Huraikan beberapa cadangan ke arah pembentukan Malaysia. (8 markah)
(Buku Teks hlm. 137)
Petikan menyatakan saranan ke arah pembentukan Malaysia.
Cadangan pertama di kemukakan oleh Lord Brassey, iaitu mencadangkan agar Kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
Sir Malcolm MacDonald pula mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Tanah Melayu.
Pada tahun 1950, Dato Onn Jaafar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia, kerana menurut beliau suatu masa nanti British akan menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Tanah Melayu.
Selain itu, pemimpin Sigapura seperti Lee Kuan Yew mencadangkan agar digabungkan Singapura dengan Tanah Melayu, namun ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan kaum.
Akhirnya, pada 27 Mei 1961 Tunku telah mencadangkan pembentukan Malaysia dalam satu majlis makan tengah hari di Hotel Adelphi.
Intihanya, semua rakyat mesti bersatu padu agar keharmonian negara akan terus dikekalkan.
Panduan..
1. Perenggan pertama dan terakhir tidak memberi apa-apa markah kerana pemarkahan Sejarah tidak memerlukan pendahuluan dan penutup.
2. Markah diberi 1 markah pada 1 isi
Saturday, July 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment