Contoh Soalan : Huraikan empat intisari kandungan Piagam Madinah (12 markah)
Panduan : Soalan jenis tertutup ini memerlukan calon memasukkan empat intisari dan perlu dimasukkan Fakta (F), Huraian (H) dan Contoh (C). Ini bermakna setiap satu isi merangkumi 3 markah.
Contoh jawapan :
Dari segi politik, Nabi Muhammad dilantik sebagai pemimpin Madinah. Baginda bertindak sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam.
Dari sudut agama, masyarakat di Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing. Mereka bebas mengamalkan adat mereka mereka masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.
Selain itu, dari segi sosial, masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah. Mereka mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara. Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
Dari segi ekonomi, kerjasama antara masyarakat Madinah dtuntut demi memajukan ekonomi negara. Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan.
Dari segi pertahanan, semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.
• Catatan : Isi kelima boleh ditulis tetapi tidak dikira dalam markah kerana telah memenuhi markah maksima 12 markah
Thursday, August 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment