Wednesday, May 26, 2010
GURU OH GURU
Guru ialah insan yang perlu dihormati. Saban tahun, 16 Mei disambut sebagai Hari Guru. Pelbagai tema dicipta untuk memuliakan insan yang bergelar guru. Akan tetapi, hakikatnya, guru juga adalah insan biasa yang mempunyai perasaan untuk menghargai dan dihargai. Selaku pelajar, anda perlu mengambil hati guru supaya setiap guru berasa senang untuk mencurahkan ilmu kepada anda.
Petua Mengambil Hati Guru:
1. Bersedia sebelum kelas
-baca dulu sebelum sesuatu topik itu diajar keesokan harinya di dalam kelas.
2. Rajin membantu guru
-tolong bawa buku, komputer riba, LCD, fail dan sebagainya. Insyaallah Tuhan akan menambahkan berkat kepada orang yang membantu guru mereka.
3. Memberi salam / ucapan selamat ketika berselisih
-ringankan mulut untuk memberi ucapan salam, selamat pagi, selamat petang tidak kira berjumpa dengan guru sama ada di sekolah, di masjid, di kedai dan sebagainya.
4. Jaga percakapan dan tingkah laku
-jangan meninggi suara terhadap guru. Jangan pula berkelakuan tidak senonoh di hadapan guru.
5. Terima teguran guru dengan hati terbuka
-tunjukkan yang anda boleh menerima teguran guru dengan hati terbuka. Ucapkan "maaf" jika memang melakukan kesalahan.
6. Tarikh penting guru
-tidak salah anda mengingati tarikh lahir guru, tarikh hari guru dan ucapkan selamat sempena hari-hari tersebut. Lebih bermakna lagi, kalau tarikh tersebut diiringi dengan sedikit hadiah, walaupun kecil.
7. Menziarahi guru
-jika guru sakit.. ziarahilah mereka. Pada hari raya, kunjungilah guru-guru anda
8. Elakkan daripada menyinggung perasaan guru
-Jaga gurauan anda dengan guru. Pastikan anda tahu batas gurauan anda dengan guru. Jangan sesekali mengucapkan sesuatu yang boleg melukakan hati guru.
Bakar gaharu di tengah laman,
Asam dikerat si pisau raut,
Kalau berguru salah pedoman,
Lemas di darat karam di laut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment