Saturday, April 10, 2010

CONTOH JAWAPAN SPM 2009

c) Kegemilangan sesuatu negara itu tidak akan dapat dinikmati oleh generasi akan datang sekiranya masyarakat kini tidak meninggalkan warisan serta khazanah bangsanya untuk dikagumi.
Berdasarkan pemerhatian anda, apakah pencapaian Malaysia kini yang boleh menjadi kebanggaan generasi akan datang? (6 markah)

Malaysia telah berjaya meninggalkan warisan yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek matahari.
Antaranya ialah berjaya membina Litar Sepang serta Menara Berkembar Petronas. Selain itu, Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia serta Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
Selain itu, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta program Angkasawan Negara dan kejayaan Lee Chong Wei dalam dunia badminton turut menjadi kebanggaan negara.
Selain itu, kejayaan Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka tahun 2007 serta kejayaan Mawi dalam Akademi Fantasia 3 turut mengharumkan nama Malaysia.
Di samping itu, Datin Paduka Sharifah Mazlina yang merentasi Kutub Utara serta pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) turut sama menjadi mercu tanda.
Tuntasnya, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menyahut seruan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang ingin menjadikan Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan akan menjadi kenyataan.

Catatan : Perenggan 1 dan terakhir tidak dapat markah, kerana tiada isi yang berkiatan. Manakala isi tentang kejayaan Malaysia dalam Pestabola Merdeka dan Mawi dlm AF3 tidak diberi markah kerana kejayaan itu bukan bertaraf dunia. Soalan menghendaki contoh-contoh yang mampu melonjakkan nama negara di pentas dunia.

5 comments: