Friday, August 20, 2010

BAB 9 : Perkembangan di Eropah

Pengenalan

Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah mengalami zaman mundur yang dikenali sebagai
Zaman Gelap. Zaman Gelap merupakan peringkat awal zaman pertengahan. Zaman Pertengahan
dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu

Zaman Pertengahan (476 M – 1450 M )

1. Peringkat Awal (476 M – 1050 M)
2. Peringkat Kemuncak (1050 – 1300 M)
3. Peringkat Akhir (1300 – 1450 M)


Pada peringkat akhir zaman pertengahan muncul zaman Renaissance (1350 – 1600 M ). Pada masa ini berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan serta perkembangan ilmu dimana orang Eropah telah menyebarkan pengaruh mereka kepada dunia di luar Eropah dan diteruskan semasa Zaman Revolusi Perindustrian dan Imperialisme.

ZAMAN GELAP DAN CIRI-CIRINYA.

o Pada zaman Gelap, Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang:
• ilmu pengetahuan
• perdagangan
• kehidupan perbandaran
o Tiada juga pemerintahan pusat yang berkesan.
o Keruntuhan empayar Rom Barat telah memusnahkan kuasa pusat dan membawa kepada kemunculan golongan baron ( tuan tanah )
o Petani mencari perlindungan daripada tuan tanah dan sebagai balasan mereka membayar cukai yang tinggi kepada baron.
o Petani yang tidak mampu menyerahkan tanah kepada baron dan menjadi hamba.
o Tuan tanah pula mendapatkan perlindungan daripada raja dan dikehendaki membayar cukai atau berkhidmat kepada raja.
o Jalinan ikatan ini membentuk sistem feudal di Eropah.


Zaman Pertengahan.

o Gereja Katholik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki banyak tanah
o Sering dianggap mengongkong kehidupan masyarakat kerana terlalu mementingkan amalan agama dan pmbelajaran ilmu keakhiratan.
o Kegiatan perdagangan terhad. Perdagangan di perairan Utara dan Barat sering diganggu oleh orang gasar ( Viking dan Magyar ).
o Timur Jauh dikuasai oleh pedagang Islam dan mereka tidak mampu bersaing.
o Ekonomi tertumpu kepada kegiatan pertanian dan perniagaan menerusi sistem barter.
o Ini adalah kerana mata wang di pasaran amat terhad.
o Pusat pemerintahan yang lemah, kegiatan ekonomi yang terhad, kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan, kongkongan gereja menyebabkan zaman tersebut dianggap sebagai Zaman Gelap.


Zaman Kemuncak Pertengahan
o Zaman ini adalah zaman peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance.
o Gereja mula memainkan peranan sebagai institusi yang universal dan menjadi ejen penyatuan.
o Perubahan ekonomi berlaku hasil pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan perdagangan
o Kemunculan bandar baru seperti Venice, Milan dan Florence melahirkan kelas pertengahan ( artisan, pedagang dan ahli perbankan )
o Perubahan status sosial : tidak lagi berasaskan tanah tetapi kekayaan.
o Perubahan politik : rakyat mulai melibatkan diri dalam politik menerusi parlimen yang diwujudkan hasil tuntutan rakyat.

Zaman Renaissance

Bermula di Itali pada abad ke 14 dan berkembang ke negara-negara Eropah lain hingga kurun ke 17.

Istilah Renaissance berasal dari perkataan Itali yang bermaksud kelahiran semula.

Ia merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendiakawan tamadun
Yunani dan Rome.

Asas zaman Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah.

Perkembangan Renaissance

Di Itali, muncul Bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rome dan Milan yang
merupakan pusat perdagangan antarabangsa manakala di Bandar pelabuhan Venice dan Genoa

Berlaku pertembungan budaya bahasa dan agama. Suasana ini menjadikan Itali sebagai pusat perkembangan idea baru.

Pelbagai perkembangan berlaku pada zaman Recaissance. Antaranya dorongan semangat inkuiri yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam politik, ekonomi, seni, sosial dan pesuratan.

Dalam bidang politik muncul monarki baru. Kekuatan monarki baru ini adalah berasaskan kepada Kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. Dengan ini kuasa golongan bangsawan bertambah kurang monarki baru muncul di England, Portugal, Perancis dan Belanda.

Aktiviti ekonomi sara diri semakin merosot, manakala perdagangan antarabangsa semakin berkembang.

Kemajuan juga dapat dilihat dalam bidang matematik, geografi, kortogrofi dan astronomi.

Berlaku perkembangan dalam bidang sains seperti biologi, fizik dan kimia. Manusia pada zaman Renissance juga telah melahirkan perasaan dan emosi mereka dengan cara melukis dan mengukir.

Dengan ini mereka berjaya memupuk sifat keyakinan diri dan bersedia menghadapi cabaran.

Dari segi sosial, manusia pada masa itu telah berupaya menggunakan pemikiran masing-masing untuk memajukan kehidupan.

Tokoh-tokoh Zaman Renaissance

a. Leonardo da Vinci
b. Niccolo Machievelli
c. Thomas More
d. Michelangelo
e. Giovani Baccaccio
f. Francis Bacon
g. Francesco Petrarch
h. William Shakespeare
i. Johnn Sebastian Boch
j. Nicholas Copemicus


9 : 1 : 3 Zaman Refarmation

Maksud Refarmation

Merupakan satu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke 16. Refarmation bermaksud pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Gerakan ini berkait rapat dengan agama Kristian.

Perkembangan Refarmation

Refarmation bermula di Jerman dan kejayaannya dibantu oleh

a. Penghasilan Bible dengan harga yang murah
b. Penciptaan mesin cetak ciptaan Gutenberg
c. Martin Luther berperanan menentang amalan indulgences
d. Berlaku banyak kepincangan, rasuah dan penyelewengan
e. Kritikan dan penentangan terhadap gereja khatolik apabila pihak gereja telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan.

Peranan/idea Martin Luther

a. Mula mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik.
b. Menentang gaya hidup penguasa gereja Katolik yang bertentangan dengan Bible.
c. Menentang amalan penjualan Sijil Indulgences
d. Menentang amalan rasuah dan penyelewengan dalam gereja Katolik
e. Menentang gaya hidup golongan bangsawan yang tidak mencerminkan kehidupan keagamaan
f. Pendirian dan cara Martin Luther dikenali sebagai mashab Protestant.
g. Gerakan ini berkembang ke Sweedan, Denmark, Norway dan Britian.

Kesan Reformation

a. Negara-negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing. Contoh Perang keagamaan Perancis,. Sepanyol, Jerman, Denmark dan Sweedan
b. Masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab sahaja.
c. Timbul sikap tolenrasi antara penganut pelbagai mazhab Kristian misalnya dari segi pendidikan.
d. Kuasa gereja terhadap kerajaan monarki baru semakin kurang.
e. Kuasa gereja telah dicabar dan dikritik secara terbuka.
f. Raja England, Raja Henry VII telah membebaskan diri daripada Paul di Rome dan mengistiharkan diri sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.
9 : 2 Penjelajahan dan Penerokaan

Merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencara laluan baru di lautan luas bagi menuju ke Timur.

Kejayaan sains dan teknologi pada zaman Renaissance turut membantu kegiatan penerokaan dan penjelajahan. Negara yang terlibat ialah Portugis, Sepanyol, England, Perancis dan Belanda.

Sebab-sebab penjalajahan

1. Desakan Ekonomi

Orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari timur.

2. Keagamaan

Untuk menyebarkan agama Kristian ke sebarang laut, contohnya negara Sepanyol.

3. Galakan pemerintah

Raja Sepanyol dan Raja Portugis merupakan penggalak kepada usaha ini.

4. Perdagangan Rempah

Perdagangan rempah ratus dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang Eropah dan raja mereka.

5. Monarki Baru

Galakan monarki baru di Englang, Perancis, Belanda untuk penjelajahan dan penerokaan
seberang laut.

6. Kebanggaan Bangsa

Semangat kebanggaan bangsa mendorong orang Eropah untuk menjajah dunia di luar Eropah.


KESAN PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN
1. Politik - Pengusaha tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah melalui Syarikat Berpiagam seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) dan Syarikat Hindia Timur Belanda ( VOC )
2. Ekonomi
- Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
- Pusat emporium dunia seperti Melaka di kuasai Portugis.
- Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindia dan Asia Tenggara dikuasai oleh Portugis.
3. Sosial
- Masyarakat tempatan mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah.
- Agama Kristian diterima dan dianuti oleh masyarakat























9 : 3 REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Revolusi Pertanian

Maksud Revolusi pertanian di Britian merujuk kepada perubahan besar yang berlaku dalam bidang pertanian yang mendatangkan faedah dan keuntungan kepada
masyarakat. Semasa revolusi pertanian berlaku pengeluaran sektor pertanian telah meningkat dengan mendadak.

Faktor
1.Perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah.
a.tanah-tanah awam diusahakan oleh orang awam untuk aktiviti pertanian/penternakan.
b.pertambahan penduduk memerlukan hasil pertanian menyebabkan peningkatan hasil pertanian/keluaran secara besaran/ladang.
c. tuan tanah berjaya mendapatkan kelulusan parlimen memagar tanah awam. Ini membolehkan kawasan yang luas untuk penanaman secara besar-besaran.
d. rakyat biasa yang dahulunya bergantung kepada tanah awam kehilangan sumber pendapatan.
e. petani yang hilang pekerjaan telah diserapkan ke ladang-ladang sebagai buruh. Apabila berlaku revolusi perindustrian berhijrah ke bandar untuk menjadi buruh kilang.

2.Penggunaan kaedah @ teknik saintifik

a. kaedah penanaman sebelum revolusi pertanian sangat rumit, membebankan serta memakan masa yang panjang.

b. Townshead telah memperkenalkan sistem penanaman bergilir dan tanaman baru seperti turnip dan ubi kentang.
c. Antara ciptaan alat pertanian dihasilkan seperti mesin menyemai benih, bajak berbentuk tiga segi (Rotterham) alat menuai, memukul, menumbuk bijirin dan lain-lain yang
semakin banyak dan baik. Ciptaan ini telah mengurangkan
penggunaan tenaga haiwan dan manusia.

3. Pertanian Komersial

a. peningkatan hasil pertanian dan penternakan telah menyebabkan berlakunya
lebihan pengeluaran.

b. lebihan pengeluaran ini diperdagangkan dan dieksport ke luar negara bagi
mendapatkan keuntungan.

c. perdagangan komersial memerlukan teknik pemasaran menarik. Dengan
itu teknik pemasaran yang baik telah dibuat oleh usahawan/syarikat untuk
memenuhi cita rasa pengguna.

d. kaedah pemasaran yang baik merupakan faktor yang merangsang ke arah
pengeluaran hasil-hasil pertanian dan penternakan secara besaran semasa
revolusi pertanian.

e. kejayaan revolusi pertanian Britian telah menyediakan asas yang kukuh
kepada perkembangan revolusi perindustrian kemudiannya.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN


Maksud Pertukaran kegiatan ekonomi yang bergantung kepada tenaga manusia kepada sesuatu yang dibuat oleh misen.


Faktor a. Peladang yang kaya hasil daripada revolusi
Pertanian melaburkan lebihan modal mereka dalam
bidang pertanian.

b. Revolusi pertanian menyediakan bahan makanan
untuk menampung permintaan dan keperluan para
pekerja kilang yang kian meningkat.
c. Rekaan dalam bidang sains dan teknologi serta
semangat kegiatan keusahawan.
- Flying shuttle (John Kay)
- Spinning Jenny (James Hargreaves)
- injin berkuasa wap (James Watt)


Perubahan a. Industri desa kepada perkilangan
- penciptaan mesin/hasil keluaran besar
menyebabkan lebihan hasil diperdagangkan.

b. Pengkhususan pengeluaran
- keperluan kepada pelaburan modal yang tinggi
untuk pembelian mesin menggalakkan
pengkhususan dalam satu bidang sahaja.
Ini membawa kepada peningkatan hasil.

c. Penggunaan teknologi
- sebelum teknologi baru diperkenalkan,
pengeluaran dikendalikan dengan tenaga manusia,
binatang atau air.
- apabila mesin berkuasa wap digunakan, barang
dapat dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak
dan kos pengeluaran lebih murah.
Hasil pengeluaran mudah dipasarkan termasuk
pasaran antarabangsa.



















Kesan revolusi pertanian dan revolusi perindustrian













































IMPERIALISME BARAT DI ASIA.

o Takrif imperialisme : penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lemah.
o Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan politik dan ekonomi.
o Kegiatan eksploitasi ini berlaku dengan rancaknya selepas Revolusi Perindustrian di Eropah
o Kesan pengksploitasi ialah ekonomi negara yang dijajah diubah oleh penjajah supaya secocok dengan keperluan perindustrian mereka.
o Penjajah mahu mendapatkan bahan mentah yang sesuai dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan daripada tanah jajahan.
o Untuk mencapai matlamat ini, struktur ekonomi tanah jajahan diubah bagi menghasilkan bahan mentah secara komersial.
o Penjajahan pada zaman Revolusi Perindustrian pernah diistilahkan sebagai Imperialisme Baru.



FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KUASA BARAT DATANG KE ASIA.

o Pasaran.
o Selain untuk mendapatkan bahan mentah, penjajahan juga untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri masing-masing.
o Britain mendahului negara barat lain menjajah Asia kerana Britain merupakan kuasa maritim dan negara perindustrian terulung masa itu.
o Britain juga menghadapi saingan daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat yang melindungi industri mereka dengan peraturan tarif masing-masing sejak 1830.
o Britain terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika kerana peraturan tarif tersebut

Pengangkutan
o Kewujudan jalan keretapi dan ciptaan kapal wap telah memudahkan perhubungan dan mempercepatkan perjalanan


Penyebaran Tamadun dan Agama Kristian.
o Orang Eropah menganggap tugas menyebarkan tamadun sebagai suatu tanggung jawab
o Antara slogan yang digunakan :
• Inggeris – the white man’s burden ( beban orang putih )
• Perancis – mission civilisatrice ( tugas menyebarkan tamadun )
• Jerman - tugas menyebarkan budaya
• Amerika – the blessings of the Anglo Saxon protection.
o Dari segi politik, pemilikan tanah jajahan menjadi simbol status negara penjajah.
o Semakin banyak tanah jajahan, semakin kuat negara itu.

KESAN KESAN IMPERALISME TERHADAP ASIA TENGGARA.

Kesan Politik.
o Perubahan sistem pemerintahan dan pentadbiran Asia Tenggara
o Pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari Barat.
o Perundangan peribumi ditukar dan diubah suai menyerupai undang-undang Barat.
o Kepulauan Melayu dipecah perintah akibat kedatangan kuasa barat iaitu :
• Britain di Tanah Melayu
• Belanda di Indonesia
• Perancis di Indo China ( Laos, Vietnam dan Kemboja )
• Amerika di Filipina.

Kesan Ekonomi.
o Ekonomi pribumi distrukturkan untuk memberi manfaat kepada ekonomi negara metropolitan.
o Contoh, getah dan bijih timah di Tanah Melayu dikomersialkan untuk memastikan bekalan industri di Britain.

Kesan Sosial.
o Pendidikan Inggeris telah diperkenalkan tetapi tidak disebarkan.
o Terhad di bandar dan dikhususkan untuk pendidikan asas dan melatih pentadbir rendah untuk keperluan pentadbiran British.
o Kemasukan buruh dari luar untuk menjadi pekerja ekonomi komersial penjajah.
Kesannya, perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di negara yang dijajah oleh kuasa Barat.

No comments:

Post a Comment