Sunday, April 27, 2014

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN MESIR PURBA


Masyarakat Mesir mendiami Lembah Nil yang menjadi nadi kepada Mesir. Mereka membina sistem perparitan dan pengairan untuk pertanian. Selain itu, membina peralatan kawalan air dan terusan dan ini dapat meninggikan nilai kesuburan tanah.
Mereka juga mendirikan petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil dan akhirnya menjadi perkampungan. Gabungan perkampungan mewujudkan beberapa buah bandar. Bandar ini kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah. Semua nome ini disatukan dengan salah sebuah bandar menjadi pusat pentadbiran.

No comments:

Post a Comment