Sunday, April 11, 2010
RESEPI KEJAYAAN
Buku dipotong tujuh, basuh dan toskan. Gaul biar lumat dengan motivasi dan matlamat. Biar seketika sehingga mesra keduanya. Ketekunan diperah untuk dijadikan 2 liter pati kesungguhan dan 4 liter usaha. Kayakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama-sama. Titiskan air mata secukup rasa, tumiskan keinsafan sehingga bangkit bau kesedaran, kemudian masukkan bahan yang digaul sebentar tadi. Setelah beberapa minit, tambahkan kerajinan dan selepas naik baunya, baru dimasukkan doa dan tutuplah dengan keazaman. Tumbukkan malas, dendam kesumat, bosan dan dengki sehingga lumat. Apabila masak, rasalah kenikmatannya. Kalau kurang manis, tambahkan sedikit lagi gula ketekunan secukup rasa. Kalau kurang masin, tambahkan sedikit lagi garam kesabaran. Setelah sejuk, hidangkan dengan sebuah kebanggaan, lebih cantik lagi kalau ditabur di atasnya dengan kesyukuran dan hiasilah dengan sekuntum senyum.
Selamat mencuba resepi ini,
Cikgu Yasmin al-Kelantani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment