Thursday, November 18, 2010

MENGATASI PANIK DALAM PEPERIKSAAN


1. Berhenti menjawab soalan.
2. Guna teknik duduk.
3. Pejamkan mata.
4. Lakukan senaman nafas (tarik nafas dan hembus).
5. Tumpu fikiran dan tenaga tersembunyi.
6. Letakkan kedua-dua tapak tangan ke hidung dan mulut.
7. Bernafas.
8. Ulang langkah 6 dan 7 beberapa kali.
9. Tumpu fikiran bagi otot muka, tengkuk dan tangan.
10. Selawat dan baca tasbih Nabi Yunus

PERSIAPAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


1. BEBERAPA MINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN
• 40 hari Solat Hajat – setiap malam
• Tinggal maksiat / unsur negatif
• Baca Quran dan kismis
• Ulangkaji semua subjek : Cth – 3 hari untuk 1 subjek
-senyum sebelum membaca
-berwuduk
• Makanan : halal & baik

2. MINGGU TERAKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN
• Jumpa guru : minta maaf dan minta dihalalkan ilmu
• Kuatkan amal ibadat : solat hajat, baca al-Quran
• Minta ibu bapa kuatkan doa dan solat hajat lebih kerap

3. MALAM PEPERIKSAAN
• Solat hajat dan baca Quran
• Doa
• Tengok skema, peta minda + nota ringkas
• Jangan belajar benda baru
• Tidur awal
-berwuduk, berdoa, 4 Qul, mengiring kanan
• Kunci jam / hanset
• Semak jadual
• Sediakan alat tulis / pakaian – gosok awal
• Minum air suam + selawat
• Rancang perjalanan / payung / basikal / motosikal
• Tidur berwuduk dan mengucap

4. PAGI PEPERIKSAAN
• Subuh
• Minum madu / air suam / susu
• Makan + minum
• Izin ibu bapa
• An-Najm : 58
• Turun awal dan bersama kawan
• Jaga mata / mulut / telinga
• Tawakal

5. SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN
• Buang air kecil
• Lihat peta minda
• Selesakan tali pinggang / kasut
• Doa penerang hati + ayat Quran
• Buat regangan otot + tarik nafas
• Masuk kaki kanan + selawat
• Jangan berbual kosong / ketawa
• Bincang ringkas dengan rakan

6. SEMASA DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
• Baca semua soalan (untuk esei)
• Guna pen / pensil untuk tanda perkataan / point
• Rancang masa – bahagi masa
• Jawab soalan mudah dahulu
• Semak jawapan secara umum
• Panik ? Tarik nafas : ayat 1000 dinar / selawat / Alam Nasyrah / Tasbih Nabi Yunus

7. SELEPAS PEPERIKSAAN
• Jangan bincang perkara yang sudah
• Sentiasa solat hajat

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM 2010

Monday, November 15, 2010

TAJUK TERKINI SEJARAH SPM

Tg 4: Bab 1 (tamadun indus / hwang ho), Bab 4: Peribadi Rasulullah, penentangn, cara hadapi. Bab 7 (teor) Bab 8(/kesan kedatangan Islam dlm pentadbiran/pendidikan/ekonomi). Bab 10 - Kesan Dasar Ekonomi.
Ting 5 : Bab 2 - (Gerakan Islah, akhbar/majalah, persatuan, nasionalisme masa jepun). Bab 6 (semua dlm target A+). Bab 7 (Raja berperlembagaan - Peranan YDPA, pilihanraya, lambang negara). Bab 8( Dasar pendidikan/ sukan/ bahasa/kebudayaan, Wawasan 2020) Bab 9 (semua dlm target A+)

Monday, November 8, 2010

TAJUK PILIHAN SAYA 2010

BAB 1 T4 TAMADUN AWAL
1 Tamadun Hwang Ho muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di sekitar Sg. Hwang Ho atau Sg. Kuning.
a.Apakah nama tapak petempatan awal penduduk Hwang Ho ? 1m
Tapak Banpo ( berdekatan bandar Sian moden )
b. Nyatakan tiga aktiviti penduduk kawasan Hwang Ho . 3m
i.Pertanian
ii.Penternakan binatang
iii.Mengumpul hasil hutan
iv. Memburu
c.Mengapakah kalendar penting kepada masyarakat tamadun Hwang Ho? 2m
i.Raja menggunakannya untuk menentukan musim menanam
ii.Raja menggunakannya untuk menentukan musim menuai
iii.Untuk menjalankan aktiviti harian spt. upacara perkahwinan,
perburuan, pengkebumian.
d.Bagaimanakah para pembesar membalas budi raja-raja Dinasti Chou?
2m
i.Pembesar dikehendaki melindungi raja
ii.Pembesar dikehendaki memberi bantuan tentera pada masa perang
iii.Pembesar dikehendaki memberi taat setia kepada raja
e.Pada pendapat anda mengapakah karya Sun Tzu iaitu The Art Of War popular sehinnga kini ? 1m
Falsafah dalam buku tersebut digunakan sebagai taktik dalam urusan perniagaan
f.Mengapakah masyarakat tamadun Hwang Ho percaya yang kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan/syurga? 1m
Sebab masyarakat Hwang Ho percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan makmur dan sejahtera.
Sebab pemerintahan yang baik mendapat restu daripada tuhan .


BAB 2 T4 PENINGKATAN TAMADUN

Peningkatan tamadun merujuk pada kemampuan manusia menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks daripada yang terdapat sebelum itu.

2.Dalam tamadun India dan China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan.
a. Nyatakan tiga peringkat pendidikan dalam tamadun China . 3m
i.Peringkat rendah
ii.Peringkat menengah
iii.Peringkat tinggi
b.Nyatakan tiga tahap peperiksaan awam dalam tamadun China . 3m
i.Tahap pertama iaitu Hsiu Tai setaraf dengan Ijazah Pertama
ii.Tahap Kedua iaitu Chun-Jen setaraf dengan Sarjana
iii.Tahap ketiga iaitu Chin Shih setaraf dengan Ijazah Doktor Falsafah
c.Senaraikan dua isi kandungan yang terdapat dalam kitab Veda . 2m
i.Peraturan ritual
ii.Mantera
iii.Lagu-lagu agama
d.Nyatakan cukai yang dikenakan kepada hasil perdagangan semasa zaman Dinasti Maurya 1m
Cukai hasil pertanian dan cukai hasil buah-buahan.
e. Senaraikan dua kemajuan yang dicapai ketika peningkatan ekonomi berlaku dalam tamadun China . 2m
i.Kemajuan dalam pertanian
ii.Kemajuan dalam perdagangan dalam negeri dan maritim
iii.Kemajuan dalam perusahaan dan
iv.Pembentikan persatuan perniagaan
f.Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kegiatan pertanian pada zaman Dinasti Ching dan Shang boleh berkembang pesat ? 2m
a.Sebab perkembangan dalam penciptaan alat pertanian
b.Sistem penanaman secara bergilir
c.Peneresan bukit untuk pertanian
d.Sistem pengairan spt. pembinaan terusan
e.Kawalan terhadap banjir


BAB 1 T5 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA ENGGARA .

3.Gerakan Nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara.

a.Apakah yang ditentang oleh para nasionalis pada tahap pertama ? 2m
i. Penguasaan politik oleh kerabat diraja
ii.Raja berkuasa mutlak/Sistem raja berkuasa mutlak
b.Berikan satu sebab penubuhan Parti Rakyat pada tahun 1932 oleh Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibul Songram.
I. Kelemahan sistem pentadbiran
II.Sikap boros Raja Vajiravudh
c.Mengapakah gerakan nasionalisme tahap kedua berlaku di Thailand?1m
Rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan Orang Cina .
d.Apakah tindakan yang dilakukan oleh Phibul Songgram semasa menjadi Perdana Menteri Thailand ? 3m
i.Beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan ekonomi oleh orang Cina
ii.Undang-undang untuk menyekat penguasaan ekonomi oleh orang Cina
iii.Membubarkan sekolah Cina dan akhbar Cina
iv.Menggalakkan penduduk peribumi melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
v. Jawatan Tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha
e. Apakah yang berlaku terhadap sistem raja di Thailand pada tahun 1932?
2m
i.Sistem raja berperlembagaan Barat diamalkan
ii.Sistem raja berkuasa mutlak digantikan
f. Mengapakah pemodenan pentadbiran oleh Raja mongkut dan Raja Chulalongkorn di Thailand penting ? 1m
Sebab ia merupakan antara faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan Thailand .

SS/SP 4 T4
4. Gerakan Reformation di Eropah Barat telah dipimpin oleh Martin Luther.
(a)Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Reformation?
i. Bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan
ii.Menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru.

(b)Nyatakan dua sebab masyarakat mempersoalkan amalan institusi Gereja Katolik .
i.Pihak Gereja mengamalkan rasuah dan penyelewengan
ii. Golongan penguasa Gereja Katolik mengamalkan cara hidup yang tidak selari dengan anjuran Bible
iii.Penguasa Gereja cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan
c)Senaraikan tiga faktor yang membawa kepada meletusnya Gerakan Reformation di Jerman .
i. Mesin cetak ciptaan Johann Guttenberg
ii. Amalan indulgences(penjualan surat pengampunan dosa)
iii.Gerakan Renaissance di Jerman bersifat keagamaan
d)Apakah mazhab kristian yang diwujudkan oleh Martin Luther ?
Mazhab Lutheran
e)Senaraikan dua negara Eropah yang terlibat dalam perang 30 tahun.
i.Sepanyol
ii.Jerman
iii.Bohemia
iv. Denmark
V. Sweden

SS/SP5 T4
5. Reformation merupakan gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16. (m.s 222, T.4).
a.Mengapakah reformation bermula di Jerman dan bukan di Itali ?
Sebab gerakan Renaissance di Jerman bersifat keagamaan
b.Apakah yang telah membantu dalam gerakan reformation di Jerman ?
Ia dibantu oleh ciptaan mesin cetak oleh Johann Guttenberg
c. Mazhab apakah yang telah diwujudkan daripada gerakan reformation ?
Mazhab Protestan spt. Anglikan, Methodist,Adventist,Evangelist
d. St. Ignatius Loyola ialah seorang tokoh Counter Reformation. Apakah yang diperjuangkan oleh Counter Reformation ?
i. Mahu mempertahankan kewibawaan Gereja Katolik
ii. Menahan atau bertindak menentang kegiatan gerakan Protestan
e. Siapakah St. Francis Xavier ?
Seorang tokoh Jesuit yang menyebarkan agama kristian ke Timur .
f. Bagaimanakah kedudukan pihak gereja akibat gerakan Reformation ?
i. Kuasa Gereja telah tercabar secara terbuka
ii.Kuasa Gereja terhadap kerajaan atau monarki berkurang
iii.Setiap monarki ingin membebaskan dirinya dpd penguasaan Paus di Rom
iv.Raja menjadi ketua kerohanian cth. Gereja Anglican di Britain diketuai oleh Raja Henry Viii
f. Apakah kesan-kesan Zaman Reformation terhadap Eropah ;
i.dari segi agama ?
Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing.
Perbalahan agama menyebabkan kemusnahan dan peperangan
Masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab sahaja
ii. dari segi jangka panjang ?
Timbulnya sikap toleransi antara penganut pelbagai agama kristian dari segi mempergiatkan pendidikan dan menyebarkan fahaman mereka .
iii.dari segi kuasa golongan gereja ?
Kuasa gereja dicabar secara terbuka
Kuasa Gereja terhadap monarki/kerajaan berkurang
Monarki ingin membebaskan dirinya daripada penguasaan Paus di Rom

SS/SP 6 T4
iv. Penjelajahan dan penerokaan merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan baru di lautan luas bagi membolehkan mereka
menuju ke Timur.

a)Senaraikan tiga faktor yang membawa kepada penjelajahan dan penerokaan.
i. Galakan penjelajahan oleh monarki baru di England,Perancis
dan Belanda
ii.Desakan ekonomi
iii.Semangat keagamaan atau faktor keagamaan
iv. Semangat kebanggaan bangsa
v.Untuk mendapat rempah ratus dan sutera(kedua-dua bahan ini
mendatangkan keuntungan besar kepada para pedagang dan raja Eropah)
Vi.Keinginan orang Eropah untuk mendapatkan barangan spt. emas,sutera dan rempah ratus dari Timur
(b)Namakan dua raja negara Eropah yang menggalakkan kegiatan
penjelajahan dan penerokaan.
i.Raja sepanyol iaitu Ratu Isabella dan Ferdinand Aragon
ii. Raja Portugal iaitu Putera Henry(Henry Pelaut)
(c) Nyatakan dua kesan Perjanjian Tordesillas .
i. Kawasan pengaruh bagi Portugal dan Sepanyol ditetapkan
ii. Kawasan ke Timur dari kepulauan Tanjung Verde dan Hindia
Barat di Lautan Atlantik dianggap sebagai kawasan Portugal
iii. Kawasan ke Barat dianggap kawasan Sepanyol
(d)Siapakah tokoh pelayaran yang telah terbunuh di Filipina ?
Ferdinand Magellan
(e)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah barang dagangan
yang mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang Eropah ?
i.Rempah ratus
ii.Sutera

SS/SP7 T4
BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Ekonomi Dagangan – Penggunaan Tenaga Buruh Luar

Kemasukan Buruh Dari China Dan India ( m.s 253 – 255 )

7
(a) Nyatakan tiga faktor yang mendorong imigran Cina dan India ke Tanah Melayu.
i. Galakan daripada kerajaan kolonial British
ii. Penghijrahan mereka tidak pernah ditentang oleh orang Melayu
iii. Kestabilan politik di Tanah Melayu(TM)
iv. Mencari peluang pekerjaan
v. Faktor kemiskinan di negara asal
vi. Kemakmuran pesat TM dalam ekonomi spt. perusahaan getah dan bijih timah
v. Wujud hubungan tradisi antara TM dengan India

(b) Nyatakan dua cara kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu.

i. Sistem tiket kredit
ii. Sistem pengambilan kakitangan
iii. Sistem pengambilan nrumah kongsi

(c) Senaraikan dua cara kemasukan imigran dari India ke Tanah Melayu .

i. Sistem bebas/merdeka
ii. Sistem kontrak
iii. Sistem Kangani

(d) Berikan dua kepentingan imigran Foochow ditempatkan di Sibu, Swak oleh Charles Brooke .
i. Diperlukan untuk mengusahakan tanah
ii. Untuk membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam

(e) Bagaimanakah cara imigran Cina Foochow dibawa masuk ke Swak ?
i. Ditaja oleh Charles Brooke melalui syarikatnya di S’pura
ii. Dibawa masuk secara berkumpulan melalui perjanjian antara Wong Nai
Siong(ketua Foochow di Sibu) dengan Charles Brooke

(f) Apakah yang anda faham tentang Kangani ?
Bermaksud ketua, tandil atau mandur.

Individu yang diberi kepercayaan serta diberi lesen oleh majikan pergi ke
India untuk mencari tenaga buruh.

BAB 8 T5 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

8. Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua(1971-1990) dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi Baru(DEB).

a. Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua juga dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1(RRJP 1) 1m

b. Apakah matlamat DEB diperkenalkan ? 2m

i. Untuk membasmi kemiskinan
ii. Untuk menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum
iii. Matlamat akhirnya ialah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan rakyat(m.s 201)

c. Nyatakan peristiwa yang tercetus di negara kita sebelum DEB diperkenalkan ? 1m
Peristiwa 13 Mei 1969 yang tercetus akibat masalah perpaduan kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara .

d. Apakah matlamat Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) ? 1m
Untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum,kawasan dan wilayah .

e. Apakah tumpuan yang diberikan dalam RMK2 ? 2m
i. Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
ii.Menambahkan pendapatan semua kaum
iii.Menyediakan peluang pekerjaan
iv.Merapatkan jurang ekonomi
v.Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi

f. Jelaskan peranan agensi-agensi kerajaan yang berikut:

i.Lembaga Padi dan Beras Negara(LPN) 1971 1m
Menstabilkan harga padi
ii.Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) 1971 1m
Membangunkan dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan
taraf hidup nelayan .
iii.Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP) 1973 1m
Membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi.

SS/SP 9
BAB 6 T5 PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
9.
(a)Senaraikan parti politik di S'wak yang menentang penubuhan M'sia pada peringkat awalnya.
i. SUPP(Sarawak United People Party/Parti Bersatu Rakyat Swak)
ii.SNAP, PESAKA dan BERJASA
(b)Apakah parti politik di S'wak yang terus menentang Gagasan M'sia setelah penubuhannya ?
SUPP
(c)Mengapakah kaum peribumi S'wak dan Sabah menentang gagasan M'sia ?
i. Sebab bimbang mereka akan kehilangan identiti
ii.Bimbang akan dikuasai oleh orang Melayu
iii.Bimbang sumber ekonomi Swak dan Sabah akan dikuasai oleh
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu atau kuasa pusat .
iv.Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
(d)Apakah tuntutan Sabah dan S'wak mengenai hak wilayah asingan?
i. Berkaitan Bahasa Kebangsaan(kedudukan Bahasa Melayu)
ii.Berkaitan Agama Islam(kedudukan Agama Islam)
iii.Kedudukan istimewa penduduk asal negeri/bumiputera Swak dan Sabah
iv.Pelajaran , Peruntukan kewangan, kedudukan kerakyatan, Ketua Negeri
v.Hal ehwal imigresen
(e)Pada pendapat anda, mengapakah pemimpin serta rakyat S'wak dan Sabah menyokong pembentukan M'sia menjelang akhir tahun 1961 ?
i.Sebab didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu yang menjelaskan gagasan Msia
ii.Sebab pandangan penduduk Swak dan Sabah dipertimbangkan
iv.Sebab semangat perpaduan dan sikap toleransi yang ditunjukkan oleh para pemimpin dari Tanah Melayu spt. Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,Tun V.T Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin .
v. Sebab kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Swak dan Sabah spt. Datu Mustapha Datu Harun,Temenggong Jugah,Donald Stephen, Stephen Kalong Ningkan, Ong Kee Hui .

SS/SP 10 ( Sila isikan sendiri ) SOALAN BONUS

BAB 8 T4 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA
SEBELUM KEDATANGAN BARAT.

KESAN KEDATANGAN ISLAM TERHADAP EKONOMI
 Perdagangan
 Penggunaan Mata Wang
 Percukaian

10. Jelaskan kesan kedatangan Islam terhadap ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat.

a. Perdagangan ( m.s 208-210 )


Kata Kunci
Huraian/Ulasan

Islam Kemunculan Islam membawa kesan besar kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi

Merangsang Aktiviti perdagangan telah merangsang perkembangan yang berkaitannya spt. penggunaan mata wang,percukaian

Jawatan Melaka mewujudkan jawatan Laksamana untuk menjaga urusan kelautan dan Syahbandar sebagai ketua pelabuhan

Undang-Undang Laut Melaka Undang-Undang Laut Melaka harus diikuti oleh masyarakat terutama dalam hal-ehwal spt. tugas-tugas nakhoda,jurumudi dan seumpamnya

84 bahasa Kepesatan perdagangan di Melaka ketika itu dapat dibuktikan dengan lebih kurang 84 bahasa dipertuturkan

Syahbandar Syahbandar dipertanggungjawabkan terhadap suatu sistem timbang dan sukat .
Timbang dan sukat Timbang dan sukat menggunakan sistem kati dan tahil digunakan untuk menimbang emas,perak,bahan wangian, dan batu permata

Sistem bahara

Dacing

Kaedah

Johor

Pusat


b. Mata Wang (m.s 210 )


Kata Kunci
Huraian/Ulasan

Timah Umumnya negeri Melayu menggunakan mata wang daripada timah

Zaman Melaka Mata wang zaman Melaka berbentuk bulat seberat satu kati lapan tahil

Sultan Pada mata wang, tercatat nama sultan yang memerinta serta tarikh Islam

Mata Wang Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan serta boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan

Katun Mata wang timah dikenali sebagai katun digunakan di Johor

Mempunyai Ia tidak mempunyai tarikh, namun padanya ada tulisan Jawi atau Arab spt. Malik atau Sultan al-Adil

Kedah Negeri Kedah mengeluarkan mata wang timah untuk kegunaan tempatan sejak abad ke-17
Seekor ayam jantan Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin

Dipatahkan Mata wang ini boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan

Wang emas Mata wang emas digunakan secara meluas di Kedah dan di Johor pada abad ke-16

Tertua Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti pada tahun 1527 pada zaman Sultan Alaudin Riayat Syah

Kupang Mata wang emas Johor digelar kupang

Kijang

Tertera
Khalifatul Muslimin

Eropah









c .Percukaian ( m.s 211 )


Kata Kunci
Huraian/Ulasan

Cukai Cukai yang dikenakan terhadap aktiviti tertentu atau barangan

Pendapatan dijadikan sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan untuk pembangunan negara

Diwajibkan Para pedagang diwajibkan membayar cukai terhadap barang dagangan mereka sebelum dapat berurus niaga

Dibahagikan Cukai dibahagikan kepada beberapa jenis

Cukai Tetap Cukai tetap(cukai import) telah ditetapkan oleh pemerintah

6% Para pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6% daripada jumlah barangan mereka

5% Pedagang dari Jepun dan China dikehendaki membayar cukai sebanyak 5%

Jual beli Setelah semua cukai dibayar, barulah urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar di sepanjang Sg. Melaka

Menetap Orang asing yang menetap di Melaka juga dicukaikan
**Kepulauan Melayu Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3%

**Lain Orang asing lain pula dikenakan cukai diraja sebanyak 6%

Dikecualikan Barang tertentu seperti beras dan makanan dikecualikan cukai

Amalan Riba

Golongan Ceti

Zakat Harta

Baitulmal

Harta

** Cukai diraja



Soalan Struktur 1

Pernyataan berikut berkaitan dengan Perjanjian Aqabah

- Perjanjian Aqabah 1 (621 Masehi)
- Perjanjian Aqabah 2 (622 Masehi)

a Senaraikan dua kaum dari Madinah yang terlibat dalam kedua-dua perjanjian di atas.

i. Suku Aus
ii. Suku Khazraj (2 markah)

b. Nyatakan dua syarat dalam Perjanjian Aqabah Pertama.

i. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul
ii. Mereka berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhd s.a.w
iii. Mereka tidak akan melakukan amalan jahiliyah spt. mencuri,meminum arak dan
membunuh bayi perempuan (2 markah)

c. Nyatakan dua syarat dalam Perjanjian Aqabah Kedua.

i. Suku Aus dan Khazraj memeluk agama Islam dan mengukuhkan lagi
taat setia kepada Nabi Muhd. S.a.w .
ii. Mereka menjemput Nabi Muhd s.a.w dan orang Islam Makkah berhijrah ke
Madinah
iii. Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal
iv. Mereka menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam
iii. Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam
(2 markah)
d. Apakah kesan Perjanjian Aqabah Kedua?

i. Islam tersebar ke Madinah
ii. Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam berhijrah ke Madinah
iii. Madinah menjadi tapak penyebaran Islam yang baru
iv. Keselamatan orang Islam Makkah terjamin semasa berada di Madinah
v. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
vi. Suku Aus dan Khazraj dengan sukarela menyediakan tempat tinggal
vii. Kesediaan Suku Aus dan Khazraj mempertahankan Islam
(mana-mana isi yang munasabah) (2 markah)


e. Pada pandangan anda, apakah nilai-nilai yang boleh dicontohi daripada perjanjian-perjanjian tersebut?

i. Kesetiaan
ii. Bertanggungjawab
iii. Pengorbanan
iv. Keikhlasan
v. Amanah
(2 markah)
Soalan struktur 2
Perang Dunia Pertama (1914-1918) merupakan konflik antarabangsa yang berlaku pada awal abad ke-20.

a. Senaraikan dua buah negara yang membentuk Perikatan Kuasa Tengah.

i. Jerman
ii. Austria-Hungary
iii. Itali
iv. Turki
v. Bulgaria (2 markah)

b. Nyatakan tiga faktor berlakunya Perang Dunia Pertama (1914 – 1918)

i. Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand(pewaris kepada takhta Austria-
Hungary) dan isterinya Dutchess Sophie di Sarajevo
ii. Kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah
iii. Persaigan kuasa besar merebut peluang ekonomi
iv. Persaingan sengit dalam kalangan kuasa Eropah akibat Imperialisme Baru
v. Kuasa besar bersaing untuk membentuk lingkungan pengaruh masing-masing
vi. Persaingan untuk mendapatkan bahan mentah
vii. Persaingan untuk memasarkan barangan siap mereka (3 markah)

c. Sebutkan tiga kesan Perang Dunia Pertama.

i. Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
ii. Pemeteraian Perjanjian Versailles dalam Persidangan Damai pada Jun 1919
iii. Peta Eropah diubah
iv. Kemunculan beberapa buah negara baru
v. Pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919
vi. Inflasi yang tinggi di kalangan negara yang berperang
vii. Hutang peperangan yang tinggi
viii. Pengangguran
ix. Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
x. Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya
xi. Kehiangan nyawa yang ramai
(3 markah)
d. Cadangkan langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga.

i. Sentiasa wujudkan hubungan diplomatik dgn negara-negara lain
ii. Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa
iii. Bekerjasama dalam melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,
agama dan warna kulit
iv. Menjalinkan hubungan serta mengamalkan sikap berbaik-baik dengan negara-
negara lain
v. Mengamalkan prinsip keamanan antarabangsa
vi. Menghormati kedaulatan negara-negara lain
vii. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan melalui permuafakatan dan rundingan
(mana-mana isi yang munasabah) (2 markah)

Soalan Esei 1
Pertubuhan berikut merujuk kepada beberapa pertubuhan antarabangsa yang disertai Malaysia selepas mencapai kemerdekaan.

- Negara-Negara Selatan
- Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
- Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

a. Nyatakan ciri-ciri Negara-Negara Selatan

i. Negara-negara Dunia ke-3
ii. Pernah dijajah oleh kuasa Barat
iii. Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
iv. NN Selatan tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan
mentah memjadi barangan siap
v. Menghadapi syarat perdagangan yang tidak adil spt. kawalan terhadap harga bahan mentah
vi. Dikenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan
(4 markah)
b.
i. Jelaskan matlamat pertubuhan NAM

i. Mengekalkan keamanan dunia
ii. Tidak menyokong blok Barat
iii. Tidak menyokong blok Timur / komunis
iv. Mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
v. Menghormati kedaulatan sesebuah negara
vi. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman
vii. Menghormati hak asasi manusia
(5 markah)
ii. Jelaskan matlamat pertubuhan OIC

i. Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang
ii. Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
iii. Mengekalkan perdamaian dalam segala pertelingkahan antara negara Islam
iv. Bersama-sama memastikan tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari
v. Memberi bantuan kepada negara Islam yang bermasalah
vi. Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam yang kurang maju seperti Sudan / Nigeria / Chad
vii. Menghantar pasukan perubatan ke Bosnia / Lubnan / Afghanistan
viii. Menubuhkan Bank Pembangunan Islam
ix. Memberi perkhidmatan kewangan kepada semua negara anggota
(5 markah)
c. Jelaskan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
i. Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC pertama
ii. Menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
iii. Memberi sokongan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan semula tanah air
mereka daripada Israel
iv. Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003
v. Menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara
Islam pada tahun 2002
vi. Menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di
Universiti Islam antarabangsa Malaysia ( UIAM )
vii. Mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk
urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain
(6 markah)


Soalan Esei 2
Komanwel (Bab 9 Tingkatan 5, hlm. 243)

a) Nyatakan syarat dan matlamat penubuhan Komanwel.
(2 markah)
• negara bekas tanah jajahan British (syarat)
• membina semangat setia kawan
• bekerjasama dalam semua bidang

b) Senaraikan tiga buah negara anggota Komanwel. (3 markah)
• India
• Brunei
• Malaysia
• Singapura
• Australia

c) Jelaskan faedah-faedah yang diperolehi Malaysia dengan menyertai pertubuhan
Komanwel (10 markah)

• manfaat Rancangan Colombo
• mendapat bantuan teknikal
• biassiwa pendidikan
• cukai eksport ke negara Komanwel
• tuan rumah Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Malaysia 1989.
• iaitu pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincang kepentingan bersama
• mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
• mengatasi masalah pencemaran
• Malaysia menentang Dasar Aparteid
• kerjasama pertahanan
• membantu menghapuskan komunis
• Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand
• bantuan sekiranya diserang
• seperti konfrontasi Indonesia
• menganjurkan Sukan Komanwel

d) Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab kita dalam mematuhi Deklarasi Langkawi untuk mengatasi pencemaran alam? (5 markah)

• mengelakkan pembakaran terbuka
• mengelakkan penggunaan plastik
• melupuskan sampah secara semula jadi
• menanam pokok
• melaporkan kegiatan aktiviti pencemaran kepada pihak berkuasa
• mengawal laluan kapal di perairan untuk mengelakkan pencemaran laut
• mana-mana isi yang munasabah


Soalan Esei 3
Globalisasi (Bab 9 Tingkatan 5, hlm. 260)

a) Apakah maksud globalisasi?
(3 markah)
• Perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan
• disebabkan kepesatan perkembangan teknologi maklumat
• barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dngan sigkat
• perubahan kerana kemajuan teknologi, maklumat dan komunikasi

b) Nyatakan dua pandangan terhadap globalisasi. (4 markah)
• Pertama - globalisasi sesuatu yang berfaedah
• kunci kepada pembangunan ekonomi dunia pada masa depan
• Kedua – globalisasi dilihat sbg sesuatu yang akan meningkatkan jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar
• antara negara di dunia (negara maju dan negara membangun)
• menyekat peluang pekerjaan
• merendahkan taraf hidup
• menghindarkan perkembangan sosial

c) Jelaskan faedah-faedah pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada rakyat Malaysia. (8 markah)
• pemangkin hubungan sesama manusia dan negara
• melalui peralatan teknologi maklumat seperti komputer dan internet
• perkembangan teknologi telekomunikasi seperti telefon mudah alih
• kos pengangkutan murah
• proses komunikasi berlaku dengan pantas, mudah dan berkesan tanpa mengira sempadan
• menyediakan prasarana bagi merebut peluang ICT
• melancarkan projek Koridor Raya Multimedia (MSC)
• memulakan e-pendidikan
• pemasaran, e-dagang
• dan penyiaran digital

e) Sebagai generasi muda, apakah persiapan yang perlu anda lakukan dalam
menghadapi era globalisasi? (5 markah)
• Berpendidikan tinggi
• Berinovasi dan kreatif
• Budaya saing tinggi
• Menguasai kemahiran IT
• Pembelajaran sepanjang hayat
• Menguasai sains dan teknologi
• Berkeyakinan tinggi
• Berbudaya penyelidikan
• Peka dengan perkembangan teknologi
• Bersikap dinamis dan kritis


Soalan 3
Penggunaan Tenaga Buruh Luar (Bab 10 Tingkatan 4, hlm. 252 – 254)

a) Nyatakan sebab-sebab kedatangan buruh dari China dan India ke Tanah Melayu.
(4 markah)
• Faktor yang mendorong meninggalkan negara masing-masing
• Galakan kerajaan British
• Tidak ditentang oleh orang Melayu
• Hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
• Kemakmuran ekonomi Tanah Melayu
• Peluang pekerjaan
• Kestabilan politik di Tanah Melayu

b) Terangkan cara kemasukan buruh China ke Tanah Melayu. (10 markah)
• Sistem Tiket Kredit
- bakal imigran dikumpulkan dari kampung di China.
- oleh kheh-thau (ketua) sebelum dibawa ke pelabuhan.
- Kheh-thau dibayar bagi setiap imigran imigran China.
- bakal imigran dikenali sebagai sin-kheh (miskin tidak mampu membiayai perbelanjaan ke Tanah Melayu)
- Sin kheh diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal @ agensi buruh
- mereka terlebih dahulu menerima bayaran daripada bakal majikan.
- Sin kheh membuat perjanjian secara lisan @ bertulis.
- bekerja dengan majikan dalam satu tempoh untuk menjelaskan hutang.
- mereka dibekalkan dengan tiket menunjukkan pelabuhan yang dituju.
- serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
- Di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh @ orang tengah.
- mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu.
- jawatan pegawai pelindung buruh dari China diwujudkan di Tanah Melayu bagi mengawasi.
- beberapa undang-undang diluluskan untuk membaiki sistem pengambilan buruh.
• Sistem Pengambilan Kakitangan
- majikan menghantar pegawainya ke China.
- untuk mendapatkan tenaga buruh.
- tambang buruh dibiayai majikan.
- pegawai bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh.
- mereka mesti sampai di tempat majikannya.
• Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
- pengambilan rumah kongsi oleh pegawai di negara China.
- dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
- pegawai membiayai perbelanjaan buruh.
- mereka mesti sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
- buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi.
- pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu.
- seperti yang dipersetujui.

c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah ciri-ciri masyarakat berbilang
kaum di negara kita? (6 markah)

• Petempatan berbeza mengikut kaum
• Bahasa pertuturan berbeza
• Menyulitkan perpaduan kaum
• Perkembangan pendidikan vernakular
• Perbezaan budaya dan agama
• Perbezaan taraf hidup antara kaum
• Jenis pekerjaan berbeza mengikut kaum
• Orang Melayu bertani, tinggal di kawasan luar bandar
• Imigran India sebagai penoreh getah
• Imigran China berniaga, bekerja di lombong dan tinggal di kawasan bandar

Sunday, November 7, 2010