Tuesday, November 1, 2011

SOALAN ESEI RAMALAN TERKINI 2012

SOALAN ESEI
5 Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622 Masihi.
(a) Apakah yang anda faham dengan maksud hijrah.
F1 Berasal daripada perkataan Arab
F2 Bermakna berpindah
F3 Umumnya perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
F4 Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah
F5 Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan / kejahatan
F6 Semangat ingin berubah
F7 Perubahan berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap / cara berfikir / tingkah laku
(b) Jelaskan sebab hijrah terjadi.

F1 Untuk memperkukuhkan kedudukan Islam
F2 Strategi baru untuk menyebarkan Islam
F3 Untuk meneruskan dakwah Islamiah
F4 Kerana perintah Allah menerusi wahyu
F5 Surah al-Anfal
F6 Niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda
F7 Ancaman daripada orang Quraisy Makkah menjejaskan
aktiviti penyebaran Islam
F8 Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran
Islam
F9 Membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu
dan sempurna diwujudkan
F10 Disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah
F11 Salah satu syarat dalam Perjanjian Aqabah II
F12 Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang
berkaliber
F13 Jaminan keselamatan yang diberi oleh orang Arab Madinah

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh
diperoleh daripada peristiwa hijrah?

F1 Kita mesti sanggup berkorban demi mencapai kejayaan.
Sebagai contoh, Rasulullah meninggalkan kampung halaman
F2 Kita mesti berani berkata benar. Sebagai contoh, Rasulullah
menyebarkan agama Islam walaupun ditentang dan diancam
F3 Kita meesti menjadi bijak. Sebagai contoh, baginda
menggunakan jalan ke selatan untuk ke Madinah
F4 Kita mesti mempunyai kebolehan merancang. Sebagai
contoh, baginda tidak terus ke Madinah, sebaliknya
bersembunyi dahulu di Gua Thur
F5 Kita tidak boleh berputus asa. Sebagai contoh, baginda tidak
berputus asa mengubah tingkah laku masyarakat Quraisy
Makkah
F6 Kita mesti memandang mulia peranan kaum wanita. Sebagai
contoh, Asma’ binti Abu Bakar menghantar makanan dan
menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy
F7 Kita mesti sedia berbakti demi negara. Sebagai contoh,
Abdul Rahman bin Auf menyumbangkan hartanya untuk
umat Islam
F8 Kita mesti mengamalkan sikap berkasih sayang sesama
insan. Sebagai contoh, Ali bin Abu Talib sanggup
mengambil tempat tidur Nabi Muhammad kerana kasih
dan sayangnya terhadap Nabi
F9 Kita mesti mengamalkan nilai bersatu padu dalam
masyarakat. Sebagai contoh, kaum Aus dan Khazraj
disatukan oleh Rasulullah menjadi Ansar
F10 Kita mesti menyemai hubungan persaudaraan yang sejati.
Sebagai contoh, golongan Ansar bersedia menawarkan
harta, tempat tinggal dan isteri kepada golongan Muhajirin
F11 Kita mesti mengamalkan semangat bekerjasama.
Sebagai contoh melalui semangat ini Masjid Nabawi
berjaya didirikan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)


6 Tamadun Islam telah bertembungdengan pelbagai tamadun lain di dunia
seperti tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, India, China dan Rom.
(a) Terangkan cara-cara pertembungan tamadun tersebut terjadi.
F1 Melalui perdagangan dan perniagaan
H1a kegiatan perdagangan jarak jauh
H1b penguasaan Islam terhadap kawasan Teluk Parsi/ Laut
Merah / timur Mediterranean
H1c pedagang Islam telah menetap dan berdagang di Canton

F2 Melalui hubungan diplomatik
H2a kerajaan Bani Umaiyah telah menghantar kumpulan
peneroka ke utara Selat Gibraltar
H2b kumpulan ini bertemu dan membuat hubungan diplomatik
dengan petempatan bukan Islam seperti di
Cordova / Valencia / Rhonda

F3 Melalui penaklukan dan ketenteraan
H3a usaha memperluaskan kawasan dan penyebaran Islam
dilakukan oleh kerajaan khulafa al-Rasyidin / Bani
Umaiyah / Bani Abbasiyah / Uthmaniyah
H3b ekspedisi ketenteraan Islam menguasai
Iran /Iraq / Mesir / Afrika Utara/ Empayar Byzantine

F4 Melalui pertembungan kebudayaan
H4a contohnya kemasukan Islam ke Sepanyol mewujudkan
kebudayaan baru
H4b bahasa Arab menjadi bahasa utama di Sepanyol
H4c lahir golongan Mozarab iaitu orang tempatan yang
beragama Kristian mengamalkan kebudayaan Islam
dan berbahasa Arab

F5 Melalui pertembungan intelektual
H5a ilmuan Islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan
tamadun eropah
H5b ilmuan Islam memperkembangkan ilmu tersebut menurut
pandangan intelektual Islam

(b) Apakah kesan yang berlaku hasil daripada pertembungan tamadun-tamadun tersebut?
F1 Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya
F2 Islam membawa nilai akidah kepercayaan kepada Allah
F3 Menyediakan sistem perundangan berdasarkan al-Quran
dan hadis
F4 Islam tidak menghapuskan cara hidup/ budaya/ adat
masyarakat setempat
F5 Perluasan kawasan penyebaran Islam/ kawasan yang
diperintah oleh Islam
F6 Wujud kerajaan Delhi Mughal di India
F7 Melahirkan kerajaan yang berasaskan akidah dan syariah
F8 Membolehkan orang Islam menguasai ekonomi
F9 Kawasan pusat ekonomi Islam merangkumi Aden/ Siraf/
Basra/ Iskandariah/ Istanbul
F10 Di Eropah Islam mempengaruhi proses urbanisasi dan
organisasi sosial di kawasan bandar dan sekitarnya
F11 Islam membangunkan kurikulum yang menekankan
pendidikan agama/ sains / matematik / teknologi
F12 Melahirkan golongan Mudejar di Eropah
F13 Melahirkan ramai ilmuan Islam
F14 Menyebabkan kemunculan perpustakaan
F15 Kemunculan universiti
F16 Karya Eropah diterjemahkan oleh ilmuan Islam
F17 Seni bina Islam tergambar dalam seni bina di Eropah
F18 Contohnya di Masjid Cordova/ Istana Alhambra/ Masjid
Sultan Ahmed(Masjid Biru) di Istanbul
F19 Melahirkan golongan Mozarab
F20 Melahirkan golongan pengembara yang hebat seperti Ibn
Battuta / al-Mascudi/ Ibn Fadhlan
F21 Orang Eropah berbahasa Arab
F22 Orang Eropah mengamalkan cara hidup / bertutur/
berpakaian seperti orang Islam


(c) Negara bangsa Malaysia telah mengalami pelbagai pertembungan budaya dan bangsa akibat komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai keturunan, kaum dan agama yang berbeza.
Pada pendapat anda, bagaimanakah perpaduan kaum boleh diterapkkan
dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara kita?



F1 Patuh kepada perlembagaan negara
F2 Mengikuti prinsip Rukunegara
F3 Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
F4 Menggunakan sekolah yang sama kurikulumnya
F5 Kekayaan negara diagihkan secara adil
F6 Tidak menyentuh hal-hal sensitiviti antara kaum
F7 Prinsip 1 Malaysia
F8 Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara
F9 Bersukan secara bersama
F10 Semangat kongsi raya
F11 Amalan minda bersikap terbuka
F12 Patuh kepada ajaran agama
Mana-mana jawapan yang munasabah


7 Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu berkembang terutamanya pada awal
abad ke-20.

(a) Terangkan faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu.

F1 Pengenalan sistem politik Barat melalui penjajahan
H1a telah memusnahkan sistem politik tradisional
H1b Residen menggantikan pembesar tradisional yang diberikan
pencen
H1d perubahan ini mencabar amalan / sistem tradisi
H1d menjatuhkan maruah bangsa Melayu

F2 Perkembangan sistem pendidikan Inggeris dan sekolah
vernakular Melayu
H2a melahirkan golongan intelek Melayu
H2b mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri
H2c mereka menolak penjajahan British

F3 Dasar British semasa mentadbir Tanah Melayu
H3a menggalakkan kemasukan imigran secara bebas
H3b meningkatkan jumlah orang asing di Tanah Melayu
H3c menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
H3d mereka terlibat dalam perlombongan/ perniagaan /
perladangan
H3e orang Melayu terlibat dalam pertanian tradisional
H3f pembukaan bandar yang lengkap dengan kemudahan asas
menjarakkan jurang antara peribumi dengan penduduk
asing
H3g wujud jurang taraf hidup antara peribumi di luar bandar
dengan imigran di bandar

F4 Pendudukan Jepun
H4a Slogan Jepun Kawasan Kesemakmuran Asia / Asia Untuk
Asia
H4b Menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengannya
H4c Jepun berjanji akan memberikan kemerdekaan
H4d kesengsaraan hidup pada zaman Jepun menginsafkan
rakyat
H5c rakyat Tanah Melayu tidak mahu dijajah lagi

F5Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari
H5a PKM menguasai bali-balai polis dan memerintah dengan
kejam
H5b mereka membunuh dan menangkap sesiapa yang dituduh
bekerjasama dengan Jepun
H5c menimbulkan konflik perkauman
H5d orang Melayu bertindak balas atas kekejaman komunis
di Perak/ Johor/ Negeri sembilan / Pahang

F6 Kemunculan mesin cetak
H6a memberi kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
H6b buku / akhbar/ majalah/ kitab agama memaparkan idea
menentang penjajah

F7 Gerakan Pan-Islamisme sedunia
H7a merupakan gerakan intelektual Islam sedunia
H7b dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh
H7c membangkitkan pemahaman yang lebih progresif
terhadap Islam
H7d menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam

F8 Kesedaran politik serantau terutamanya Indonesia
H8a Indonesia amat rapat dari segi geografi dan budaya
H8b Golongan intelektual di Indonesia mempengaruhi kegiatan
intelektual di Tanah Melayu
H8c karya Indonesia menjadi bahan bacaan masyarakat Tanah
Melayu yang berpendidikan vernakular Melayu

(b) Jelaskan perjuangan Gerakan Islah.

F1 Gerakan yang berusaha mendorang masyarakat Melayu
membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
F2 Kembali kepada ajaran Al-Quran dan hadis
F3 Dipelopori oleh Sheikh Tahir Jalaludin / Syed Sheikh
al-Hadi / Abdul rashid Talu / Salim al-Kalili / Haji Abbas
Taha / Burhanuddin al-Helmy
F4 Golongan Islah dikenali sebagai Kaum Muda
F5 Akhbar dan majalah al-Imam / Neracha / Idaran Zaman /
Pengasuh digunakan sebagai medium
F6 Ingin menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
F7 Gesaan supaya orang Melayu memajukan ekonomi /
pendidikan / politik / sosial
F8 Menyematkan sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang
Melayu
F9 Mengkritik raja / pembesar Melayuyang tidak berperanan
penting dalam memajukan orang Melayu
F10 Berjaya menubuhkan beberapa buah madrasah
F11 Madrasah menjalankan sistem pendidikan Islam
F12 Menekankan pendidikan untuk dunia dan akhirat
F13 Subjek yang diajar pendidikan fardu ain / ilmu hisab /
bahasa Inggeris
F14 Bergerak dengan baik / berkesan di Negeri-Negeri Selat
F15 Memberi peluang kepada pelajar perempuan mendapatkan
pendidikan
F16 Ditentang oleh Kaum Tua

(c) Andaikan anda menjadi pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda.
Apakah usaha yang boleh anda lakukan bagi menjadikan persatuan
tersebut sebuah persatuan yang paling berjaya di sekolah anda?
F1 Mempunyai perlembagaan yang jelas
F2 Mempunyai ahli yang ramai
F3 Mempunyai ahli yang berilmu
F4 Mempunyai ahli yang aktif
F5 Mempunyai kepimpinan yang berwibawa
F6 Mempunyai misi dan visi
F7 Membuat perancangan dengan baik
F8 Menjalin kerjasama dengan persatuan yang lain
F9 Mengambil bahagian dalam setiap acara sekolah
F10 Cuba memenangi sebanyak mungkin pertandingan yang
disertai
F11 Menjalin perkongsian strategik dengan persatuan sejarah
di sekolah lain
F12 Mengenakan yuran keahlian yang berpatutan
F13 Menerbitkan penerbitan berkala untuk ahli dan sekolah
F14 Mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah
F15 Mempunyai undang-undang yang jelas
F16 Ahli yang melanggar peraturan dikenakan hukuman yang
setimpal
F17 Mengiktiraf sumbangan ahli yang berjasa
F18 Mengadakan kempen / publisiti tentang persatuan
Mana-mana jawapan yang munasabah


8
(a) Huraikan sebab pembentukan Malaysia.
F1 Faktor Keselamatan
H1a Lee Kuan Yew bimbang akan pengaruh Barisan Sosialis
di Singapura
C1a contoh Barisan Sosialis telah memenangi pilihanraya
kecil di Hong Lim / Anson
H1b kebangkitan Barisan Sosialis boleh melemahkan Parti
Tindakan Rakyat / PAP
H1c Barisan Sosialis dianggap parti berhaluan kiri
H1d Lee Kuan Yew bimbang akan ancaman komunis
C1b Tanah Melayu mempunyai pengalaman dalam
membanteras ancaman komunis/ peristiwa darurat
1948 – 1960
H1e ancaman komunis juga wujud di Sarawak
C1c diperjuangkan oleh Clandestine Communist
Organization / CCO

F2 Faktor mempercepatkan kemerdekaan
H2a dapat mempercepatkan kemerdekaan Sabah/ Sarawak/
Singapura

F3 Faktor dekolonisasi/kebijajahan terhadap negeri-negeri
kecil yang belum merdeka
H3a dalam Perhimpunan Agung PBB timbul isu agar
tanah-tanah jajahan dimerdekakan
H3b pembentukan Malaysia diharap dapat menstabilkan
keadaan politik di Asia Tenggara
H3c British ingin memastikan kepentingan mereka terus
terkawal
C3a contoh pangkalannya di Singapura

F4 Faktor Kerjasama ekonomi
H4a akan mewujudkan satu kawasan pasaran yang lebih luas
H4b boleh menggalakkan pelaburan dan perkembangan
industri pertanian
H4c dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber
yang ada
C4a contoh Tanah Melayu kaya dengan getah dan bijih timah
C4b contoh Sarawak dan Sabah kaya dengan kayu balak
C4c contoh Brunei kaya dengan sumber minyak

F5 Faktor kependudukan
H5a untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan
kaum dalam kalangan negara anggota
H5b penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak akan
menjadikan peribumi masih jumlah yang majoriti
dalam Malaysia

(b) Terangkan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia.

F1 Tunku mencadangkan idea Malaysia pada 27 Mei 1961
H1a dilakukan dalam majlis makan tengah hari anjuran
Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi,
Singapura


F2 Tunku melawat Sarawak/ Sabah / Brunei
H2a untuk menerangkan konsep / tujuan / dan matlamat
penubuhan Malaysia

F3 Rundingan diadakan antara pegawai-pegawai kanan
H3a Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai
British dari Sarawak/ Sarawak / Singapura

F4 Penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaduan
Kaum /JPPK
H4a ditubuhkan di Singapura
H4b dipengerusikan oleh Donald Stephens
H4c berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang
gagasan Malaysia
H4d mengumpulkan pandangan penduduk
H4e menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
H4f Mesyuarat jawatankuasa telah dijalankan sebanyak 4 kali
di Jesselton / Kuching / Kuala Lumpur / Singapura

F5 Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
H5a dianggotai oleh tiga orang pegawai British
Lord Cobbold/ Anthony Abell / David Watherston
H5b anggota rakyat tempatan Wong Pow Nee / Tan Sri
Ghazali Shafie
H5c bertujuan meninjau pendapat rakyat Sabah dan
Sarawak tentang gagasan Malaysia
H5d Suruhanjaya Cobbold memuatkan hasil laporannya
satu pertiga menyokong tanpa syarat
H5e satu pertiga menyokong gagasan malaysia dengan syarat
kepentingan mereka dilindungi
H5f satu pertiga lagi inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
sebelum menyertai Malaysia
H5g Suruhanjaya ini mengemukakan cadangan perlembagaan
Malaysia yang baru harus berasaskan perlembagaan
Tanah Melayu 1957

F6 Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan / JAK
H6a Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne
H6b bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan
kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia
H6c Turut membincangkan kepentingan dan hak rakyat
Sabah dan Sarawak

F7 Tentangan daripada Filipina dan Indonesia
H7a sidang kemuncak antara tiga ketua kerajaan telah
diadakan di Manila
H7b antara yang terlibat Tunku / Soekarno/ Macapagal
H7c hasilnya terbentuk MAPHILINDO

F8 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu / PBB menghantar
Suruhanjaya Lawrence Michaelmore
H8a bertujuan meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
sekali lagi
H8b majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai
Malaysia

(c) Berikan cadangan bagaimanakah generasi muda hari ini boleh
mengekalkan kemerdekaan negara kita

F1 Belajar bersungguh-sungguh
F2 Mendalami pengetahuan ICT
F3 Mempelajari ilmu sains
F4 Mengekalkan keamanan negara
F5 Menjaga perpaduan kaum
F6 Menghormati budaya bangsa lain
F7 Mematuhi undang-undang negara
F8 Menghormati institusi raja berperlembagaan
F9 Mengamalkan cara hidup sihat
F10 Menjalankan R & D
F11 Mencintai inovasi
F12 Menjadi manusia yang kreatif dan inovatif
F13 Bersifat terbuka
F14 Tidak menderhaka kepada negara
Mana-mana jawapan yang munasabah


9 Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai beberapa
pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel dan Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC).
(a) Nyatakan ciri-ciri negara Komanwel dan peranan Malaysia dalam
pertubuhan tersebut.
Ciri-ciri negara Komanwel
F1 Dibentuk pada tahun 1931
F2 Terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah
merdeka
F3 Keahlian sebanyak 54 buah negara anggota
F4 Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965
F5 Ibu pejabat Sekretariat bertempat di London
F6 Bermatlamat untuk membina semangat setia kawan dalam
kalangan negara anggota
F7 Bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama dalam semua
bidang

Peranan Malaysia dalam Komanwel
F8 Menjalin kerjasama pertahanan dengan beberapa negara
Komanwel
F9 Menyertai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel /
CHOGM
F10 Menjadi tuan rumah CHOGM di Kuala Lumpur pada
tahun1989
F11 Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
F12 Menentang dasar apartheid yang diamalkan oleh Afrika
Selatan
F13 Mengeksport barangan ke Britain / negara-negara
Komanwel dengan dikenakan kadar cukai yang rendah
F14 Menerima bantuan daripada Rancangan Colombo
F15 Menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun1998

(b) Jelaskan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
dan faedah yang diperoleh Malaysia dengan menganggotai pertubuhan
tersebut.

F1 Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang
pertama
F2 Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan perang
Iran – Iraq
F3 Malaysia memberikan sokongan kepada rakyat Palestine
dalam mendapatkan tanah air mereka daripada Israel
F4 Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974
dan 2003
F5 Menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam
kalangan negara Islam pada tahun 2002
F6 Tawaran biasiswa diberi kepada pelajar dari negara OIC
untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia / UIAM
F7 Mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan
negara Islam
F8 Malaysia mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan
Islam
F9 Mendapat bantuan untuk menubuhkan UIAM
F10 Mendapat penghormatan daripada negara Islam yang lain
kerana serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan
negara-negara Islam

(c) Pada pendapat anda, mengapakah negara kita mengamalkan dasar luar
berbaik-baik dengan semua negara?
F1 Mengekalkan keamanan serantau / sedunia
F2 Ketokohan pemimpin negara terserlah
F3 Bersedia menghadapi cabaran globalisasi
F4 Menambah negara rakan
F5Faedah mengeksport barangan ke negara luar
F6 Pasaran negara menjadi bertambah luas
F7 Imej negara / martabat negara meningkat
F8 Menjalin kerjasama ekonomi / sosial / teknikal
F9 Menyelesaikan pertikaian secara aman
F10 Mencerminkan sikap bertamadun
F11 Perang dapat dielakkan
(Mana-mana jawapan munasabah)

Selamat maju jaya dari :
Hj. Yasmin bin Hashim @ Yasin

1 comment: