Monday, March 28, 2011

PEPERIKSAAN AWAM CHINA

Huraikan sistem peperiksaan awam di China (Buku teks hlm. 55) (6 markah)
Peperiksaan awam di China mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah.
Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah dan tahap ketiga dijalankan di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja.
Mereka yang lulus tahap pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.
Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun sementara peperiksaan awam tahap kedua dan tahap ketiga diadakan tiga tahun sekali.
Sistem peperiksaan awam di China adalah yang tertua di dunia.
Peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat, mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati.
Untuk memastikan tidak berlaku penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum bita hari peperiksaan. Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan, malah mereka dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete