Wednesday, February 15, 2012

GERAKAN NASIONALISME DI THAILAND

Gerakan Nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara. (Buku Teks Ting. 5 hlm. 22)

... a. Apakah yang ditentang oleh para nasionalis pada tahap pertama ? 2m
i. Penguasaan politik oleh kerabat diraja
ii. Raja berkuasa mutlak / sistem raja berkuasa mutlak

b. Berikan satu sebab penubuhan Parti Rakyat pada tahun 1932 oleh Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibul Songram. 1m

i. Kelemahan sistem pentadbiran
ii. Sikap boros Raja Vajiravudh

c. Mengapakah gerakan nasionalisme tahap kedua berlaku di Thailand? 1m

Rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina .

d. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Phibul Songram semasa menjadi Perdana Menteri Thailand ? 3m

i. Meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan ekonomi oleh orang Cina
ii. Undang-undang untuk menyekat penguasaan ekonomi oleh orang Cina
iii. Membubarkan sekolah Cina dan akhbar Cina
iv. Menggalakkan penduduk peribumi melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
v. Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha
vi. Menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas

e. Apakah yang berlaku terhadap sistem raja di Thailand pada tahun 1932?
2m
i. Sistem raja berperlembagaan Barat diamalkan
ii. Sistem raja berkuasa mutlak digantikan

f. Mengapakah pemodenan pentadbiran oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn di Thailand penting ? 1m
Sebab ia merupakan antara faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan Thailand .

1 comment:

  1. salam .
    how to write for esay paper 2 bahagian B sejarah ? i want to know it .. b'coz i dont know how to write .. please help me for SPM this year! im needed ..

    ReplyDelete