Tuesday, August 21, 2012

BAB 10 TINGKATAN 4

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA. Pengenalan.  Tanah Melayu awalnya dikenali sebagai Suvarnabhumi ( Bumi Emas ).  Perubahan ekonomi di Eropah telah mendorong kuasa Eropah seperti Perancis, Britain dan Jerman bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri mereka.  Pertapakan kuasa-kuasa ini telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial.  British mulai bertapak di Tanah Melayu pada 1786 di Pulau Pinang, 1819 di Singapura dan 1824 di Melaka. EKONOMI TRADISIONAL. PENGERTIAN • Dikenali sebagai ekonomi sara diri • Merujuk aktiviti ekonomi yang tidak menghasilkan lebihan lebihan produk untuk tujuan pemasaran. • Ekonomi untuk memenuhi keperluan sendiri CIRI-CIRI • kegiatan: melombong bijih timah, menanam padi ,memungut hasil hutan, menternak binatang, menangkap ikan • berskala kecil • teknologi mudah • kegunaan keluarga • lebihan untuk tukaran barangan lain • dilakukan bersama ahli keluarga EKONOMI DAGANGAN. PENGERTIAN  Merujuk kepada kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran.  Pengeluaran o dalam skala besar o tenaga buruh yang banyak o modal besar o teknologi tinggi o pemasaran yang luas.  Sebelum kedatangan British, orang Melayu telah pasarkan hasil bijih ke China, India dan Jepun.  Bijih juga digunakan oleh orang Melayu untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alat muzik seperti gong.  Sebelum abad ke-19, lombong bijih timah dimiliki oleh pembesar Melayu seperti Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan dikerjakan oleh buruh tempatan.  Kaedah perlombongan : mendulang.  Kedatangan British menyebabkan terbentuknya dwiekonomi iaitu dua bentuk ekonomi serentak iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan ( komersial ).  Penumpuan aktiviti ekonomi di pantai barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri pantai timur.  Kewujudan permintaan biojih timah yang besar menyebabkan keuntungan hasil perlombongan dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.  Buruh dari China dibawa untuk memenuhi keperluan perlombongan dan pertanian yang berkembang pada abad ke 19. SISTEM PERTANIAN KOMERSIAL.  British menekankan sektor pertanian berasaskan eksport kerana pertanian komersial merupakan penyumbang utama sumber pendapatan British di Tanah Melayu.  Tanaman komersial yang digalakkan ialah : o Ubi kayu o Tebu o Lada hitam o Gambir o Tembakau o Kopi  Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar, penanaman lada hitam dan gambir di Johor dilaksanakan melalui Sistem Kangcu.  Pemodal Eropah dan China banyak menumpukan kepada pertanian komersial.  Mereka dapat menguasai pertanian komersial ini kerana : o Mempunyai modal o Mempunyai teknologi tinggi o Mendapat konsesi tanah yang luas o Mendapat tempoh pajakan yang lama.  Masyarakat Melayu sebaliknya masih terikat dengan pertanian sara diri.  Pada abad ke 19, British hanya menumpukan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal China mengusahakan lada hitam, gambir dan ubi kayu.  Abad ke 20, pemodal British mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport. PERUSAHAAN GETAH.  Revolusi Industri telah meningkatkan permintaan getah terutamanya untuk perusahaan automobil.  Bagi memenuhi permintaan getah, British memperkenalkan tanaman getah sebagai tanaman komersial di Tanah Melayu.  Usaha memperkembangkan perusahaan getah dijalankan oleh H.N.Ridley.  Ridley selain mengagihkan benih getah secara percuma telah menemui cara menoreh secara sistem ibidem ( tulang ikan ) yang tidak merosakkan pokok.  Perkembangan industri pembuatan barangan penggunaan seperti kasut, tayar basikal dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah.  Kesannya, harga getah melambung tinggi dan perusahaan ini menjadi perusahaan terpenting di Tanah Melayu.  Kemasukan modal asing melalui syarikat perwakilan di Tanah Melayu juga membantu perkembangan perusahaan ini dan pembukaan ladang-ladang baru.  Perluasan kawasan tanaman juga ada kaitan dengan dasar British yang memberi galakan dan sokongan kepada pemodal asing.  Antara dasar British : o Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yang rendah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah. o Membina infrastruktur seperti jalan raya dan jalan keretapi untuk menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran. o Untuk mengatasui kekurangan buruh, British membawa masuk pekerja asing terutamanya dari Selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.  Industri Getah mengalami kemerosotan semasa Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia.  Rancangan Stevenson telah diperkenalkan untuk mengatasi kejatuhan harga getah secara berterusan.  Prinsip asas rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar dan dikuatkuasakan antara November 1922 hingga Oktober 1928. INDUSTRI PERLOMBONGAN  Tanah Melayu sangat kaya dengan bahan galian sehingga di gelar Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas oleh pedagang India.  Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah melayu sejak abad ke 9 lagi.  Perusahaan bijih timah mendapat perhatian dari British kerana ia mendatangkan keuntungan lantaran permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa.  Penglibatan pengusaha dari China berlaku secara nyata mulai abad ke 19.  Pada peringkat awal kedatangan mereka, pembesar Melayu mengawal dan memantau sepenuhnya kegiatan mereka.  Penguasaan pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah dapat dilihat melalui aspek : o Pengusaha dari China mesti mendapatkan kebenaran pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan o Pembesar Melayu akan memastikan bijih timah yang dilombong dijual semula kepada mereka . o Harga timah akan ditentukan oleh pembesar Melayu sendiri.  Penguasaan orang Melayu terhadap perlombongan bijih timah berubah apabila pemodal Eropah mulai menguasai sektor ini.  Awal abad ke 20, industri perlombongan mulai dikuasai pelombong dari Eropah.  Pemodal Eropah dapat menyaingi pengusaha Cina kerana : o Kemampuan menyediakan modal untuk teknologi tinggi iaitu kapal korek o Perlombongan secara besar-besar menggunakan kapal korek. o Perlombongan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal. o Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan kolonial di semua peringkat sektor ini.  Terdapat pembesar Melayu yang memajakkan lombong mereka kepada saudagar-saudagar China dari Negeri Selat kerana kekurangan modal.  Faktor penguasaan pemodal China dalam sektor perlombongan bijih timah pada abad ke 20 merosot adalah akibat pengenalan kapal korek. PENGGUNAAN TENAGA BURUH LUAR.  Kepesatan pembangunan pertanian dan perlombongan oleh kolonial British menyebabkan berlakunya kekurangan tenaga buruh tempatan untuk aktiviti ekonomi di Tanah Melayu.  British membawa masuk buruh dari China dan India untuk bekerja di sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah.  Faktor penghijrahan buruh China dan India ke Tanah Melayu : o Galakan British o Tiadanya tentangan dari orang Melayu o Wujudnya hubungan tradisi antara orang India dengan Tanah Melayu o Kemakmuran Tanah Melayu dalam sektor ekonomi membuka peluang pekerjaan Kemasukan Buruh dari China.  Kemasukan melalui beberapa cara iaitu : o Sistem tiket kredit o Sistem pengambilan kakitangan o Sistem pengambilan rumah kongsi  Sistem Tiket Kredit o Bakal imigran dikumpulkan dari kampung-kampung di China oleh kheh thau ( ketua) sebelum dibawa ke pelabuhan. o Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa. o Bakal imigran dikenali sebagai sin kheh ( imigran miskin yang tidak mampu membiayai perjalanan mereka ke Tanah Melayu ) o Sin kheh diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang telah mendapat bayaran daripada bakal majikan imigran. o Sin kheh membuat perjanjian lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan mereka dalam suatu tempoh tertentu. o Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan :  Pelabuhan yang akan dituju.  Keterangan sama ada Sin kheh bebas atau berhutang. o Sin kheh akan diambil oleh pemborong buruh apabila sampai ke pelabuhan o Pemborong buruh akan mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu  Mac 1872, British mewujudkan jawatan pelindung buruh dari China untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China  30 Jun 1914, sistem ini digantikan dengan sistem pengambilan kakitangan atau sistem pengambilan rumah kongsi.  Sistem Pengambilan Kakitangan o Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh. o Tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan o Pegawai tersebut perlu mengiringi buruh tersebut sehingga sampai ke tempat majikannya.  Sistem Pengambilan Rumah Kongsi. o Pengambilan buruh akan dilakukan oleh pegawai di China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. o Perbelanjaan buruh tersebut sehingga sampai ke Tanah Melayu akan dibiayai oleh pegawai tersebut. o Apabila buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh akan dibayar dengan bayaran tertentu yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawa.  Charles Brooke kemudiannya telah mengubah cara pengambilan buruh China dengan mengadakan tajaan melalui syarikatnya di Singapura.  Di Sarawak, kemasukan imigran berketurunan Foochow secara berkumpulan terlaksana berikutan persetujuan antara ketua Foochow di Sibu, Wong Nai Siong dengan Charles Brooke.  Buruh Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam. KEMASUKAN BURUH DARI INDIA.  Kemasukan buruh dari India melalui beberapa cara : o Sistem buruh bebas / merdeka o Sistem kontrak o Sistem kangani  Sistem Buruh Bebas / Merdeka o Datang sendiri dengan biayaan masing-masing o Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu o Mereka bebas melilih tempat atau pekerjaan yang dikehendaki di Tanah Melayu.  Sistem kontrak o Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu. o Sebagai balasan buruh akan bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu (1 - 3 tahun) dengan bayaran paling minima ( 9 – 13 sen sehari ). o Sistem kontrak digantikan dengan sistem kangani dengan berkuatkuasanya Undang-Undang Tabung Imigresen India , 1907 kerana ia dianggap satu bentuk perhambaan tidak ketara .  Sistem Kangani o Kangani bermaksud ketua, tandil atau mandur. o Kangani yang dipercayai oleh majikan akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh. o Akangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perjalanan buruh tersebut ke Tanah Melayu. o 1938, sistem ini diharamkan kerana wujudnya penyelewengan oleh kangani sendiri. INSTITUSI KEWANGAN DAN INSURANS.  Masyarakat Melayu telah menggunakan sistem mata wang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka untuk tujuan melicinkan urusan perdagangan.  Selain mata wang emas, perak dan timah yang digunakan di Melaka, pelbagai mata wang primitif lain digunakan di Tanah Melayu seperti : o Dinar emas di Kelantan o Wang dan kupang emas di Terengganu o Jongkong tampang di Pahang  Pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang asing di Tanah Melayu.  Mata wang perak Sepanyol diperkenalkan pada 1580  1897, Kerajaan British menubuhkan sebuah pesuruhjaya iaitu Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri Selat di bawah Ordinan XIII.  Pengenalan wang kertas ini menyebabkan wang kerajaan Melayu semakin terhapus.  Untuk mempercepatkan dan melicinkan urusan kewangan, pihak penjajah telah menubuhkan institusi kewangan atau bank.  Ia bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur.  Sistem pinjaman yang diperkenalkan telah memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.  Penubuhan bank turut memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi.  Dana dari luar juga dapat disalurkan ke Tanah Melayu dengan lebih cepat dan mudah.  Bank juga dapat bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimpot dan menjadikan perniagaan antarabangsa lebih licin.  Bank pertama di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank, pada 1859.  Bank Eropah lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan bank melalui orang tengah atau komprador.  Komprador ialah ahli masyarakat tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank menjadi penaja kepada peminjam.  Awal abad 20, pemodal tempatan mengambil inisiatif menubuhkan bank sendiri.  Kwong Yik Bank adalah bank tempatan pertama, diikuti oleh Bank of Malaya, Ban Hin Lee Bank.  Bank perdagangan di Sarawak adalah seperti Kwong Lee Bank dan Sarawak Chinese Banking Corporation Limited.  Orang Melayu menubuhkan Malay National Banking Corporation Bhd tetapi tidak bertahan lama. Perkhidmatan Insurans.  Perkhidmatan insurans juga telah meningkatkan kegiatan perdagangan antarabangsa.  Antara insurans yang penting ialah : o insurans maritim / kelautan o insurans kebakaran o insurans harta o insurans perniagaan dan kemalangan o insurans nyawa  Keperluan perkhidmatan insurans maritin berkait dengan peningkatan pengangkutan laut dalam sektor perdagangan.  Insurans maritim untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang.  Insurans kebakaran wujud kerana sering berlaku kebakaran seperti kebakaran pada 1881 yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar Kuala Lumpur.  Di peringkat awal , syarikat insurans di Tanah Melayu adalah cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.  Akhir abad ke 19, barulah muncul syarikat insurans yang berpusat di Singapura dan Pulau Pinang seperti Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited.  Pada 1917, insurans nyawa telah diasingkan daripada insurans kebakaran.  1948, enakmen enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa. DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN.  British telah memperkenalkan dasar-dasar yang secara tidak langsung meninggalkan kesan positif kepada orang Melayu.  Orang Melayu telah diperkenalkan dengan tanaman baru yang mendapat pasaran yang amat baik pada peringkat antarabangsa seperti kopi, tembakau dan getah.  British juga telah mengkomersialkan beberapa tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.  Untuk meneruskan penguasaan British trhadap ekonomi, undang-undang berkaitan pemilikan tanah turut diperkenalkan .  Tujuannya ialah untuk melindungi orang Melayu dan mengelakkan tanah milik Melayu daripada diceroboh oleh pemodal dan pelabur asing. UNDANG-UNDANG BERHUBUNG TANAH.  Sebelum kedatangan British, pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama kerana : o Wujud kawasan yang luas o Kepadatan penduduk yang rendah  Hal yang berkaitan dengan tanah seperti cukai dan aktiviti ekonomi mestilah mendapat kebenaran pembesar Melayu  Tanah merupakan sumber dan tunggak kuasa politik serta mencrminkan kedudukan sosial pembesar Melayu.  Undang-undang adat : tanah yang diteroka dan diusahakan oleh sesorang akan menjadi miliknya dan boleh diwarisi generasi seterusnya.  Sistem pemilikan dan corak penggunaan tanah masyarakat Melayu tidak sesuai dengan keadaan di Barat.  Ini adalah kerana pemilikan tanah tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna yang mencatatkan pemiliknya.  Bagi British, rekod bertulis penting kerana : o Dapat menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah. o Memudahkan urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urus niaga iaitu pajakan, sewa beli, penjualan dan pembelian. o Mengikut konsep barat, tanah boleh dicagarkan untuk mendapatkan modal.  British telah memperkenalkan undang-undang tanah berteraskan konsep barat bagi memudahkan kerja pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi.  Undang-undang tanah barat yang pertama di perkenalkan ialah Peraturan Tanah Perak 1879 diikuti Kanun Tanah Selangor 1891 dan Peraturan Tanah Sungai Ujong, 1887.  Sebelum pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, setiap negeri mempunyai sistem tanahnya sendiri yang dikendalikan oleh Residen.  Pada tahun 1897, Enakmen Tanah Persekutuan yang berasaskan Sistem Torrens ( dijalankan di Australia ) telah diperkenalkan untuk menyelaras dan menyeragamkan perundangan tanah di Negeri- Negeri Melayu.  British membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan.  Kadar cukai bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan. Kesan Pengenalan Undang-Undang Tanah  Individu atau syarikat yang ingin mengusahakan sesuatu tanah perlu membuat permohonan daripada Pejabat Tanah dan bukan lagi daripada pembesar Melayu.  Orang Melayu perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah, damar dan rotan.  Undang undang Tanah memberi kuasa kepada Residen negeri menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.  Residen mengambil kira aspek modal, teknologi dan bilangan tenaga manusia dalam membuat keputusan permohonan tanah untuk aktiviti ekonomi.  Dasar British juga membawa kepada pengenalan ekonomi wang dikalangan masyarakat Melayu terutamanya untuk urusan pembayaran cukai hasil hutan, jual beli, sewa tanah, membeli barang keperluan dan perkhidmatan.  Penggunaan wang menyebabkan masyarakat Melayu di luar bandar kehilangan tanah mereka di tangan orang tengah yang menjadi peminjam wang kepada mereka.  25.11.1913, Majlis Mesyuarat Persekutuan telah meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu dengan tujuan : o menjamin kelangsungan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu o mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.  Akta ini membolehkan Residen mengisytiharkan mana-mana kawasan milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu. ( TSM ) dan mengelakkan ia dijual atau ditukar milik kepada bukan Melayu.  Hakikatnya, TSM adalah untuk melindungi ekonomi British. Buktinya: o Tanaman komersial tidak dibenarkan di TSM o Kebanyakkan kawasan TSM tidak subur o Walaupun besar tetapi tidak sesuai untuk ekonomi perladangan  Di Sarawak, Land Order, 1931 telah diperkenalkan untuk melindungi tanah pribumi dan milik komuniti daripada diceroboh oleh pengusaha dari China.  1933, Land Settlement diperkenalkan untuk memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat pribumi. Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan.  Tujuannya untuk mengelakkan berlakunya pemajakan, pemecahan dan penjualan kepada orang asing.  Berdasarkan undang undang 1931 dan 1933, Land Order 1948 telah diperkenalkan.  Land Order 1948 bahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan iaitu : o Kawasan tanah campuran o Kawasan tanah simpanan o Kawasan tanah pedalaman  Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak di kawasan tanah campuran sahaja.  Di Sabah, Proklamasi III, Perlindungan Hak Pribumi yang melindungi kepentingan pribumi telah diwartakan oleh British pada tahun 1889  Peraturan ini menetapkan : o Kepentingan hak milik tanah pribumi adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah. o Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua pribumi o Penduduk pribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing. Dasar British Terhadap Pekebun Kecil.  Kebanyakan pekebun kecil adalah orang Melayu.  British berusaha mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani.  Enakmen Tanah Padi 1917 telah diperkenalkan untuk melarang penanaman getah di kawasan padi.  Tujuannya ialah untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah dikalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah.  Premium untuk pembukaan tanah baru untuk menanam getah dinaikkan.  Pembukaan tanah baru untuk tanaman getah dilarang sama sekali pada tahun 1930an  Di peringkat awal, penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah secara kecil-kecilan tidak membimbangkan pengusaha Eropah dan kerajaan British.  Kemerosotan harga getah pada tahun 1930an menyebabkan British mula meliandungi pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi Sekatan Stevenson 1922.  Prinsip asas rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.  Dikuatkuasakan dari November 1922 hingga Oktober 1928.  1934, dilaksanakan pula Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.  Pekebun kecil diberi kuota yang rendah dan ditekan kerana British melihat golongan ini sebagai ancaman kepada pengusaha ladang.  Usaha usaha lain untuk meningkatkan harga getah oleh British turut memberikan kesan negatif kepada pekebun pekebun kecil.  Orang Melayu tidak mahu menanam padi kerana pulangan yang lebih lumayan dengan penanaman getah.  Kesannya, Tanah Melayu bergantung kepada pengimportan beras dari luar negara seperti Thailand, Myanmar dan Indo-China.  Untuk mengelakkan pergantungan bekalan beras dari luar, British bukan sahaja memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 dan TSM tetapi juga telah menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air untuk memperbaiki sistem perparitan dan tali air dan membantu kegiatan penanaman padi.  Keutamaan British sewaktu menjajah Tanah Melayu ialah ekonomi penjajah dan ekonomi peladang atau kelas komprador manakala kepentingan orang Melayu dinafikan.  Insentif kewangan dan bantuan teknikal tidak diberikan kepada pekebun kecil menyebabkan mereka jauh ketinggalan dari segi modal dan teknik baru. KESAN KESAN DASAR EKONOMI. Perbandaran  Makna : perubahan dari pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya.  Proses perbandaran berlaku kerana perkembangan pesat ekonomi terutamanya di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi dan di pusat kegiatan ekonomi penjajah.  Pekan berhampiran kawasan lombong biasanya akan: o Mengalami pertambahan penduduk o Berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong o Menjadi pusat mendapatkan barang keperluan pelombong.  Perusahaan perlombongan akan menambah fungsi bandar. Pekan menjadi bandar seterusnya menjadi pusat pentadbiran, perbankan dan sebagainya.  Kuala Lumpur dan Seremban adalah contoh bandar yang muncul hasil perusahaan bijih timah manakala Miri, muncul hasil perlombongan petroleum.  Bandar baru berfungsi sebagai pusat perniagaan, pusat pentadbiran yang lengkap dengan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, pusat kesihatan dan institusi kewangan.  Kebanyakkan penduduk bandar adalah orang China. Melayu di kawasan perkampungan dan India di ladang getah.  Perkembangan sistem pengangkutan dan pertanian komersial turut mempengaruhi kewujudan bandar bandar.  Kuala Lumpur misalnya berkembang kerana kedudukan strategiknya.  Ia menjadi penghubung beberapa bandar dan kawasan lain dengan wujudnya jalinan jalan raya dan jalan keretapi utama.  Peningkatan pengeluaran bijih timah dan getah menjadikan pelabuhan Kelang, Melaka dan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan  Kuching muncul sebagai pusata pengumpulan gambir dan lada hitam sejak 1840 an.  Kesimpulan : pembinaan infrastruktur ditumpukan di kawasan yang boleh memberi keuntungan kepada ekonomi British sahaja. Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum.  Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat ramai imigran dari China dan India ke Tanah Melayu.  Dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk menampung sumber tenaga turut menyumbang kepada peningkatan kedatangan imigran ke Tanah Melayu.  Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan petempatan dan jenis pekerjaan dibezakan mengikut kaum.  Orang Melayu bertani dan tinggal di kawasan luar bandar, India sebagai penoreh getah, tinggal di estet dan orang Cina, berniaga dan perlombongan serta tinggal di bandar.  Bahasa pertuturan yang digunakan juga berbeza antara satu sama lain. Sistem Pendidikan Vernakular.  Masyarakat berbilang bangsa telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.  Sistem pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.  Sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok.  Pendidikan Melayu tertumpu kepada membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum hakam agama dan kemahiran menulis, membaca dan mengira.  British tidak mempertingkatkan pendidikan ini malah sistem pendidikan Inggeris tidak dilaksanakan sepenuhnya.  Sekolah Vernakular Melayu yang pertama ditubuhkan selepas penjajahan British ialah di Telok Belanga ( 1856) seterusnya di Seberang Perai (1871 )  Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri Negeri Selat pada 1885  Sekolah Melayu hanya setakat peringkat sekolah rendah.  Kurikulumnya pula terbatas dan bersesuaian dengan matlamat British untuk menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya.  Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) bertujuan melatih guru sekolah Melayu merupakan satu satunya institusi lanjutan sekolah rendah bagi orang Melayu.  Kolej Melayu Kuala Kangsar pula ditubuhkan khusus untuk golongan elit Melayu. Pendidikan Tamil  Disediakan oleh kerajaan British di kawasan bandar  Pihak pengurusan ladang akan membiayai pengurusan sekolah Tamil di ladang.  Pendidikan Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda, 1912 di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara India.  Sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India. Juga menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Pendidikan China.  Sekolah China dibiayai oleh saudagar dari China seperti Sekolah Chung Hwa ( 1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai ( 1926) di Kuala Pilah.  Menggunakan dialek masing masing sebagai bahasa perantaraan. Guru, buku dan sukatan pelajaran dibawa dari China.  1920, British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina.  Semua aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cina dikawal oleh kerajaan British Pendidikan Inggeris.  Di peringkat awal, ia adalah usaha para mubaligh Kristian dan badan sukarela.  Sekolah Inggeris dianggap sekolah elit kerana: o Terletak di bandar o Pelajarnya adalah dari kalangan orang atasan  Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di England.  Universiti Malaya di Singapura adalah universiti awal yang ditubuhkan oleh British di Tanah Melayu. Sektor Perkilangan.  Sebelum abad ke 20, aktiviti ekonomi kerajaan British di Tanah Melayu tertumpu kepada pengeluaran bahan mentah.  Hampir semua barang perkilangan yang diperlukan diimport.  Ini memperlahankan perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu kerana wujud persaingan dengan barang perkilangan yang diimport.  Sektor prkilangan di Tanah Melayu telah dimajukan untuk keperluan eksport.  1923, Syarikat Shum Yip Leong mendirikan dua buah kilang menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke China.  Kilang Kasut Bata, syarikat Fung Keong, Kinta Rubber Works menghasilkan barangan berasaskan getah.  Syarikat United Engineers pula mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah.  Perusahaan lain ialah mengetin nenas di Johor oleh syarikat Perancis dan kemudiannya diambilalih oleh pengusaha China.  Kebanyakkan kilang diusahakan oleh orang asing. Orang Melayu terus tercicir. Sistem Pengangkutan dan Perhubungan.  Perkembangan pesat perlombongan dan pertanian turut menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu.  Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport.  Menjelang 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor telah mempunyai perkhidmatan keretapi.  Jalan keretapi menghubungkan Seberang Prai dengan Siam disiapkan pada 1918 dan 1931 jalan keretapi menghubungkan kwasan timur dengan sempadan Siam pula disiapkan.  1923, jalan keretapi Tanah Melayu disambung hingga ke Singapura.  Pembinaan jalan keretapi telah menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.  Di Johor , orang Eropah hanya melabur dalam penanaman getah selepas terdapatnya jalan keretapi.  Perkhidmatan keretapi bukan sahaja mempercepatkan perjalanan malah dapat membawa muatan yang banyak.  Pembinaan jalan raya pula menggantikan jalan denai dan kereta lembu untuk mengangkut bijih timah dan getah.  Pengenalan kenderaan bermotor pada 1902 menyebabkan penggunaan jalan raya bertambah.  Perkembangan pesat ekonomi turut memperkembangkan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara.  Ini membolehkan perhubungan dalam negeri dan antarabangsa dijalankan dengan lebih cekap dan cepat. Perkhidmatan Kesihatan.  Perkhidmatan kesihatan merupakan keperluan asas yang mendesak pada zaman penjajahan British.  Kemasukan imigran yang ramai menyebabkan kepadatan penduduk bertambah dan tidak diurus dengan baik.  Bekalan air bersih juga tidak mencukupi menyebabkan penyakit mudah merebak.  Untuk mengawal wabak penyakit British menubuhkan hospital serta pusat kesihatan.  Hospital terawal di bina di Taiping dan Kuala Lumpur pada tahun 1898.  Selain pusat kesihatan dan hospital, pusat kesihatan kecil turut dibina.  1913, hospital dibina di Sabah seperti di Jeselton, Sandakan, Kudat dan Tawau.  Di Sarawak, perkhidmatan kesihatan hanya tertumpu di Kuching. Selepas 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.  Ada juag hospital yang dibina hasil sumbangan orang ramai seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur yang memberi perkhidmatan khusus kepada pelombong bijih timah Cina.  Institut Penyelidikan Perubatan turut dibina pada 1900 untuk mengawal wabak penyakit.  Institut ini bertanggung jawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan yang patut diambil.  Sanitary Board telah ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk mengawas kebersihan dan kesihatan bandar. Ia kemudiannya ditubuhkan pula di Perak.  1911, Sanitary Board dipecahkan kepada dua bahagian: o Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar dijalankan oleh Sanitary Board. o Tanggungjawab aspek kesihatan diambil alih oleh Jabatan Kesihatan.

No comments:

Post a Comment