Wednesday, April 28, 2010

SOALAN KBKK

Pelajar-pelajar sekalian,
Soalan berbentuk KBKK seperti 'Pada pendapat anda, Sekiranya anda hidup pada zaman itu, Sekiranya anda berada pada situasi itu' biasanya disoal pada soalan pecahan terakhir sama ada soalan struktur atau esei.
Untuk skor markah soalan bentuk ini, calon hanya perlu menulis idea yang logik tetapi mesti berkaitan dengan kehendak soalan.
Contoh 1 :
Pada pendapat anda, mengapakah terdapat perbezaan teori tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.(3 markah)
Contoh jawapan :
Sejarawan telah berbeza pandangan tentang teori. Ini mungkin disebabkan Asia Tenggara memang menjadi tumpuan pedagang dari seluruh dunia seperti dari Arab, India dan China. Justeru, tidak mustahil ketiga-tiga pihak mempunyai bukti tersendiri.
Kedua, tahap keilmuan sejarawan juga mungkin berbeza. Terdapat sejarawan yang membuat kajian secara mendalam dan mengumpulkan bukti yang sangat relevan, dan mungkin juga ada sejarawan yang membuat kajian hanya berdasarkan bukti tertentu sahaja.
Ketiga, mungkin masa kajian yang berbeza telah menyebabkan penemuan terbaru bukti-bukti yang boleh menafikan hujah sejarawan terdahulu.
Contoh 2 :
Sekiranya anda hidup pada zaman Jepun, apakah tindakan anda untuk menunjukkan penentangan terhadap pendudukan Jepun di Tanah Melayu. (3 markah)
Contoh jawapan :
Sekiranya saya hidup pada zaman Jepun, saya akan menyertai pasukan Force 136 atau Pasukan Wataniah Pahang untuk sama-sama menenang Jepun.
Selain itu, saya juga akan menubuhkan tentera di kampung saya untuk mempertahankan negara daripada kezaliman Jepun.
Saya juga akan berkempen agar kita sama-sama memulaukan barangan Jepun.
• Perhatian : jangan sesekali menulis hujah yang kurang logik seperti : "Saya akan membuang semua selipar Jepun di rumah saya.."

No comments:

Post a Comment