Friday, April 9, 2010

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU


Dalam kitab, dinukilkan beberapa adab yang perlu diamalkan oleh murid-murid untuk mendapat keberkatan belajar

a. ADAB DIRI
1. Bersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah / perangai buruk.
2. Bebaskan diri daripada sebarang benda yang menyibukkan / hal- dunia
3. Rendahkan diri dan tawaduk terhadap ilmu.
4. Sabar dan gigih menerima ilmu.
5. Elakkan diri daripada menekan soal khilaf di antara ulama.

b. ADAB MURID-GURU
1. Beri salam pada guru.
2. Jangan banyak cakap di depan guru.
3. Jangan timbulkan perkara yang tidak disukai / diizikan oleh guru.
4. Jangan bertanya dengan niat untuk menjatuhkan maruah guru.
5. Jangan sangkal kata-kata guru dan membanding dengan jawapan guru lain.
6. Jangan berbisik dengan sesama orang yang berada di depan guru.
7. Jangan buruk sangka dengan guru.

Semoga kita ambil manfaat daripada petua ini,

Ikhlas dari,
Cikgu Yasmin al-Kelantani
SMK St. Teresa 2010

No comments:

Post a Comment