Tuesday, October 23, 2012

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

a.Nyatakan isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalam membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. (5 markah) Isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid ialah pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat. Mereka juga mengambil kira tentang pemberian kuasa autonomi kepada negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, isu kedudukan raja-raja Melayu serta hak istimewa orang Melayu turut mendapat perhatian utama. Selain itu, isu agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan turut diutamakan. Malah, isu kewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan kerakyatan jus soli turut diberi perhatian. b.Jelaskan isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. (10 markah) Antara isi-isi penting ialah pembentukan sebuah kerajaan persekutuan iaitu pemisahan kuasa persekutuan dengan kuasa negeri. Dengan itu, diwujudkan kuasa persekutuan dengan kuasa negeri, iaitu terdapat senarai persekutuan dan senarai negeri pada peringkat negeri dan Negara. Selain itu, institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan manakala diwujudkan tiga jenis kerakyatan, iaitu secara kuat kuasa undang-undang, secara permohonan dan naturalisasi. Prinsip jus soli telah diterima. Di samping itu, kedudukan istimewa orang Melayu tetap dikekalkan manakala agama Islam dijadikan agama rasmi persekutuan. Tanah Simpanan Melayu terus dikekalkan dan Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan negara. Yang Dipertuan Agung menjadi ketua negara dan pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen, iaitu terdapat Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang terletak di bawah kuasa parlimen. Di peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri yang dibantu oleh EXCO.

No comments:

Post a Comment