Sunday, July 25, 2010

PANDUAN SOALAN ESEI (KEDATANGAN BURUH CHINA DAN INDIA)

a. Jelaskan sebab-sebab kedatangan buruh China dan India ke negara kita. (6 markah)

(Buku Teks Ting.4 hlm. 252)

Kekurangan tenaga buruh di Tanah Melayu akibat kepesatan sektor pertanian dan perlombongan telah menyebabkan British membawa masuk buruh dari China dan India. Buruh dari India dibawa masuk untuk bekerja di ladang getah. Buruh dari China dibawa masuk untuk bekerja di lombong bijih timah.

Selain itu, kedatangan mereka juga dipengaruhi oleh faktor-faktor yang mendorong mereka meninggalkan negara masing-masing.

Kemasukan buruh dari China telah berlaku melalui sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi.

Kemasukan buruh India pula melalui sistem buruh bebas, sistem kontrak dan sistem kangani.

Selain galakan kerajaan kolonial British agar mereka berhijrah, penghijrahan mereka juga tidak ditentang oleh orang Melayu.

Di samping itu, wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India dan China telah mendorong mereka berhijrah. Kemakmuran dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu juga telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada kaum imigran ini.

Kesimpulannya, kebanjiran buruh China dan India ini akhirnya melahirkan masyarakat majmuk dan sekaligus mewujudkan konsep 1 Malaysia.

Perhatian :

1. Perenggan ke-3 dan ke-4 tidak diberi markah kerana terpesong drp kehendak soalan. (Calon ini menghurai cara kemasukan sedangkan soalan inginkan huraian sebab-sebab kemasukan.

2. Perenggan terakhir juga tiada markah kerana TIADA PERUNTUKAN MARKAH UNTUK KESIMPULAN

No comments:

Post a Comment