Wednesday, July 28, 2010

PERTEMBUNGAN TAMADUNIA ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN DI DUNIA

Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia

Cara pertembungan

1.Perdagangan dan perniagaan
– Zaman nabi- baginda ke Syam / Syria
- Orang islam berdagang di Canton
2. Hubungan diplomatik
-Kerajaan Bani Umaiyah telah menghantar kumpulan peneroka ke Utara Selat Gibraltar (Selatan Sepanyol)
-Kumpulan ini membuat hubungan dengan Cordova, Velencia, Rhonda.

3.Penaklukan/ Ketenteraan
-Zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah,Abasiyah & Turki Uthmaniyah telah berjaya menguasai Iraq dan Iran.
-Tamadun islam bertembung dengan tamadun Parsi. Berlaku asimilasi dan interaksi.
-Islam juga berkembang dengan tamadun Rom (Empayar Byzantine)

4.Kebudayaan
- Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kepada kemunculan kebudayaan baru.
- Bahasa Arab menjadi bahasa utama di Sepanyol (zaman Umaiyah yang berpusat di Cardova)
-Lahir golongan Mozarab ( Orang tempatan yang beragama Kristian tetapi
mengamalkan budaya Islam dan berbahasa Arab)

5. Pertembungan intelektual
-Ahli fikir Islam dan bukan Islam
-ilmu dikembangkan


Latihan pengukuhan

1.Berikan 3 cara tamadun islam bertembung dengan tamadun lain di dunia ?

a.Perdagangan
b.Diplomatik
c.Penaklukan

2.Apakah bukti awal tamadun islam sudahpun bertembung dengan tamadun lain ?
- Apabila Nabi s a w berdagangang di Syam dan Syria

3.Nyatakan tiga Bandar yang menjadi pusat hubungan diplomatik di Spanyol?

a.Valencia
b.Rhonda
c.Cordova

4.Golongan Mozarab merujuk kepada golongan yang mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab



Kesan pertembungan

1.Islam membangunkan dunia
-Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya
-Islam membawa satu akidah yang paling utama
-Islam memperkenalkan perundangan yang adil
(Quran dan Hadis menjadi rujukan penting)
-Islam bersifat sarwajagat/ universal

2. Perluasan kuasa penyebaran islam
-Wujud perbagai kerajaan seperti Kerajaan delhi, Nughal di India
-Orang islam menguasai ekonomi/ laluan perdagangan
-Kerajaan Uthmaniayah menyediakan armada laut yang mengawal Teluk Parsi, Laut -Merah, Laut Mediterranean dan Lautan Hindi
-Istanbul menjadi Jambatan antara Timur dan Barat

3. Proses urbanisasi dan organisasi sosioal
-Islam mementingkan pendidikan iaitu agama dan dunia ( sains, Matematik, dan teknologi )
-GolonganMudejar ialah orang islam setempat yang turut tinggal di kawasan pemerintahan orang Kristian
-Pertukaran pendapat antara cendikiawan islam dengan bukan islam

5. Penubuhan Perpustakaan
-Ditubuhkan oleh Harun al-Rasyid
-Pusat penterjemahan

6. Lahir cendikiawan islam
-Zakaria al- Razi-Perrubatan klinikal
-Al- Zahrawi- Perubatan dan farmasi

7. Matematik dan astronomi
-al-Khawarizmi
-al-Batani
-al-Bitruni

8.Pemikiran politik dan undang-undang
-al-Farabi
-al Mawardi

9.Ilmu mantik dan falsafah
-Ibnu sina
- al-Kindi, al -Razi ibn Rusd
-Imam Ghazali

10. Kesenian islam
-Seni bina ( Seni Ukir)
-Cth. Masjid Cordova, Spanyol
-Masjid Sultan Ahmed di Istambul
-Istana Alhambra

11.Kesusasteraan
-Omar Khyyam menulis Ruba’iyah
-al- Jahiz menulis kitab al-Bayan
-Jalal ad-Din Rumi menghasilkan Puisi Ketuhanan

12. Lahir Pengembara Masyhur
-Ibn Battuta ke China India dan Afrika
-Al-Mascudi ke China, Parsi dan India, Afrika Timur
-Ibn Fadhlan ke utara Eropah

Latihan Pengukuhan

1.Apakah yang dimaksudkan dengan Islam membawa akidah yang mulia?

Percaya kepada Allah Yang Esa

2.Apakah maksud universal ?
Islam sesuai untuk semua, masa, semua tempat, zaman, melangkaui sempadan geografi, bahasa dan warna kulit.

3.Apakah maksud Istanbul menjadi ‘Jambatan” antara Timur dan Barat?

Lokasi Istambul (Turki) yang berada di antara dunia Eropah/ Barat dengan dunia timur memudahkan ia mengawal laluan utama pedagang Timur dan Barat Laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Parsi

3.Siapakah dia golongan Mudejar ?
Golongan minoriti Islam yang tinggal di bawah pemerintahan orang Kristian

4. Baitulhikmah adalah sebuah Perpustakaan dan ditubuhkan oleh Harun al-Rasyid dari Bani Abasiyyah

5. Tiga hasil seni bina Islam
a. Masjid Cordova
b. Masjid Sultan Ahmed
c. Istana al-Hambra

No comments:

Post a Comment