Sunday, April 11, 2010
PANDUAN SKOR SEJARAH KERTAS 2
PANDUAN MENJAWAB KERTAS ESEI
1.Pendahuluan dan Penutup tidak wajib bagi setiap jawapan calon.
2.SATU (1) isi diberi 1 markah.
3.Tulis nombor soalan dan bahagian / ceraian. Contoh : 3 (a)
4.Pastikan tidak mencampuradukkan jawapan untuk setiap ceraian
5.Jawab dalam bentuk esei dan ayat yang lengkap
6.Pastikan tidak menjawab dalam bentuk ` Point form ‘
7.Point form akan dipotong separuh daripada keseluruhan jawapan
8.Jawapan panjang bukan ukuran mendapat markah lebih
9.Markah diberikan berdasarkan isi dan ditulis dengan ayat yang lengkap.
10.Rancang jawapan anda, tuliskan fakta/isi sebelum menjawab satu-satu soalan
11.Garis kata kunci serta buat lakaran skema ringkas sebelum menjawab.
12.Pastikan juga calon faham ISTILAH-ISTILAH dalam sejarah.
13.JAWAB SOALAN YANG DITANYA SAHAJA pastikan anda sudah memahami bentuk aras penyoalan.
14.Tidak ada peruntukan markah untuk bahasa dan tulisan tetapi pastikan tulisan dan maksud bahasa boleh dibaca dan difahami.
BEBERAPA KESILAPAN CALON DALAM PEPERIKSAAN SPM
1.Menulis pendahuluan dan penutup.
2.Jawab semua soalan (RUBRIK).
3.Tidak pandai membahagi masa. (sepatutnya : 15 minit satu soalan sturktur dan 30 minit soalan esei)
4.Tulis fakta yang tidak munasabah. (Khalifah Abu Bakar menentang British)
5.Tulis kata-kata merayu.
6.Buat lukisan mengarut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment