Wednesday, February 15, 2012

BAB 1 TINGKATAN 4 ; TAMADUN HWANG HO

1 Tamadun Hwang Ho muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di sekitar Sg. Hwang Ho atau Sg. (Buku Teks Ting. 4 hlm. 29 - 33)
a.Apakah nama tapak petempatan awal penduduk Hwang Ho ? 1m
Tapak Banpo ( berdekatan bandar Sian moden )

b.Nyatakan tiga aktiviti penduduk kawasan Hwang Ho. 3m
i.Pertanian
ii.Penternakan binatang
iii.Mengumpul hasil hutan
iv. Memburu
c.Mengapakah kalendar penting kepada masyarakat tamadun Hwang Ho? 2m
i.Raja menggunakannya untuk menentukan musim menanam
ii.Raja menggunakannya untuk menentukan musim menuai
iii.Untuk menjalankan aktiviti harian spt. upacara perkahwinan, perburuan dan pengkebumian.
d.Bagaimanakah para pembesar membalas budi raja-raja Dinasti Chou?
2m
i.Pembesar dikehendaki melindungi raja
ii.Pembesar dikehendaki memberi bantuan tentera pada masa perang
iii.Pembesar dikehendaki memberi taat setia kepada raja
e. Pada pendapat anda mengapakah karya Sun Tzu iaitu The Art Of War popular sehingga kini ? 1m
Falsafah dalam buku tersebut digunakan sebagai taktik dalam urusan perniagaan

f.Mengapakah masyarakat tamadun Hwang Ho percaya yang kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan/syurga? 1m
Sebab masyarakat Hwang Ho percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan makmur dan sejahtera.
Sebab pemerintahan yang baik mendapat restu daripada tuhan .

No comments:

Post a Comment