Tuesday, October 23, 2012

HIJRAH

a.Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah?(4 markah) Hijrah bermaksud berpindah. Dalam pengertian tamadun Islam, hijrah bererti perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah bertujuan mengukuhkan kedudukan Islam. Hijrah juga membawa maksud semangat ingin berubah sikap, dan cara berfikir di samping sebagai strategi baru menyebarkan Islam. b.Berikan hujah untuk menolak dakwaan orientalis Barat yang menuduh hijrah sebagai suatu pelarian. (4 markah) Penghijrahan umat Islam kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam perjanjian Aqabah Kedua. kedua, ketibaan umat Islam Makkah ke Madinah juga disambut dengan rela dan meriahnya oleh penduduk Madinah. Ketiga, orang Islam Makkah diberi tempat tinggal yang sewajarnya dan dijamin keselamatan mereka. Keempat, nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin Madinah. Malah penghijrahan itu adalah atas perintah Allah. . c.Jelaskan kepentingan hijrah terhadap perkembangan Islam. (8 markah) Melalui hijrah, dakwah Islamiah dapat dilakukan secara aman dan dilakukan secara terbuka tanpa berselindung lagi. Dengan hijrah, terjalin hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan suku Arab Madinah. Nabi telah memberi gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah dan Ansar kepada orang Islam Madinah yang memberi bantuan. Lebih hebat lagi, mereka diberi modal berniaga, tempat tinggal dan jaminan keselamatan. Selain itu, hijrah juga telah menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Hijrah juga berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj sekaligus melahirkan kehidupan harmoni di Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah membina Masjid al-Nabawi yang menjadi tempat ibadat, belajar dan membincangkan masalah. Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w juga telah menukar nama Yathrib kepada Madinah yang bermaksud kota bercahaya. Ini telah menjadikan Madinah menjadi pusat tamadun Islam. Dengan hijrah juga wujud penggunaan takwim Islam mengikut kiraan tahun hijrah yang digunakan secara rasmi oleh Khalifah Umar. Yang lebih penting, hijrah telah merealisasikan penubuhan negara Islam Madinah di mana Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua negara. d.Sebagai pelajar, bagaimanakah hijrah dapat dijadikan amalan untuk meningkatkan kecemerlangan diri? (4 markah) Sebagai pelajar, kita perlu berhijrah daripada sifat malas kepada sifat rajin. Kita juga perlu strategi belajar yang berkesan dan terancang untuk mencipta kejayaan. Kita juga perlu membuang sifat nakal agar menjadi murid yang baik. Kita juga perlu belajar menepati masa dan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mencipta kejayaan.

1 comment: