Tuesday, November 1, 2011

TAJUK TERKINI RAMALAN 2012

1 Jadual berikut menerangkan tentang kewujudan tamadun Indus.

2500 S.M hingga
1800 S.M. Lembah Indus Membina bandar terancang

(a) Senaraikan dua bandar terancang yang terdapat dalam tamadun di atas.
(b) Nyatakan ciri-ciri bandar terancang yang terdapat dalam tamadun
tersebut.
(c) Mengapakah masyarakat manusia dalam tamadun itu berjaya membina
bandar terancang?
(d) Apakah faktor yang menyebabkan tamadun Indus runtuh?
(e) Pada pendapat anda, mengapakah bandar-bandar di negara kita perlu
dibangunkan secara terancang?


1(a)
F1 Mohenjo-Daro
F2 Harappa
F3 Lothal
F4 Sutkagen Dor
1 (b)

F1 Bandar terbahagi kepada dua bahagian
F2 Bandar dikelilingi tembok
F3 Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
F4 Mempunyai bangunan pentadbiran / tempat mandi awam / tempat penyimpanan hasil pertanian
F5 Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan
F6 Bandar disusun rapi dari sudut susun aturnya yang sistematik
F7 Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
F8 Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang Lurus dan bersambung antara satu sama lain
F9 Bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
F10 Jalan raya dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan
F11 Rumah mempunyai bilik mandi dan tandas
F12 Jalan raya yang lurus dibina

1 (c)

F1 Kemajuan dalam ilmu geometri
F2 Perkembangan ilmu pembinaan
F3 Kebolehan mengekspoitasi alam untuk memudahkan
kehidupan mereka / kreativiti masyarakat
F4 Kemajuan dalam ilmu kesenian
F5 Ada ilmu matematik
F6 Teknologi membina batu bata melalui pembakaran dengan
suhu yang tinggi
F7 Sifat keterbukaan masyarakat tamadun Indus
F8 Keamanan yang terdapat dalam tamadun Indus

1 (d)
F1 Serangan orang Aryan
F2 Bencana alam seperti banjir / kemarau / gempa bumi
1 (e)
F1 Melicinkan pentadbiran
F2 Mensejahterakan kehidupan masyarakat
F3 Memberi keselesaan kepada orang ramai
F4 Mengurangkan kesesakan
F5 Menambah baik kemudahan yang disediakan
F6 Mengurangkan pencemaran
F7 Mewujudkan bandar pintar
F8 Membina pola petempatan yang berkesan
F9 Membangunkan ekonomi negara
F10 Mengatasi masalah setinggan
F11 Menyelesaikan masalah banjir kilat
(Mana-mana jawapan munasabah)

2. Penyataan di bawah menerangkan tentang urusan hal berkaitan tanah di negara kita.
Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah dan
tatacara hak pemilikannya kemudian telah diubah di Tanah Melayu,
Sarawak dan Sabah.


(a)Nyatakan ciri-ciri undang-undang tanah yang terdapat di Tanah Melayu
sebelum kedatangan penjajah.

F1 Segala hal yang berkaitan tanah mesti mendapat kebenaran daripada pembesar Melayu
F2 Kadar cukai dan aktiviti ekonomi yang mahu diusahakan
mesti mendapat kebenaran pembesar Melayu
F3 Tanah merupakan sumber ekonomi pembesar Melayu
F4 Tanah merupakan tonggak kuasa politik pembesar Melayu
F5 Tanah mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu
F6 Menurut undangundang adat sesebuah kawasan menjadi milik seseorang yang membuka / meneroka /mengerjakannya
F7 Tanah tersebut boleh diwarisi oleh generasi yang seterusnya
(b)Mengapakah British memperkenalkan undang-undang tanah mengikut amalan Barat di negara kita?
F1 Melindungi orang Melayu
F2 Mengelakkan tanah orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal/ pelabur asing
F3 Menjadi elemen utama dalam ekonomi penjajah
F4 Menjadikan sistem pemilikan tanah mempunyai rekod
F5 Mengesahkan hak pemilikan ke atas tanah
F6 Memudahkan urusan pentadbiran tanah
F7 Membolehkan tanah dijadikan cagaran
F8 Membolehkan pembangunan ekonomi dijalankan
F9 Membolehkan Residen mempunyai kuasa ke atas tanah
F10 Membolehkan tanah dibahagikan mengikut kegunaan / nilai komersial
F11 Membolehkan tanah dipajak / sewa beli / penjualan/ pembelian
(c)Senaraikan dua undang-undang tanah yang telah diperkenalkan oleh penjajah British di negara kita.
F1 Peraturan Tanah Perak 1879
F2 Kanun Tanah Selangor 1891
F3 Peraturan Tanah Sungai Ujong 1887
F4 Enakmen Tanah Persekutuan 1897
F5Undang-undang Tanah Simpanan Melayu/ Akta Tanah Simpanan Melayu
F6 Land Order 1931
F7 Land Settlement Order 1933
F8 Land Order 1948
F9 Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi
(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan yang menimpa masyarakat peribumi akibat pengenalan undang-undang tanah oleh penjajah British?
F1 Untuk mengusahakan sesuatu kawasan perlu membuat permohonan Pejabat Tanah
F2 Tidak lagi perlu meendapatkan kebenaran pembesar
F3 Perlu mendapat kebenaran Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah / damar/ rotan
F4 Residen menentukan pemberian kawasan konsesi tanah
F5 Perkembangan ekonomi wang dalam kalangan masyarakat Melayu
F6 Perlu membayar cukai terhadap hasil hutan
F7 Perlu membayar cukai tanah di Pejabat Tanah
F8 Orang Melayu di luar bandar bergantung kepada orang tengah
F9 Kegiatan meminjam wang meluas dalam kalangan
masyarakat Melayu
F10 Ramai terpaksa menjual tanah mereka untuk melangsaikan hutang
Mana-mana jawapan yang munasabah
e)Isu tanah terbiar tanpa diusahakan sering diwar-warkan oleh media massa hari ini.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi
menangani masalah tersebut?
F1 Menjadikan kawasan terbiar kawasan rekreasi
F2 Menjadikannya kawasa perumahan
F3 Menjadikannya kawasan perindustrian
F4 Menggalakkan generasi muda terlibat dalam kegiatan
pertanian
F5 Memberi insentif menarik kepada mereka yang memajukan
tanah terbiar
F6 Mendenda tuan punya tanah terbiar
F7 Kerajaan merampas tanah-tanah terbiar
F8 Mempromosikan faedah memajukan tanah terbiar di media
massa
Mana-mana jawapan yang munasabah


3. Pernyataan di bawah berkaitan penjajahan Barat di Asia Tenggara.
Imperialis Barat telah menguasai Asia Tenggara sejak awal abad ke-16.

(a) Senaraikan kuasa Barat yang menjajah:
i) Indonesia: Belanda
ii) Filipina : Sepanyol, Ameriak Syarikat
b)Jelaskan perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah dalam sistem birokrasi di Asia Tenggara.
F1 Penubuhan kerajaan pusat
F2 Penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
F3 Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
F4 Pelaksanaan pentadbiran melalui biro/ jabatan
F5 Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
F6 Pengenalan undang-undang Barat
F7 Pelaksanaan sistem encomienda di Filipina
F8 PenubuhanDewan Tempatan di Indonesia
F9 Penubuhan Volksraad/ Majlis Rakyat
F10 Penubuhan majlis Perundangan di Burma
c)Apakah yang terjadi kepada pemimpin peribumi akibat perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah?

F1 Kemerosotan pengaruh golongan datu
F2 Pembesat tidak lagi boleh memungut cukai
F3 Dinasti Konbaung berakhir
F4 Institusi raja tersingkir
F5 Jawatan pembesar tradisional pada peringkat pusat terhapus
F6 Pengaruh golongan agama merosot
F7 Fungsi raja sebagai penaung agama Buddha di Burma diambil alih oleh undang-undang Barat
F8 Di Tanah melayu sultan hanya berkuasa dalam hal ehwalagama dan adat istiadat Melayu
F9 Pengaruh pembesar terhakis
d)Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sewajarnya diambil oleh pemimpin tempatan bagi menghadapi kedatangan kuasa Barat?

F1 Mendalami ilmu pengetahuan
F2 Berbaik-baik dengan semua kuasa barat yang datang
F3 Membuat perjanjian diplomatik dan persahabatan dengan kuasa Barat
F4 Mengadakan perdagangan yang adail dengan kuasa Barat yang datang
F5 Menyusun semula pentadbiran negara secara moden
F6 Mengambil penasihat-penasihat daripada negara Barat untuk memodenkan negeri
F7 Mengunakan perlembagaan baru yang moden
F8 Memberikan ilmu pengetahuan kepada rakyat
F9 Memodenkan bidang pertahanan
F10 Mengawasi tindak-tanduk kuasa Barat
F11 Menguatkan angkatan bersenjata
Mana-mana jawapan yang munasabah
e) Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, cadangkan dua langkah yang patut
dilaksanakan bagi mengekalkan kedaulatan negara daripada pencerobohan kuasa asing?

F1 Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi
F2 Perpaduan dalam kalangan rakyat
F3 Ekonomi negara perlu maju
F4 Kestabilan dalam negara perlu kukuh
F5 Imej negara perlu tinggi dalam kaca mata antarabangsa
F6 Menjalin persahabatan dengan semua negara tanpa
mengira ideologi
F7 Menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
F8 Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain
F9 Bersikap berkecuali
F10 Mengamalkan prinsip rantau aman, bebas dan berkecuali
F11 Menguatkan angkatan bersenjata
Mana-mana jawapan yang munasabah

4 Pernyataan di bawah berkaitan Wawasan 2020.

Idea Wawasan 2020 diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia
pada 28 Februari 1991.


(a) Siapakah nama Perdana Menteri yang mencetuskan idea tersebut?
F1 Tun Dr. Mahathir Mohamad
(b) Berikan maksud Wawasan 2020.
F1 Menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju
F2 Menggunakan acuan sendiri
F3 Setanding dengan negara maju yang lain
F4 Kemajuan yang diharapkan bukan hanya kemajuan dari segi fizikal semata-mata
F5 Kemajuan yang ingin dicapai ialah kemajuan bersepadu
(c)Senaraikan tiga cabaran yang terkandung dalam wawasan itu.
F1 Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
F2 Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
berkeyakinan
F3 Memupuk dan membina masyaraakat demokratik yang
matang
F4 Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
F5 Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan
bertoleransi
F6Membina masyarakat yang maju dan saintifik
F7 Mewujudkan masyarakat yang berjiwa penyayang
F8 Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya F9 Memupuk dan membina masyarakat makmur

(d)Berdasarkan pemerhatian anda, apakah kekangan yang terdapat dalam melaksanakan Wawasan 2020 itu?
F1 Masalah polarisasi kaum / perkauman
F2 Mewujudkan identiti Malaysia
F3 Menyemai perasaan Malaysia Boleh
F4 Masalah masyarakat yang berfikiran sempit / tidak terbuka F5 Menangkis gejala sosial dari Barat
F6 Masalah keruntuhan akhlak seperti buang bayi / bohsia /rempit / dadah /
F7 Masalah buta huruf
F8 Mewujudkan masalah celik ICT
F9 Mewujudkan budaya bersaing di peringkat global tapi akar bertunjangkan negara sendiri (glokal)
F10 Mewujudkan masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan
F11 Melahirkan budaya mencipta
F12 Menekankan kepentingan agama dalam kehidupan
F13 Masalah tidak menghormati generasi tua
F14 Masalah minda kelas ketiga
F15 Masalah merosakkan harta awam
F16 Mengagihkan kekayaan negara secara adil
F17 Meninggikan taraf hidup dan kualiti hidup rakyat
F18 Membasmi kemiskinan /kemiskinan sifar
F19 Meningkatkan pendapatan penduduk / negara
Mana-mana jawapan yang munasabah
(e) Sebagai pelajar yang bertanggungjawab, apakah peranan anda dalam merealisasikan Wawasan 2020?
F1 Menuntut ilmu pengetahuan
F2 Mendalami ilmu ICT
F3 Mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris
F4 Mempelajari pelbagai bahasa asing
F5 Mengamalkan perpaduan antara kaum
F6 Bersikap boleh bertolak ansur / tidak mementingkan diri
F7 Memiliki moral yang baik
F8 Mengamalkan sikap penyayang tanpa mengira kaum
F9 Menjauhi gejala tidak sihat / negatif
F10 Patuh kepada ajaran agama
F11 Menghormati nilai tradisi budaya bangsa
F12 Menerapkan semangat Malaysia boleh dalam diri
Mana-mana jawapan yang munasabah 1

3 comments:

  1. Hello, Semua orang (Pinjaman Tawaran)
    Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: anitacharlesloancompany@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
    kami menawarkan dari $ 1,000.00 kepada $ 25,000.000.00 juga memohon untuk maklumat lanjut

    {Lengkapkan borang pinjaman di bawah}
    Nama anda: ===========
    NEGARA: ===========
    NEGERI: ===========
    ALAMAT: ===========
    GENRE: ===========
    Jumlah yang diperlukan: ===========
    TEMPOH: ===========
    BILANGAN TELEFON: =========== =============
    Hubungi kami dengan email ini: anitacharlesloancompany@gmail.com
    Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
    Salam
    Puan Anita

    ReplyDelete