Monday, May 17, 2010

SKEMA KERTAS 2 TINGKATAN 4 PENGGAL PERTAMA

SKEMA PEMARKAHAN KERTAS SEJARAH 2(1249/2) T 4
PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA 2010
Bahagian A ( struktur )

1 a. Tiga ciri sistem demokrasi yang dilaksanakan di Athens 3m

i. berbentuk penyertaan langsung
ii. warganegara lelaki dewasa terlibat dlm membentuk krjn melalui undian
iii. waganegara lelaki dewasa berpeluang menganggotai dewan perhimpunan
iv. Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan
v. terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis

b. Dua tokoh falsafah Yunani yang terkenal 2m

i. Socrates
ii. Plato
iii. Aristotle
iv. Herodotus
v. Thucydides
vi. Zeno

c. Tiga ciri sistem republik yang diamalkan oleh Tamadun Rom 3m

i. tiada pemerintah berkuasa mutlak
ii. kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul
iii. dua orang konsul dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh
iv. tiada yang lebih berkuasa antara dua orang konsul
v. konsul dibantu oleh Dewan Senat
vi. Dewan Senat diwakili oleh golongan bangsawan
vii. Membincangkan hal-hal pentadbiran dan negara
viii. Merangka perundangan

d. Dewan yang anggotanya dipilih secara demokrasi di Malaysia 1m

i. Dewan Rakyat

e. Tindakan anda sekiranya dipilih sebagai pemimpin ? 1m

i. mewujudkan perpaduan rakyat
ii. mewujudkan keamanan
iii. kestabilan politik
iv. mewujudkan sistem pemerintahan yang kuat
v. menjadi pemimpin yang berwibawa dan kuat
vi. memajukan pendidikan dan keilmuan
vii. menekankan pembangunan negara dari segi ekonomi, sosial, dan politik
viii. menitikberatkan kemajuan lahiriah dan rohaniah yang seimbang
ix. menekankan tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan

(Mana – mana yang munasabah)




2. a. Dua bandar terancang dalam Tamadun Indus 2m

i. Mohenjo Daro
ii. Harappa

b. Dua ciri keistemwaan bandar tersebut 2m

i. bandar terbahagi kepada dua bahagian
ii. dikelilingi oleh tembok
iii. bhgn utama bandar merupakan pusat pentadbiran & keagamaan
iv. bhgn utama bandar menempatkan bangunan pentadbiran,tempat mandi
awam
v. bhgn kedua bandar ialah kawasan perumahan

c. Bidang keilmuan yang digunakan masykt. Indus dlm membina bandar
terancang. 2m

i. Geometri
ii. Matematik
iii. Pembinaan
iv. Kesenian

d. Sikap masykt. Tamadun Indus yang membantu kejayaan mereka membina
bandar terancang. 2m

i. sifat keterbukaan
ii. sentiasa membuat hubungan dgn pihak lain
iii. bertukar-tukar pandangan dengan pihak lain
iv. masykt. Indus menekankan keamanan dan kedamaian

e. Cara bagi memastikan keindahan bandar terpelihara 2m

i. mendidik rakyat/masykt. agar menghargai keindahan
ii. menerapkan nilai bertanggungjawab
iii. menggalakkan rakyat menceburi seni rekacipta/kreativiti
( mana-mana yang munasabah )

3 a. Perubahan yang dilakukan oleh Julis Caesar dalam sistem pentadbiran 2m

i. mengubah sistem republik
ii. mengamalkan pemerintahan bercorak empayar
iii. mengadakan sistem pentadbiran berpusat
iv. menyatukan wilayah-wilayah kecil yang ditakluknya
v. memerintah secara diktator
vi. beliau menguasai angkatan tentera dan senat
vii. menggunakan gelaran maharaja

b. Dua pembaharuan yg dilakukan oleh Asoka dalam dasar perluasan kuasanya
2m
i. menekankan kedamaian
ii. menekankan kemajuan sosial
iii. menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
iv. membentuk birokrasi pentadbiran

c. Usaha Alexander The Great dalam meluaskan jajahan takluknya 2m

i. meluaskan kawasan takluk Yunani
ii. menguasai Parsi,Mesir,Turkistan dan Samarkand
iii. mengepalai gabungan tentera macedonia dan Yunani menakluk empayar Parsi
iv. menyebar dan memperkembangkan kebudayaan Hellenistik ke seluruh Timur

d. Cara-cara Shih Huang Ti mengukuhkan kuasa Dinasti Chin 2m

i. menyatukan seluruh kerajaan kecil di China
ii. memerintah secara autokratik
iv. memerintah secara tegas dan mutlak
v. menghapuskan kuasa golongan bangsawan
vi. melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
vii. mengarahkan pembinaan Tembok Besar bagi mempertahankan empayar
China daripada serangan orang gasar ( Han ).

e. Ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh pemimpin negara pada masa kini 2m

i. berwawasan
ii. waja diri
iii. berwibawa
iv. bijaksana
v. berilmu pengetahuan tinggi
vi. sanggup berkorban untuk negara dan bangsa
( mana-mana yang munasabah )

4 a. Maksud kerajaan agraria 1m

i. menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian
ii. penternakan
iii. pemungutan hasil hutan dan sungai
iv. umumnya terbentuk di kawasan pertanian yang subur
v. di kawasan pedalaman(spt. di tanah berbukit dan lereng gunung berapi)
vi. di lembah-lembah sungai

b. Contoh kerajaan awal yang terkenal di AT 3m

i. Sailendra(Jawa Tengah)
ii. Angkor(Kemboja)
iii. Sukhotai(Thailand)
iv. Dvaravati
v. Sg. Merah
vi. Sg. Mekong

c. Tiga ciri kerajaan agraria 3m

i. wujud di kawasan yang subur spt. di lembah sungai
ii. mengusahakan tanaman padi (padi sawah/padi huma)
iii. mengusahakan tanaman sampingan spt. jagung,pisang,keledek dan sayur-
sayuran
iv. menghasilkan pelbagai jenis rempah spt. cengkih dan lada hitam


v. mengumpul hasil hutan spt. kayu gaharu,kapur barus,tanduk,gading,damar
kayu cendana, dan pelbagai jenis buah-buahan
vi. mengambil sarang burung dari gua untuk tujuan perdagangan
vii. menangkap ikan di sawah,paya dan sungai
viii. menternak binatang spt. lembu,kerbau,kambing dan ayam
ix. memasarkan lebihan dari hasil ternakan dan tanaman
x. berusaha mendapatkan kulit kura-kura
xi. membina sistem pengairan untuk pertanian
xii. kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pembinaan sistem pengairan

d. Faktor-faktor yang membolehkan kerajaan Angkor menjadi sebuah krjn Agraria
yang kuat 3m

i. kedudukannya yang berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
ii. tanah di sekeliling tasik sangat subur
iii. iklim panas lembap sepanjang tahun yang amat sesuai untuk pertanian
iv. Tasik Tonle Sap sebagai punca air utama untuk mengairi sawah
v. Tasik Tonle Sap juga menjadi punca bekalan air minuman
vi. Kawasan Tonle Sap berupaya menampung keperluan makanan penduduk yang
besar jumlahnya
vii. Tasik Tonle Sap juga membekal sumber protein spt. ikan kepada penduduk sekitar

































Bahagian B(Esei )

5 (a) Terangkan lokasi dan proses pembentukan tamadun Mesopotamia. 6m

Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani
Bermakna tanah di antara dua sungai
Terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates
Pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian
Bahagian utara dan bahagian selatan bandar Baghdad
Bahagian utara ialah Assyria
Bahagian selatan dikenali sebagai Babylon
Babylon pula dibahagikan kepada Akkad(utara) dan Sumeria(selatan)
Pertumbuhan tamadun ini bermula di wilayah selatan iaitu, Sumer.
Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan
Menjlnkan kerja pertanian dengan menebus guna tanah melalui sistem pengairan
Mereka boleh mengawal pengaliran air sungai
Aktiviti ini membawa kepada lebihan penghasilan makanan
Mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah
Perkampungan kemudiaannya berkembang secara evolusi kepada bandar
Seterusnya kepada beberapa buah negara kota spt. Kish,Nippur,Lagash,Uruk, Ur,Eridu,Assur dan Mari.

(b) Ciri-ciri sistem pemerintahan Tamadun Mesopotamia. 5m

Raja merupakan pemerintah
Sistem pemerintahan beraja
Berbentuk teokrasi
Raja di anggap sebagai tuhan atau wakil tuhan
Raja pemilik negara kota
Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan
Teokrasi ialah pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan
Berasaskan hukum agama dan
Bersifat ketuhanan
Masyarakat menyembah raja sebagai tuhan hanya semasa pemerintahan Raja Naramsin di Akkad
Raja Naramsin menggelar dirinya sebagai Raja Empat Penjuru Alam
Raja juga menjadi ketua pentadbir,ketua tentera,ketua pendeta dan berkuasa dalam hal keagamaan
Raja berkuasa melantik ahli keluarga diraja unruk memegang jawatan di zigurat
Raja berkuasa menentukan bentuk pentadbirannya

(c) Sumbangan Tamadun Mesopotamia kepada manusia sejagat 10m

Kod undang-undang Hammurabi
Digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon
Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan
Tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat
Mengandungi kira-kira 282 undang-undang
Dipahat pada tembok serta tiang besar
Rakyat dapat membaca undang-undang tersebut
Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan
Bertujuan melahirkan jurutulis
Melahirkan tradisi kesusasteraan
Epik Gilgamesh merupakan hasil kesusasteraan yang terkenal
Perkembangan ilmu astronomi
Pencerapan terhadap pergerakan bulan,bintang,dan matahari
Membawa kepada perkembangan ilmu Matematik
Sistem mengira perpuluhan
Menambah
Menolak
Mendarab
membahagi
Punca ganda dua
Perkembangan ilmu geometri
Mereka boleh menggunakan jalan laut hasil penguasaan dalam bidang astronomi
Mencipta kalendar berasaskan sistem solar
Mengandungi 12 bulan dalam satu tahun
Perkembangan dalam ilmu perubatan semasa krjn Assyria
Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan
Dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya
Cara mengubat penyakit dgn menggunakan ubat-ubatan dicatat
Sebagai panduan kepada pengamal perubatan
Penciptaan roda
Diguna untuk menghasilkan kereta kuda
Mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus
Dan meningkatkan hasil pertanian
Mengawal banjir
Mencipta dan menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda
Mampu menguasai jalan darat dan jalan laut
Memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata daripada tanah liat
Mencipta arca dan tiang batu
Cth. arca ialah patung Raja Gudea
Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat
Perpustakaan diraja yang ditubuhkan oleh Ashurbanipal di bandar Nineveh
Mengandungi lebih kurang 22 000 keping tablet
Mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia


6 (a) Kelainan pd bentuk seni bina Tamadun China berbanding tamadun lain. 6m

Salah satu seni bin yang dihasilkan ialah Tembok Besar China
Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou
Dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking
Bandar-bandar purba China spt. Changan,Anyang,Peking dan Loyang juga dibina dgn rekaan bertembok batu
Tembok-tembok di kawasan bandar lain dibuat dpd tanah liat dan batu bata
Di kampung-kampung juga terdapat tembok yang dibina dpd tanah lumpur
Setiap tembok mempunyai pintu gerbang dikelilingi oleh parit besar dan menara
Terdapat pelbagai jenis pintu gerbang,tembok dan jambatan
Kawasan di dalam tembok menempatkan kediaman Maharaja
Kota Larangan ialah salah sebuah istana maharaja yang masih kekal hingga kini
Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman
Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan
Serta tempat hukuman,keraian dan perjumpaan
Kuil dan pagoda juga merupakan binaan penting di China
Kuil-kuil yang besar mempunyai beberapa buah bangunan
Merangkumi tempat tinggal,ruang tetamu dan tempat pemujaan
Pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat
Biasanya pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama


(b) Sistem sosial yang wujud dalam Tamadun India. 4m

Wujud sistem kasta
Sistem ini merupakan sebuah institusi yang sangat unik
Mempunyai empat kasta utama
Brahmin
Ksyatria
Vaisya
sudra
Keempat-empat kasta ini mempunyai tanggungjawab yang berbeza
Sistem kasta telah menjadi darah daging kepada sistem sosial India
Sistem ini diikuti dengan ketat
Seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza
Tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza

(c) Sumbangan Tamadun Yunani,Rom, India dan China dari segi politik,
ekonomi dan sosial. 10m

Tamadun Yunani telah mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi
Dalam sistem demokrasi itu rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik
Rakyat terlibat secara langsung dalam membentuk kerajaan
Kerajaan berbentuk demokrasi disifatkan sebagai kerajaan rakyat
Kerajaan Rom pula mewariskan sistem republik
Sistem republik ini diamalkan di India,Perancis dan Afrika Selatan
Sistem republik moden mempunyai unsur demokrasi sama seperti di Rom
Rakyat terlibat dalam pemilihan ketua negara, iaitu Presiden
Sumbangan yang ketara dari segi sosial ialah dlm bidang pendidikan,falsafah,sains dan teknologi
Contoh yang jelas dalam pendidikan ialah peperiksaan
Falsafah Tamadun Yunani dijadikan asas kepada falsafah zaman moden
Sains dan teknologi berkaitan dgn matematik,astronomi,fizik,perubatan dan seni bina digunapakai
Beberapa teori matematik spt. Teorem Pythagoras dan Teori Archimedes
Perkembangan pesat dalam ekonomi merangsang kewujudan persatuan dan perusahaan
Matlamat persatuan ialah untuk mengawal harga barangan,kualiti barangan dan gaji pekerja
Mata wang diguna sebagai medium jual beli
Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis perdagangan
Cukai adalah untuk menyara anggota tentera,para pentadbir dan raja
Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang
Hasil perusahaan China didagangkan ke ksan luar spt. Alam Melayu,India,Timur Tengah dan Barat

7 (a) Nyatakan ciri-ciri yang menjadikan kerajaan Srivijaya sebaga kerajaan
maritim yang terulung di AT adri abad ke-7 hingga abad ke-13 M . 6m

memiliki bala tentera laut yang besar
dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat
termasuk orang laut
tentera laut mengawal perdagangan di Selat Melaka
mengawal keselamatan kerajaan
pelabuhannya baik
kedudukan yang strategik di Selat Melaka
tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China
terdapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa
dibekalkan oleh kawasan pemerintahan dan wilayah taklukannya
catatan I Tsing pada tahun 671 m
mampu menghasilkan kapal besar

(b) Nyatakan faktor-faktor perkembangan pelabuhan Kedah Tua sejak abad
ke-5 hingga abad ke-13 M . 6m

Gunung Jerai menjadi panduan kapal pedagang
keluar masuk waktu malam melalui nyalaan api
kedudukannya yang strategik di laluan selat melaka
terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur laut
kemudahan menyimpan barang dagangan
kekayaan hasil hutan
spt. damar, rotan
kekayaan sumber bumi spt. timah
adanya barang dagangan yang diperoleh dari luar
spt. kain kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan manik

(c) Mengapakah kedua-dua kerajaan agraria dan kerajaan maritim dikatakan
saling bergantungan atau saling melengkapi antara satu sama lain ? 6m

krjn agraria dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi kepada krjn maritim
cth. krjn Sailendra( krjn agraria di Jawa Tengah)
membekalkan beras(makanan utama) kepada krjn maritim
beras menjadi dagangan utama antara krjn maritim dengan krjn agraria
krjn agraria dapat membekalkan bahan mentah spt. kayu
krjn maritim mendapatkan bahan kayu yang baik utk membuat kapal
daripada krjn Pegu di Burma
krjn maritim memperoleh binatang kenderaan spt. gajah dari Burma dan Siam
krjn agraria bergantung pada krjn maritim untuk mendapatkan barangan mewah
barangan mewah akan dijadikan sumber kekayaan dan keagungan krjn agraria
barang mewah spt. tembikar asing khususnya tembikar China
tekstil dari India dan China
pelbagai jenis gelas dan manik






(d) Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi muda dapat mengekalkan
kegemilangan lampau yang dicapai oleh masyarakat maritim ? 2m

Mempunyai semangat meneroka
Menghayati tradisi pelaut
Mempelpagaikan aktiviti ekonomi
Berani menceburi bidang perdagangan laut
Menghidupkan kembali kegiatan dan kegemilangan dalam bidang pelayaran
Menghidupkan kembali kegiatan dan kegemilangan perdagangan maritim
Mana-mana yang berkaitan .

8 (a) Jelaskan cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke AT ? 5m

Dibawa oleh golongan kysatria atau tentera
Pengaruh itu disebarkan oleh golongan penakluk dari India
Dibawa oleh pedagang atau vaisya
Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta
Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik saja
Disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan
Pendapat ini diperkuatkan oleh kajian arkeologi
Berdasarkan jumpaan seni arca yang kasar
yang mempunyai langgam bercirikan AT
Seperti arca dengan ikatan tali kulit harimau yang ditemui di Srivijaya

(b) Huraikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan
Awal di AT . 8m

Gelaran raja mula digunakan
Dipengaruhi oleh sistem beraja di India
Raja berada di puncak pemerintahan
Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan
Meliputi pentadbiran,hubungan luar, ketenteraan, dan khazanah negara
Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
Sesiapa yang melanggar perintah raja dianggap menderhaka
Rakyat takut untuk menderhakai raja walaupun raja tidak berlaku adil
Raja dipercayai sebagai bayangan tuhan
Lahir konsep dewa-raja
Raja tuhan atau dewa-raja dipercayai memiliki kesaktian
Maka lahirlah unsur mitos dan legenda tentang asal usul raja
Untuk memperkuatkan kedudukan dan status raja sebagai pemerintah
Kedaulatan raja diperkukuhkan melalui pelbagai adat istiadat
Spt. pertabalan raja
Dipimpin oleh golongan Brahmin
Adat istiadat bertujuan untuk membezakan kedudukan raja dpd gol. yang diperintah
Setiap raja di AT bercita-cita untuk menjadi raja berkuasa terhadap seluruh alam
Mereka mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep orde kosmos






(c) Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha dalam bidang kesenian dan kesusasteraan di AT ? 7m

Monumen merupakan salah satu warisan kesenian yang mempunyai pengaruh HB
Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu
Bertujuan memperingati orang ternama atau peristiwa penting
Monumen boleh berupa candi, iaitu kuil, wat atau stupa, arca dan patung
Candi ialah monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
Berperanan sebagai rumah ibadat
Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
Tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal
Menjadi lambang kepada keagungan seseorang pemerintah
Angkor Wat dan candi Borobudur melambangkan orde kosmos
Rumah ibadat di Burma dikenali sebagai stupa
Penggunaan nama candi bagi rumah ibadat agama Hindu dan Buddha bermula di Indonesia
Antara candi terkenal di AT ialah candi Dieng, candi Borobudur, candi Prambanan, Angkor Wat, candi di Chaiya dan Yarang, candi di Lembah Bujang
Candi Dieng dan Prambanan berunsur agama Hindu
Candi di Thailand hamper semuanya berunsur agam Buddha
Patung Avalokitsevara merupakang patung agama Buddha
Patung dewa Visnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga merupakan patung agama Hindu
Patung Darwapala dan Nandiswara berperanan menjaga candi dpd dimasuki roh jahat
Gaya seni bina arca dan patung di AT menunjukkan adunan tamadun India dan AT
Cth. arca Buddha di Lembah Bujang menunjukkan campuran gaya Sarnath dari India dan India
Angkor Wat dibina untuk agama Hindu
Terdapat ukiran yang menggambarkan antara epik Ramayana dan Mahabharata
Candi Borobudur di Jawa Tengah mewakili agama Buddha Mahayana
Terbahagi kepada tiga tingkat
Setiap tngkat melambangkan satu tahap kehidupan
Diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha
Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
Tiga tingkat itu melambangkan tiga tahap kehidupan, iaitu sila, samadhi dan panna spt. dalam ajaran Buddha
Candi agam Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama
Vimana( bahagian suci tempat meletakkan arca keagamaan)
Mandapa( bahagian luar candi )
Candi berunsur Buddha memiliki pelan jenis cruciform
Pengaruh India dalam kesusasteraan di AT dikesani melalui peranan bahasa sanskrit
Bahasa sanskrit digunakan dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil
Epik Ramayana dan Mahabharata serta Puranas menyumbang kpd unsur mitos dan k'ast. Klasik AT
Pengaruh awal India dalam kast. dilihat dalam puisi dan prosa Jawa
Spt. Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna
Teater seperti wayang kulit
Cerita-cerita adunan epik Mahabharata dengan unsur tempatan spt. Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Raja dan Hikayat Sang Samba
Cerita adunan epik Ramayana dengan unsur tempatan ialah Hikayat Seri Rama.
• epik – puisi(sajak) panjang yang menceritakan bakti(jasa) pahlawan(pahlawan dalam sejarah atau legenda)
• pendawa – sejenis keris



9 (a) Mengapakah masyarakat Arab dari tempoh 310 Masihi hingga tempoh 610
Masihi digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah ? 4m

Tidak menerima kebenaran
Tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul
Spt. Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa, dan lain-lain
Tidak menyembah Allah Yang Maha Esa
Menyembah berhala
Mempercayai animisme
Kehidupan kucar-kacir
Tiada nabi / rasul /kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk
Akhlak mereka rendah/bersifat kejam/angkuh dan degil

(b) Huraikan ciri-ciri masyarakat jahiliah. 10m

Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral
Spt. berjudi, berzina dan meminum arak
Seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk dikatakan sempurna
Kedudukan wanita adalah rendah
Wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa
Menanam bayi perempuan hidup-hidup
Bayi perempuan dibunuh kerana dianggap akan menjatuhkan maruah keluarga
Tiada peraturan khusus tentang perkahwinan
Ssorg lelaki boleh berkahwin dgn bbp orang wanita sekaligus/dgn sspa yg disukai
Mengamalkan sistem kabilah
Cara hidup berpuak-puak dan berkelompok
Setiap kabilah ada identiti dan peraturannya sendiri
Ahli kabilah sangat taasub atau fanatik terhadap kabilah masing-masing
Kabilah diketuai oleh seorang syeikh kabilah
Muncul semangat assabiah/semangat kesukuan yang melampau
Mencetuskan peperangan
Mengamalkan agama wathani/menyembah berhala
Animisme(menyembah alam spt. pokok)
Samawi(kristian dan Yahudi)
Kepercayaan spt. menilik nasib, sihir
Mempercayai roh orang mati akan menjadi burung
Segelintir menganut agama Hanif(disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s)
Mencampuradukkan ajaran agama Hanif dengan amalan tradisi masykt. Arab Jahiliah
Kepercayaan karut/tahyul(khurafat)
Pemakaian cincin perak dan tembaga boleh menjadi ssorg itu kuat
Perniagaan berasaskan riba
Penindasan
Lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata
Merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir
Sebagai punca pencarian/pendapatan
Merompak dianggap suatu kewajipan yg harus dilakukan oleh setiap individu dlm kabilah
Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin





(c) Nyatakan kesan-kesan negatif akibat amalan sistem kabilah dalam kehidupan
Masyarakat Arab Jahiliah . 4m

Kemunculan semangat assabiah
Semangat kesukuan yang melampau
Tercetusnya peperangan dalam masyarakat
Sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka
Keadaan hidup kucar-kacir dan tidak aman
Peperangan al-Basus antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar
Tiada persefahaman dalam kalangan masyarakat
Tiada perpaduan

(d) Pada pendapat anda, apakah akan terjadi jika semangat assabiah menebal dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita ? 2m

Hidup kucar-kacir
Tiada persefahaman
Tiada perpaduan
Kemajuan sukar dicapai
Tidak tenteram/tidak aman
Saling benci-membenci antara satu sama lain
Masalah politik, sosial dan ekonomi
( Mana-mana yang munasabah )

1 comment: