Sunday, August 5, 2012

PEMBENTUKAN MALAYSIA

a) Huraikan sebab-sebab pembentukan Malaysia (8 markah) Faktor pertama ialah sebab keselamatan. Lee Kuan Yew bimbang ancaman komunis di Singapura yang boleh mengancam kedudukannya. Ini kerana Barisan Sosialis telah memenangi pilihanraya kecil Hong Lim yang dianggap sebagai parti yang berhaluan kiri. Bagi Lee Kuan Yew, pembentukan Malaysia penting kerana Tanah Melayu mempunyai pengalaman dalam menghadapi komunis semasa darurat. Selain itu, pembentukan Malaysia juga akan mempercepatkan kemerdekaan beberapa buah wilayah seperti Singapura, Sabah dan Sarawak. Dalam perhimpunan agung PBB, timbul usul agar diberi kemerdekaan kepada tenaga di tanah jajahan. Lagipun, pembentukan Malaysia juga akan mewujudkan satu kawasan pasaran yang lebih luas kerana Tanah Melayu kaya dengan dengan getah dan bijih timah, Sabah kaya dengan balak dan Brunei kaya dengan petroleum. b) Terangkan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia. (8 markah) Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan idea pembetukan Malaysia dalam majlis makan tengah hari di Singapura. Selepas itu, Tunku telah melawat Sarawak, Sabah dan Brunei untuk menerangkan matlamat penubuhan Malaysia. Rundingan telah dilakukan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British dari Sabah, Sarawak dan Singapura. Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di Singapura yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. JPPK berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia. JPPK juga menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia di samping turut mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali di Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Singapura. Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan yang disertai oleh dua orang tokoh tempatan seperti Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee bertujuan meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Hasilnya, satu pertiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat, satu pertiga menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi dan satu pertiga lagi inginkan kemerdekaan terlebih dahulu. Gagasan Malaysia ini ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina . c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara generasi muda boleh mengekalkan kemerdekaan negara kita? (4 markah) Generasi muda perlu belajar bersungguh-sungguh serta mendalami ilmu ICT di samping terus mengekalkan keamanan negara. Kita juga perlu menghormati budaya kaum lain

No comments:

Post a Comment