2M
(b)
- Bandar dikelilingi oleh tembok
- Terbahagi kepada dua bahagian
- Bahagian utama – pusat pentadbiran/keagamaan/tempat mandi awam / tempat penyimpanan hasil pertanian
- Bahagian kedua – kawasan perumahan
- Disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
- Dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain
- Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
- Bandar- bandar ini juga dihubungi dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan
- Menggunakan batu bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan suhu yang tinggi untuk membina rumah
Maks 3M
(c)
- Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar
- Peningkatan penghasilan pertanian
- Pertambahan jumlah penduduk
Maks 1M

(d)
- Pengetahuan tinggi dalam ilmu geometri
- Matematik
- Kesenian
- Teknologi pembakaran batu bata
- Pengetahuan yang diperoleh hasil hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir
Maks 2M
e)
- Hubungan dengan tamadun lain membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat
- Berlaku pertukaran teknologi
- Menerima pengaruh dari luar yang disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan
- Peningkatan kemahiran
- Peningkatan dalam aspek seni bina
- Keamanan dan kedamaian merupakan tunjang kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan
- Sesebuah masyarakat tidak akan mencapai kemajuan tanpa membuat hubungan dengan negara/ pihak luar
- Sesebuah masyarakat tidak akan mencapai kemajuan tanpa bertukar pandangan dengan pihak luar
Maks 2M
Soalan Butiran Markah
2(a) - Pengganti
- Pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan
- Tanggungjawab memelihara kemurnia agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
- Tanggugjawab mengekalkan keharmonian / kestabilan umat Islam.
Maks 2M
(b)
- Lelaki merdeka
- Beragama Islam
- Memiliki pengetahuan tentang Islam
- Mematuhi perintah Allah
- Saggup melaksanakan hukum Allah
- Bersifat adil
- Akhlak baik
- Tubuh yang sihat dan sempurna
- Berfikiran cerdas
- Warak
- Pandai mentadbira kerajaan
Maks 3M
c)
- Musyawarah / syura
- Cadangan satu nama
- Pemilihan daripada beberapa orang calon
- Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
Maks 3M
d)
- Perakuan sumpah taat setia
- Diberikan kepada seseorang yang telah dilantik menjadi pemimpin
- Disertai dengan nama Allah sebagai sokongan
Maks 1M

(e)
- Demokrasi
- Mana-mana isi yang munasabah
Maks 2M
BAHAGIAN C

Soalan 1

a)Jelaskan maksud kerajaan maritim
F1 Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan 1
H1 Berfungsi sebagai pelabuhan 1
F2 Terletak berhampiran dengan kawasan pesisir pantai 1
H2 Terletak di lembah sungai dan kepulauan 1
C2a Kerajaan Srivijaya di Sungai Musi 1
C2b Kerajaan Kedah Tua di Sg. Merbok dan Sg. Muda 1
C2c Kerajaan Tiumah di Pulau Tioman (Pahang) 1
Maks (4 m)

b Huraikan ciri-ciri kerajaan maritim di Asia Tenggara 6
F1 Terletak di lembah sungai 1
H1a Di kawasan pesisir pantai dan di kepulauan 1
H1b Langkasuka di Sg. Yarang 1
C1a Kataha / Chieh-cha / Kedah Tua di Sg. Merbok dan Sg. Mud 1
C1b Chih-tu di Sg. Kelantan 1
C1c Srivijaya di Sg. Musi 1
C1d Mo-lo-yu di Sg. Batang Hari 1
C1e Kalah di Sg. Takuapafo-lo-an di Sg. Terengganu 1
C1f Peng-keng di Sg. Pekan, Pahang 1
C1g Tiumah di Pulau Tioman 1
F2 Kegiatan menangkap ikan 1
F3 Memungut hasil laut 1
F4 Petempatan berkembang menjadi perkampungan nelayan 1
H4a Ada menjadi pengeluar bijih logam seperti emas dan timah 1
H4b Lebihan hasil diperdagangkan di kalangan petempatan tersebut 1
H4c Petempatan itu berkembang sebagai tempat berdagang 1
H4d Menjadi Pelabuhan pembekal 1
H4e Bekalan hasil tempatan 1
C4a Logam emas dan timah 1
C4b Hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, damar 1
C4c Hasil laut dan makanan 1
F5 Disinggahi oleh para padagang 1
H5a Jenderam Hilir dan Klang (Selangor) 1
H5b Kuala Berang (Kuala terengganu) 1
F6 Pelabuhan Kerajaan apabila wujud kerajaan di situ 1
C6a Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan Srivijaya 1
F7 Pelabuhan entrepot 1
H7a Jalinan hubungan dengan kerajaan besar seperti China dan India 1
C7a Logam, hasil hutan dan hasil dari kerajaan lain 1
C7b Logam emas dan timah menarik pedagang asing 1
H7 Dikenali sebagai Suvarnadvipa dan Suvarnabhumi 1
F8 Penduduk – orang tempatan, orang laut dan pedagang luar 1
F9 Bahasa lingua franca 1
C9 Bahasa Melayu 1
F10 Semangat masyarakat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat di luar kawasan 1
F11 Kemahiran membuat perahu dan kapal layar 1
H11a Perahu untuk perdagangan jarak dekat 1
H11b Kapal layar untuk perdagangan jarak jauh 1
H11c Mengetahui kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit 1
Maks (6 m)

c Apakah faktor-faktor yang membawa perkembangan Srivijaya sebagai sebuah kuasa maritim utama di Asia Tenggara? 8
F1 Bala tentera laut yang besar 1
H1a Dianggotai pelbagai golongan rakyat 1
C1 Termasuk orang laut 1
H1b Mengawal perdagangan di Selat Melaka 1
FH1c Mengawal keselamatan kerajaan 1
F2 Pelabuhan baik dan strategic di Selat Melaka 1
H2a Tempat persinggahan kapal dagang dari China-India 1
F3 Terdapat hasil dan barangan 1
H3a Untuk perdagangan antarabangsa 1
C3a Dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya 1
C3b dan wilayah taklukan 1
F4 Mampu menghasilkan kapal besar 1
Maks (8 m)

d Pada pendapat anda, mengapakah pelabuhan penting kepada sesebuah kerajaan? 2
M1 Pusat pemerintahan 1
M2 Pusat perdagangan 1
M3 Pusat pembekal 1
M4 Kawalan laluan perdagangan 1
M5 Mana-mana isi munasabah 1
Maks 2

Soalan 2
a)Jelaskan Intisari kandungan Piagam Madinah yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w.
F1 Piagam Madinah mempunyai 47 fasal 1
H1a 23 fasal membincangkan tanggungjawab orang Islam 1
H1b 24 fasal lagi berkaitan dengan tanggungjawab orang bukan Islam 1
F2 Kandungan Piagam Madinah boleh dirumuskan kepada tujuh perkara penting 1
H2a Politik, agama, sosial, perundangan, ekonomi, pertahanan dan kedudukan orang Yahudi 1
F3 Dari segi politik, Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik menjadi pemimpin Madinah 1
H3a Baginda bertindak menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh masyarakat Madinah berasaskan konsep keadilan 1
F4 Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing 1
H4a Dan adat yang tidak bertentangan dengan Islam 1
H4b Nabi Muhammad s.a.w. tidak memaksa orang ramai memeluk Islam 1
H4c Mereka boleh mengamalkan agama masing-masing dengan aman dan damai 1
F5 Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah 1
H5a Mereka hidup bantu membantu dan bekerjasama antara satu sama lain 1
F6 Negara Madinah menggunakan undang-undang Islam secara menyeluruh 1
H6a Peraturan-peraturan keluarga yang tidak bertentangan Islam boleh
diamalkan 1
F7 Dari segi ekonomi, Islam melarang amalan riba dan penindasan 1
H7a Wajib membangunkan ekonomi negara Madinah 1
F8 Wajib mempertahankan negara Madinah dari serangan luar 1
H8a Setiap individu bertanggungjawab menjaga keselamatan negara 1
H8b Rakyat bukan Islam berpeluang tinggal dalam negara Madinah 1
C8a Contohnya orang Yahudi dijamin oleh Piagam Madinah selagi mereka
patuh kepada perlembagaan tersebut 1
(7 m)

b Huraikan kepentingan Piagam Madinah 7
F1 Model Kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam. 1
H1a Dari segi ekonomi : amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan. 1
H1b Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan 1
C1 Orang Ansar telah memberikan bantuan kepada orang Muhajirin secara sukarela dan ikhlas 1
F2 Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah 1
H2a Masyarakat yang hidup bersatu padu dan aman. 1
H2b Nilai hidup berasaskan semangat ukhuwah Islamiah 1
H2c Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama 1
H2d Konsep keadilan social telah dipraktikkan 1
H2e Dari segi hak, Islam menekankan persamaan hak persaudaraan Islam 1
C2a Amalan seperti semangat perpaduan, bantu membantu dan rela berkorban 1
F3 Masyarakat Madinah dari pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang mlengkap dan sempurna 1
H3a Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil 1
H3b Masyarakat madinah telah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan. 1
H3c Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi 1
H3d Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik 1
H3e Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan 1
C3a Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab yang lain 1
C3b Semua bangsa ada hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat. 1
C3c Negara Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar 1
Maks (7 m)
c)Piagam Madinah dikatakan dapat menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Jelaskan pandangan anda terhadap kenyataan ini. 6
F1 Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing 1
H1a Aktiviti agama dapat dilakukan secara aman dan damai tanpa sekatan 1
F2 Dari segi sosial, masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang
bersatu 1
H2a Bekerjasama tanpa mengira bangsa/ kaum/ kabilah 1
F3 Peraturan atau adat kekeluargaan dalam sesebuah kabilah yang tidak
bertentangan dengan Islam boleh diamalkan 1
F4 Masyarakat Madinah boleh memperolehi peluang ekonomi yang ada 1
H4a Masyarakat Madinah wajib membangunkan ekonomi negara 1
H4b Larangan amalan riba dan penindasan sesama manusia dalam bidang
ekonomi 1
F5 Semua masyarakat Madinah wajib mempertahankan negara dari serangan musuh 1
H5a Kedudukan orang bukan Islam, khususnya orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka patuh kepada Piagam Madinah 1
(6 m)
Disediakan oleh :
Hj. Yasmin bin Hashim @ Yasin
SMK St. Teresa
16. 08. 2010

No comments:

Post a Comment