Thursday, August 12, 2010

SKEMA UJIAN SEJARAH TINGKATAN 5 OGOS 2010




Skema Jawapan Peperiksaan Pertengahan Penggal Kedua 2010
Sejarah Tingkatan 5 (1249/Ogos)
Bahagian B
SKEMA JAWAPAN

SOALAN 1

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘ anugerah daripada sungai Nil ’ ?

F1 Lahir di Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke laut Mediterranean
F2 Sungai Nil berpunca daripada dua batang anak sungai , iaitu sungai Nil Biru dan sungai Nil Putih
F3 Limpahan air sungai Nil ke tanah gersang menukar bentuk bumi menjadi subur
F4 tanah lanar yang dibawa membentuk delta yang subur
F5 Delta sesuai untuk kegiatan pertanian
F6 Delta sesuai untuk petempatan kekal
F7 Sungai Nil sebagai sumber air bagi aktiviti pertanian dan penternakan
F8 Sistem kawalan banjir yang sistematik dibina bagi mengelakkan kemusnahan tanaman
F9 Pengangkutan dan perhubungan air yang teratur merupakan asas kepada pembentukan tamadun Mesir
[ maks. 2 markah ]

( b) Nyatakan dua peranan firaun dalam organisasi masyarakat Mesir Purba .

F1 Raja berkuasa mutlak
F2 Ketua Pendeta
F3 Pemilik tanah
F4 Ketua hakim
F5 Ketua pahlawan
F6 Pemilik tanah
F7 Membina sistem pengairan [ maks. 2 markah ]


( c ) Bagaimanakah golongan bangsawan memberi sumbangan dalam tamadun Mesir Purba ?
F1 Menjalankan pentadbiran / menjadi pembesar / bantu firaun
F2 Menjaga keamanan
F3 Mengurus penghasilan makanan
F4 Mengagihkan bekalan makanan
F5 Menjadi gabenor di wilayah taklukan [ maks. 2 markah ]


( d ) Nyatakan sistem pendidikan yang diamalkan dalam tamadun Mesir Purba.

F1 Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan
F2 Kanak-kanak diberi pendidikan sejak kecil
F3 Pendidikan dijalankan oleh rumah ibadat
F4 Pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
F5 Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih
F6 Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains [ maks. 2 markah ]


( e ) Senaraikan dua kejayaan yang telah dicapai dalam bidang perubatan.

F1 melahirkan pengamal perubatan
F2 pengamal perubatan mendapat status tinggi
F3 berkhidmat untuk firaun dan masyarakat
F4 proses memumiakan mayat / mengawetkan
F5 Mahir dalam bidang pembedahan [ maks. 2 markah ]

SOALAN 2

Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan oleh Kerajaan British telah dianggotai oleh pegawai British dan rakyat tempatan untuk melaksanakan gagasan Malaya.

a. Siapakah pengerusi suruhanjaya tersebut.

F 1 Lord Cobbold
[maks. 1 markah ]
b. Namakan dua rakyat tempatan yang menyertai Suruhanjaya Cobbold.

F1 Tan Sri Ghazali Shafie
F2 Dato Wong Pow Nee
[maks. 2 markah ]
c. Jelaskan dua tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold.

F1 Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia
F2 Membuat penilaian tentang pendapat penduduk
F3 Mengemukakan cadangan kepada pihak British
F4 Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pihak yang memberi pandangan
pembentukan Malaysia
[maks. 2 markah ]

d. Nyatakan dua hasil laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold kepada kerajaan British pada tahun 1962.

F1 Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat
F2 Satu pertiga menyokong dengan syarat, iaitu kepentingan mereka dilindungi
F3 Satu pertiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia
[maks. 2 markah ]

e. Berikan tiga cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold.

F1 Perlembagaan Malaysia yang baru berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
F2 Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar Imigresennya
F3 Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
F4 Memberi jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah
F5 Pemberian nama Malaysia kepada negara bam yang dibentuk
F6 Penentuan tarikh penubuhan Malaysia

[maks. 2 markah ]

Bahagian C

3a Huraikan sebab-sebab yang membawa kepada pembukaan kota Makkah pada tahun 8 hijrah. (m.s 134-135)

Tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Tempat lahirnya agama Islam
Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah
Mereka tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui
Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah
Merupakan strategi jangka panjang penyebaran Islam
Nabi berpendapat jika Makkah dapat dikuasai kedudukan kerajaan Islam Madinah akan mantap
Baginda merancang memasuki kota Makkah dengan bijaksana / aman / tanpa kekerasan
mana-mana 6 isi X 1m

[Mak. 6 M]

3 b Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam dengan mudah menakluki kota Makkah.

Pengislaman pembesar Quraisy / Abu Suffian dan al-Abbas
Mereka memeluk Islam kerana menyedari kepalsuan perjuangan mereka
Pengislaman mereka menjadi ikutan kepada orang Arab Quraisy

Jaminan keselamatan yang ditawarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika mengepung kota Makkah
Taktik ketenteraan Islam yang berkesan
Pasukan tentera dibahagikan empat kumpulan
Mereka bergerak menerusi empat penjuru kota Makkah
Orang Quraisy telah dikepung dengan rapi
Semangat ketakwaan / keyakinan tentera Islam
Tiada penentangan yang besar dari pihak Quraisy
Penentangan kecil diterima pasukan Khalid b. Al-Walid
Penentangan dengan mudah dapat ditewaskan oleh tentera Islam
mana-mana 6 isi X 1m
[Mak. 6 M]

3 c
Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah kepada perkembangan dunia Islam.

Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
Agama menyembah berhala dihapuskan
Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
Makkah menjadi kota suci umat Islam
Makkah menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk beribadat
Membuktikan negara Islam Madinah kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w
Makkah menjadi pembuka jalan penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
Dakwah Islamiah tersebar secara aman
Mereka memeluk Islam secara sukarela / tanpa paksaan
Penguasaan Makkah telah mewujudkan pusat pemerintahan Islam yang kuat
Makkah dijadikan sebagai sebuah wilayah Islam
Nabi melantik wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam di Makkah

Mana-mana 8 isi X 1m

[Mak. 8 M]

Soalan 4

(a)
Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan bebas dari belenggu perjajahan dengan rasminya pada 31 Ogos 1957.
Terangkan isi-isi kandungan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan
Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri
Melalui senarai persekutuan dan senarai negeri
Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan negara
Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara kuatkuasa undang-undang permohonan dan naturalisasi
Prinsip jus soli diterima
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
Agama Islam sebagai agama Persekutuan
Tanah simpanan Melayu dikekalkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Yang Di Pertuan Agung menjadi ketua negara
Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
Iaitu Dewan Rakyat dan Dewa \n Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
Pada peringkat Negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran

Mana-mana 8 isi X 1m

[Mak. 8 M]

b Jelaskan apakah kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Persetujuan yang dicapai menerusi pakatan murni
membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dibentuk dengan konsep Raja Berperlembagaan
Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini kerana
mereka menyedari bahawa pakatan ini akan mewujudkan perpaduan yang jitu dan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu
Menerusi pakatan murni keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah
Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah negara yang berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri
Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan

Mana-mana 6isi X 1m

[Mak. 6M]

c Pada pendapat anda, mengapakah kita harus menghargai kemerdekaan yang telah kita capai.

Negara kita bebas dari belenggu penjajahan
Mentadbir sebuah negara yang merdeka dan berdaulat
Membentuk masyarakat yang bersatu padu
Menegakkan maruah bangsa dan kedaulatan negara
Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen dibentuk
Memelihara institusi Kesultanan Melayu
Mana-mana 6 isi X 1m

[Mak. 6 M]

1 comment: